Monday, June 20, 2011

pengalaman aku dengan bisul

  Tajuk di atas pun sudah bagitahu isi utama entry aku kali ini. Janganlah pula kamu yang membaca blog ini tengok aku lain macam pula. Bukannya aku minta sakit bisul ni,dia tetiba ja datang maka aku pun terpaksa menerima penyakit ini dengan hati yang terbuka. Kiranya ni pengalaman first time aku jugalah dan pengajaran kepada aku agar memberi perhatian yang lebih kepada kesihatan tubuh badan ni. Yalahkan,orang bujang,bukan peduli sangat pun kesihatan diri ni,lebih-leboh lagi kalau dah berjauhan dengan mak bapa(atau macam dalam situasi aku,mak bapa dah tiada).
  Aku kongsikan pengalaman aku ni kerana aku tahu bukan aku seorang saja yang mengalami penyakit bisul ni. Biarlah rahsia memalukan ni terbuka,lagipun aku tak pakai nama sebenar dan aku tak letak gambar aku dalam blog ni (hehehe,sebab kenapa aku berani open minded dalam blog berbanding di dunia luar). Tanpa membuang masa,meh aku ceritakan pengalaman aku mengikut rangka masa ataupun dalam bahasa orang puteh "timing frame".
   13/6/2011: malam tu bahagian bawah perut aku mula sakit tapi tempat sakitnya di bahagian benjol yang telah lama ada tapi aku tak tahu bila(kes tak perasan perubahan badan kerana asyik pura-pura sibuk). Lagipun aku dah lama tidak datang bulan,dalam dua bulan begitu (oi,jangan fikir bukan-bukan! dua bulan yang lalu adalah dua bulan yang paling stress dalam hidup hingga kitaran haid aku terjejas). Mulalah aku fikir bukan-bukan macam sakit lain yang boleh buat aku menjalani pembedahan atau sebagainya. Sakit gila weyh malam tu benjol,tak tipu! Mahu menangis pun ada. Serta-merta aku rasa emo giler,emo yang sangat-sangat emolah. Hairan juga aku,yang sakit tu benjol kat bahagian bawah perut aku tapi aku emo berabis macam nak bunuh diri. Malam itu aku tidur dengan kesakitan yang tuhan dan aku sendiri saja tahu.
   14/6/2011: Pagi tu aku bangun dan benjol itu kembali sakit. Pedihnya sakit itu hanya Tuhan saja tahu. Namun aku gagahkan diri bangun dan pergi mandi,bersiap-siap pergi kerja. Pedih betul rasanya di bahagian benjol itu. Aku cuba tahan sakit dan anggap biasa ja tapi tak mampu sudah nak tahan kalau sakit begitu pedih. Jadi aku call bos aku dan kata nak pergi klinik. Alasan aku senang ja,dugal kunun(gastrik dalam bahasa sabah,dugal,perkataan ni juga digunakan di negara brunei,kiranya dugal ni berasal dari bahasa brunei) Dugal my ass lar,x pernah-pernah gastrik bilang gastrik. Jadi aku gagahkan diri pergi klinik yang tidak jauh dari tempat kerja aku di waktu petang(waktu kerja ni). Aku nak tahu juga apa sakit di benjol yang semakin keras dan merah ni. Pendekkan cerita,aku pergi ke klinik dan doktor bagitahu yang benjol ni adalah infection atau lebih dikenali dengan nama manja,bisul. Alamak,apasal aku boleh terkena bisul? Lepas tu doktor klinik tu bagi aku paracetamol untuk tahan sakit,antibiotik dan juga ubat sapu untuk disapu ke benjol di bawah perut. Lepas balik dari klinik aku terus makan paracetamol dan antibiotik itu kerana sakit yang amat sangat. Sebelum makan ubat,aