Friday, March 30, 2012

Suami beriman.



        Tadi masa aku baca blog Hamka Kereta Mayat,aku tertarik melihat sebuah tajuk di entry ini Saya mahu suami beriman?. Entry ini sesuai untuk golongan perempuan menguji tahap keimanan boyfriend/tunang mereka. Yalah,bila kita betul-betul mahu jadikan boyfriend/tunang sebagai pasangan sehidup semati,kita juga harus memeriksa latar belakang mereka terutama sekali dalam bidang agama. Mana yang silap,kita betulkanlah tapi jangan pula bagi teguran melampau,cukup setakat bagi teguran lemah-lembut dan menjaga hati dan perasaan mereka.

   Siapa bilang lelaki sahaja boleh uji perempuan untuk dijadika bakal isteri? Perempuan pun boleh lakukannya juga. :D


Dibawah adalah petikan daripada entry blog kereta mayat :

Ok, sekarang, lepas 5 minit masuk waktu solat di lokasi pasangan anda berada, cuba telefon (atau suruh muhrim telefon) dan dengar jawapan pasangan anda.


Jawapan A: Rindu kat abang ke? Sedang buat apa tu, kitapun rindu kat awak.


Jawapan B: Saya baru nak makan, awak dah makan?


Jawapan C: Saya baru nak tidur, terima kasih telefon saya kerana nak teman saya tidur.


Jawapan D: Saya baru nak solat, awak uzur ke? Telefon lagi 15 minit, insyAllah.


Jawapan E: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS, “saya solat tadi. Kenapa?”


Jawapan F: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “Tolong jangan telefon saya selepas azan, kerana saya ada temu janji dengan Tuhan.”


Jawapan G: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “saya solat di masjid tadi, jika mahu bincang pasal kahwin saya akan call sekarang, jika tiada apa apa, baik SMS sahaja,.”


Dah selesai hunbungi tunang anda selepas 5 minit azan selama tiga hari bertutut turut?


******


Beikut adalah KEPUTUSAN kepada ujian telefon 5 minit selepas azan di atas:


Jika jawapan A:


Sah belum sempurna iman tunang kau, sebab solat lengah lengah dan tak rasa bersalah, sebaliknya ghairah nak bercakap tentang cinta dan kasih sayang, jap lagi jika di layan, akan cerita dalam kain lah tu, astarfrullahal azim..


Jika jawapan B:


Belum jelas jugak akan tahap iman tunang awak, sebab makan dulu baru solat, mungkin tunang akan cakap, saya jika tak makan, nanti solat tak khusyuk, tapi jawapan orang yang beriman, saya tak boleh nak khusyuk untuk makan sebab teringat pada solat. Woha!


Jika jawapan C.


Ni lagi sekor, dah azan pun nak tidur dulu? Memang naya dapat tunang macam ni. Putus sahaja!


Jika jawapan D:


Alhamdullilah, ada ciri ciri orang beriman. Kan sedap ‘bunyi’nya.., kan?


Jika jawapan E:


Alhamdullilah, lagi bagus dari D, sebab SMS sahaja, jaga aurat, jaga adab, jaga akhlak. Tahniah!


Jika jawapan F dan G: Markah penuh! Sangat sesuai dijadikan suami.




    Dalam blog ini,penulis memberi nasihat kepada perempuan di luar sana,kalau nak cari suami,carilah yang menjaga solat dan rajin solat berjemaah di masjid. Begitu juga kepada para lelaki,kalau nak cari isteri,janganlah fikir pasal kriteria cantik ke,pandai masak ke atau apa-apa. Carilah perempuan yang juga rajin bersolat dan solat pada awal waktunya. Macam orang cakap,tiang mestilah tiang besi campur konkrit kalau mahu buat rumah yang teguh binaannya.

   Kalau sesiapa belum solat lagi atau "terlupa" mengerjakan solat,belum terlambat lagi untuk berubah. Semoga Allah memberkati ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Amin.

p/s: kalau peminat pakcik hamka nampak entry blog ini,rasa-rasanya aku akan dituduh sebagai tukang copy+paste je ke? jangan marah ye,saya cuma nak berkongsi sedikit tentang apa yang saya baca di blog-blog lain. ;)

Thursday, March 29, 2012

John Cena vs The Rock di Astro Box Office channel 971 pada 2 April 2012

   Tajuk yang sangat panjang di atas dan tidak perlu diperjelaskan dengan panjang sekali kerana bagi sesiapa peminat WWE terutama sekali peminat John Cena dan The Rock,pasti mereka ternanti-nanti akan perlawanan ini. Sebenarnya aku pun tak sabar juga nak tengok perlawanan ni walaupun aku bukan peminat setia dorang. Yalah aku ni peminat WWE tapi aku tak ada favorite wrestler macam hardcore fans WWE. Dalam erti kata lain,aku cuma tengok suka-suka sahaja. Aku suka tengok dorang hempas tu lawan di lantai tapi tidak pandai berdarah ni,buatkan aku rasa mahu jadi orang kuat ni.

   Ok,back to John Cena dan The Rock. Aku sebenarnya tak tahu siapa yang cabar siapa lawan dulu tapi menurut pemahaman aku macam The Rock yang start mencabar John Cena untuk berlawan dalam WrestleMania nanti. Terus sebulan ba dorang saling mengutuk sesama sendiri,sampai The Rock menyampaikan pelajaran Sejarah kepada peminat mengenai Boston Tea Party dan John Cena.

  Boston Tea Party mengenai tunjuk perasaan oleh orang Boston terhadap pihak British. Terus tu dorang buang semua daun teh ke dalam laut. Sila wikipedia untuk maklumat lanjut.

  Apa kaitannya dengan John Cena? Well The Rock cakap yang dia akan tumpaskan John Cena macam Boston Tea Party. Begitulah menurut pemahaman aku.

   Apalah aku ni,semuanya menurut pemahaman,macam manalah orang nak faham dengan entry aku ni? Nanti kena sangka aku ni poser ja, tapi tak apa,kalau nak tahu lebih lanjut sila pergi ke page WWE atau google ja pasal John Cena vs The Rock 1st April 2012.

   Ok,finito!

p/s: aku takde astro box office supersport so aku cuma mampu menggigit jari ni untuk tahu bagaimana perlawanan mereka. Tapi kalau ada pun ABO supersport,perlawanan bermula jam 7 pagi ikut waktu malaysia dan waktu tu,waktu aku bekerja. huuu T_T

C.I.N.T.A

C = Cintailah dia dengan seadanya.
I = Insan yang menyayangi kamu dengan seadanya.
N= Nanti bila sudah kehilangannya,kamu akan kerinduan.
T = Tak perlu membohongi perasaan sendiri.
A = Awaklah yang saya betul-betul suka. 

   Wah,kan bagus jika ada orang buat puisi begini! Tapi tentu akan dipanggil jiwang berkarat. Hahaha,tak apalah,saya lebih suka style realiti. Tak payahlah susah-susah meniru rancangan tv,drama bersiri,novel cinta dalam bab-bab mengayat pasangan masing-masing. Kalau nak try juga,bolehlah tapi pastikan jangan romantik bersebab. Romantik bersebab tu maksudnya kalau ada buat salah,baru nak beromantik. Itu memang nak kena tendangan dua kali tak cecah tanah. ;)

   Boyfriend saya sebenarnya tak berapa romantik tapi dia ok ja. Boleh dikatakan dia biasa-biasa ja. Tapi saya lebih suka begitu sebab kalau terlampau jiwang,nanti diri ni akan cair macam aiskrim,asyik makan ayat jiwang ja hari-hari.  Tapi kalau nda romantik pun salah juga sebab nanti rasa diri ni tak kena ambil peduli. Tahulah perempuan ni,tak boleh salah sikit,mesti nak merajuk. Akhirnya lelaki yang susah memujuk. Macam saya,dia tak boleh tengok saya merajuk,mesti dia cepat-cepat pujuk. Kadang-kadang saya sengaja merajuk ni tapi tak bolehlah selalu,nanti dia bosan memujuk,saya yang kesunyian. Hahaha.

  Ok,sudah dengan entry ini. Dahlah macam tiada-tiada,terus tu pandai bersaya-saya pula aku ni. Tekanan hahahaha.

Friday, March 16, 2012

lagu anak kampung.

  Lagu ni setahu saya dinyanyikan oleh Jimmy Palikat. Lagu ini bermaksud si lelaki ni minta putus sama girlfriend dia sebab tak mampu ajak kahwin,dia suruh girlfriend dia carilah yang lain,yang kaya untuk bagi makan. Best lagunya ni tapi maksudnya sedih. Lagu ni kalau tanya sama budak kecik,dorang pun tahu. Ini lagunya.



Lepas tu ada versi perempuan,jawapan kepada lelaki yang menyuruh girlfriend dia cari lelaki lain. Perempuan tu bilang dia tetap suka dengan lelaki tu walaupun dia tak berharta kerana harta tu milik bapanya.




Terus tu ada versi Kelantan,versi Sarawak lepas tu Nubhan nyanyi dalam versi Dusun. Aizat nyanyi lagu ni dengan Jimmy Palikat. Boleh cari semua tu dalam Youtube. Tapi yang paling latest,aku dengar kat Suria Fm baru-baru ni lagu Tanak Kampung ada versi terbaru. Jimmy Palikat featuring One Nation Emcees. Harap-harap masuk Anugerah Juara Lagu nanti. Tapi kalau nda dapat masuk,tia apa ba,lagu ni masih lagi popular.





Enjoy! :D

Wednesday, March 7, 2012

dia dan aku

  Semuanya bermula ketika aku baru sahaja masuk tingkatan enam di sebuah sekolah berprestij di bandar. Bagaikan kambing baru pertama kali masuk ke bandar,aku rasa janggal. Kawan-kawan pula tiada,maklumlah hanya aku seorang sahaja yang berani melangkah ke tingkatan enam. Mereka semua pergi ke kolej matriks. Nampaknya aku terpaksa mulakan dari bawah dalam bab mencari kawan. Tapi aku takut jika mereka tidak bersudi berkawan dengan aku.

    "hai,siapa nama?," seorang gadis bertudung labuh menegur aku,bertanyakan nama aku.
    "Azirah,tapi panggil Jirah saja," aku menjawab dengan senyuman,maklumlah aku nak nampak ramah mesra bila orang bawa aku bercakap. Manalah tahu gadis bertudung labuh ni boleh jadi kawan sekepala aku. Teringat pula kenangan ketika di tingkatan lima.
 
  Gadis bertudung labuh itu menjawab "eh,melayu pula awak ni. Saya ingatkan awak ni bukan melayu. Jadi saya kena cakap assalammualaikum dengan awak kan? Hehehe,nama saya Wirda tapi panggil ja Ida," dia membalas senyuman aku ketika itu. Aku pula terfikir,nampak tak melayu ke muka aku ni? Tapi aku tak kisah,mungkin first impression dia pada aku yang aku ni bukan muslim. Kalau aku bagitahu hal ini kepada mama,confirm mama cakap "aku dah kata dah,pakai tudung," dan bebelan seterusnya. Lebih baik jangan bagitahu mama.

  "Waalaikumsalam. hahaha,ye ke?," aku berkata dan tiada idea untuk menyambung perbualan seterusnya. Oh,kenapalah aku ni socially awkward? Aku dah lupa ke cara berkawan? Nasiblah Ida menyelamatkan perbualan canggung kami berdua dengan bertanya "awak dulu dari sekolah mana? saya dari sekolah menengah agama. Saya sebenarnya boleh sambung form six kat sekolah lama saya,tapi susahlah sebab ada belajar bahasa arab. Saya ni lemah dalam bahasa arab,spm pun...," banyak cakap juga Ida ni tapi aku terhibur juga mendengar. Selepas dia habis bercakap,maka aku pun menjawab soalan dia aku datang dari sekolah mana.

  "Saya datang dari sekolah perempuan tak jauh dari sekolah ni. Saya masuk form six ni pun sebab saya tak daftar pergi matriks masa saya tingkatan lima dahulu. Ramai orang kata form six ni susah tapi saya tak mahu berfikiran negatif jadi saya cuba-cubalah nak ambil STPM ni," punyalah banyak cakap aku ni. Sempat lagi tipu sunat yang aku tak sempat pergi daftar matriks. Padahal dulu masa aku tanya Papa kalau aku boleh pergi sambung belajar jauh dari rumah,dia tak bagi langsung.

  "Oh,ya?," selepas itu kami diam,tak tahu nak cerita apa. Tidak lama kemudian,senior kami tingkatan enam atas datang ke kelas kami. Nak bagi orientasilah tu. Malasnya tapi terpaksa terima juga. Kan sudah menjadi adat,apabila berada di tempat baru,orientasi harus diberikan bagi membiasakan orang baru dengan persekitaran lain. Sekolah dahulu tak sama dengan sekolah ni.

  Seorang pelajar lelaki dari tingkatan enam atas yang memakai kaca mata tidak berbingkai memberi ucapan kepada kami bersama-sama dengan geng dia di belakang,ataupun rakan-rakan sekelas mereka. "Kami ucapkan selamat datang kepada adik-adik baru kami yang baru sahaja melangkah ke dunia tingkatan enam," kemudian mereka semua termasuk orang-orang dalam kelas aku pun bertepuk tangan. Aku tak tahu apa benda mereka sorakkan. Kemudian pelajar lelaki itu memperkenalkan namanya "nama saya Zainal dan saya merupakan ketua menteri untuk parlimen sekolah,mereka semua di belakang ni adalah orang bawahan saya,iaitu menteri-menteri yang bertungkus-lumus memastikan keselesaan untuk para pelajar di sekolah ini...," dan banyak lagi dia cakap.

   Aku dan Ida duduk di belakang sekali dan di belakang tempat duduk kami ada sebuah pintu masuk juga. Ada senior-senior kami menyelit masuk dari pintu belakang kelas kami. Aku rasa seperti ada seseorang di belakang lalu aku pun pandang ke belakang. Seorang pelajar lelaki yang memakai kaca mata hitam,sama bentuk dengan Zainal,empat segi kecuali kaca mata dia mempunyai bingkai berwarna hitam dan plastik. Dia senyum kepadaku dan aku membalas senyumannya tapi bukanlah dengan senyuman gedik. Dia tidak memakai blazer berwarna merah gelap seperti Zainal pakai sekarang.

  Selepas habis sesi berkenalan dan memberitahu jadual program orientasi kami selama seminggu,di mana seorang senior perempuan bernama Nora meneruskan ucapan selama 10 minit untuk memberitahu dia merupakan ketua pembangkang dan sebagai pembangkang,dia mempunyai hak untuk menolak sebarang polisi parlimen jika didapati membebankan para pelajar di sekolah ini. Macam masuk dalam dunia politik pula. Kemudian cikgu pun masuk ke kelas dan bermulalah sesi pengajaran dan pembelajaran. Walaupun sebenarnya cuma memperkenalkan subjek-subjek tingkatan enam sahaja.

                                                 ********************************
   Waktu rehat aku pergi ke tandas bersama Ida. Semasa dalam perjalanan pergi ke tandas,kami bertembung dengan senior lelaki berkaca mata bingkai plastik warna hitam. Dia baru pulang dari kantin bersama gengnya,tiga orang perempuan dan tiga orang lelaki termasuk dia. Mereka masing-masing membawa makanan untuk dibawa ke kelas. Maklumlah,kantin di sekolah baru aku tu sempit,kurang tempat duduk. Lagipun hanya pelajar tingkatan enama sahaja yang diberikan keistimewaan untuk makan di dalam kelas. Senior lelaki yang memakai kaca mata bingkai plastik warna hitam itu melemparkan senyuman kepada kami. Aku nampak nama di name tag dia,Burhanudin Bakri. Ida mengusik aku "eh,ji? tenung lama nampak?," Aku cuma ketawa sahaja.

                                            **********************************
   "Azirah Hussain,awak masuk ke dalam group B," Seorang senior lelaki berbangsa cina menyebut nama aku mengikut senarai nama di clipboard miliknya dan menyuruh aku bergerak secepat mungkin ke group B. Aku tak sukalah aktiviti program orientasi diadakan pada waktu petang. Aku nak balik rumah dan tidur. Penat bangun pagi untuk pergi ke sekolah. Apatah lagi pergi ke sekolah baru,dengan suasana dan persekitaran baru. Nasib juga aktiviti hari ni diadakan di dalam dewan sekolah,terlindung dari panas matahari. Ida dan aku tak sama group,dia berada di group D.
 
  Ketika aku berada di group B,aku terkejut apabila melihat facie aku ialah Burhanudin. Dia senyum kepada aku dan berkata "hai," aku cuma menjawab "hello," Macam tiada jawapan lain lagi ni. Setelah selesai pembahagian group,para facie pun memperkenalkan diri. Kawan Burhanudin,seorang perempuan menjadi jurucakap memperkenalkan diri seolah-olah mereka yang lain tidak mempunyai mulut untuk berbicara "nama saya Ella dan ini kawan-kawan saya merangkap facie kamu kepada minggu ni. Sebelah saya Marlinah dan sebelah dia tu Burhan. Yang tengah berkhayal sambil tengok facebook dalam henpon,itu si Awang Mokhtar tapi panggil ja dia AWANG," ketika Ella menekankan suaranya menyebut nama "Awang" barulah mamat tu tersedar dan cuma berkata "sorry,teruskan," dan kembali melihat telefonnya. Ella menunjukkan muka tak puas hati dan menjeling. Kemudian dia menyambung semula "'hari ni aktiviti kita cuma memperkenalkan diri dalam group ini. Saya tahu,kamu semua saling tidak mengenali antara satu sama yang lain,oleh itu aktiviti ramah-mesra dijalankan bagi mengelakkan anda menjadi kera sumbang dalam masyarakat sekolah ini,"

  Punyalah pedas percakapan si Ella ni. Walaupun ada betul,tapi gunakanlah ayat yang lain macam "kurang kawan" ke,apa ke. Sungguh tak bertapis langsung percakapannya. Awang berhenti melihat henponnya dan menyimpan henpon tersebut ke dalam poket. Belum sempat Ella menghabiskan ayatnya,dia sudah mencelah "Ok,tanpa membuang masa dengan ucapan sia-sia, let's get this party started by telling us what's your name is," Mak aii,sempurna sungguh bahasa inggeris si awang ni,agaknya dia tentu pelajar terbaik dalam subjek MUET. Ella menjeling lagi si Awang,macam dia tak puas hati dengan perlakuan Awang sebentar tadi.

  Awang pun bertanya dengan seorang budak lelaki gempal yang duduk tak jauh dari aku. Agaknya dia datang dari kelas science. Sebab muka dia nampak nerd dengan tali leher yang sengaja diikat tinggi dan kaca matanya tebal. Mungkin kalau aku buka kaca matanya,tentu dia separuh buta. Jahatnya aku berfikiran sebegitu.

   "Kau,yang gemuk. Siapa nama?," si Awang ni aku perhatikan dia tidak mempunyai budi bahasa langsung. Dia mempunyai ciri lengkap charming bad boy. Ya,dia kacak tapi tak semestinya semua perempuan suka sama dia. Contohnya aku,aku tak berkenaan sangat dengan Awang Mokhtar. Manakala Burhan pula sejuk hati memandang,dia taklah kacak sangat tapi bila tengok rupanya,rasa rindu nak tengok sekali lagi. Eh,apa kena aku ni? Membandingkan Burhan dan Awang? Aku tak ada kerja lain lagi ke?

  "Eh,gadis comel yang tengah mengelamun tu. Masih di bumi atau di planet marikh dah?," mereka semua melihat aku dengan perasaan ingin tahu. Aku terkesima lalu aku cepat-cepat menjawab jawapan yang aku akan sesali seumur hidup,rasanyalah "kat bumi," terus mereka semua ketawa termasuk Ella,yang baru sahaja tarik muka masam tadi pasal Awang merampas peranan dia sebagai jurucakap facie kumpulan B. Awang senyum dan meraup mukanya sambil berkata "astaga,betul-betullah kau ni di planet marikh sudah. Ok,siapa nama kau?," Muka aku merah menahan malu menjawab soalan Awang "Azirah Hussain," Lepas tu Awang bertanya apa nama panggilan aku,aku pun menjawab "Jirah ja," Burhan yang ketika aku memandang aku masih lagi bersisa ketawanya tapi dia masih mampu tahan. Dia buat-buat muka serius ni.

                                  *********************************************

   Setelah selesai aktiviti hari pertama orientasi sekolah,aku pun duduk di bus stop sambil menunggu abang Chet mengambil aku. Haih,abang kesayangan aku tu memang selalu lambat ambil aku. Alasan utama dia "traffic jam la dik," kadang-kadang dia berkata "abang tadi jumpa kawan minum-minum," Macamlah boleh percaya sangat alasan dia. Aku nampak Awang balik menggunakan scooter berwarna hitam,dia ternampak aku dan melambai ke arahku sambil memanggil aku "alien Jirah," kurang asam betul si awang ni. Ida pula telah pulang awal. Boyfriend dia ambil dari sekolah. Wow,kejutan budaya terus ni. Belum pernah aku tengok boyfriend ambil girlfriend dari sekolah. Atau aku yang masih berada di bawah tempurung. Mental note,duduk di penjuru dinding dalam bilik dan berfikir. Macam betul ni aku nak buat begitu.

  Tiba-tiba ada seseorang duduk kat sebelah kanan aku,aku berpaling,rupa-rupanya Burhan yang duduk sebelah aku. Dia berkata kepada aku "Hai,Jirah. Balik mana?," Aku menjawab "balik ke rumah," terus aku tersedar. Bodoh benar jawapan aku tu. Kemudian dia ketawa,sambil berkata "epic answer,I like that,". Aku tersengih-sengih dan berkata "sorry,saya tak sangka jawapan sebegitu keluar dari mulut saya. Mungkin otak saya ni dah malfunction," Lagilah Burhan ketawa,aku pun ikut ketawa juga. Aku suka tengok cara dia ketawa,comel ni. Lepas tu dia berkata "oklah,saya balik dulu. awak hati-hati ya. besok jangan lupa pergi sekolah," aku mengangguk dan berkata "ok bang," dia berpaling kembali ke arahku setelah dia bangun dari tempat duduk dan berjalan selangkah,dia senyum sambil berkata "panggil ja burhan,umur kita pun bukan jauh beza juga," aku pun seperti burung belantuk mengangguk.

   Manalah abang Chet ni? Kepanasan sudah adik kesayangan dia menunggu di bus stop dekat sekolah seorang diri. Aku tersenyum sendiri apabila teringat beberapa jawapan "genius tahap kambing" aku tadi tu. Kemudian abang Chet pun datang dengan Myvi merahnya sambil berkata "sorry abang lambat...," memberikan aku 1001 alasan lapuk. Aku bagitahu mama ni karang.

akan bersambung.

Monday, March 5, 2012

masa berlalu dengan pantas.

   Tak sedar aku dah masuk bulan mac rupanya. Janji kepada diri sendiri nak tulis cerpen dalam blog ni dalam februari tapi dah expired perjanjian aku. Nampaknya aku tak perlu buat perjanjian kepada diri sendiri lagi,aku kena buat semuanya spontan agar aku terkejut dengan diri sendiri. Aisehmen,angan-angan pula aku ni. Macamlah aku ni berbakat besar dalam dunia penulisan,hahahaha *ketawa sendiri*.

  Banyak perkara yang telah berlaku dan ini baru sahaja di permulaan tahun. Walau bagaimanapun,aku tak perlu cerita mengenai perkara-perkara yang telah berlaku kerana aku takut tangan aku  yang lenguh menaip. Sekarang ni aku makin kuat berkhayal dan bukan khayal pasal dadah. Aku khayal fikir pasal benda lain ketika buat kerja dan aku tak tahu apa puncanya. Mungkin aku stress sangat sampai berkhayal ja kerja aku sedangkan aku sepatutnya serius dalam melaksanakan tugas aku.Sebenarnya aku khayal kerana memikirkan jalan cerita aku yang aku bakal terbitkan dalam blog ini agar tidak terlalu merepek jalan ceritanya.

 
  Bulan Mac pastu bulan April. Tak lama lagi aku berusia 22 tahun dan aku rasa perangai aku masih tak matang. Tak kisahlah,matang ke tak matang fikiran aku,yang penting aku puas hati dan gembira dengan diri sendiri. Aku akan berusaha lebih kuat untuk memperbaiki kehidupan aku agar aku menjadi individu yang lebih baik. Aiseh,macam ayat esei skema weyh. Aku sebenarnya ada idea untuk cerita yang aku bakal terbitkan dalam blog ini tapi disebabkan aku takut mempunyai writer's block sebelum sempat menghabiskan hasil karya aku,aku terpaksa pendam. Tapi sekarang aku dah tak tahan,aku nak luahkan juga.

 
   Pada suatu hari nanti,aku nak jadi penulis online yang dikenali ramai. Hahaha,angan-angan sahaja aku ni. Oklah,aku sign out dulu. Will write more later.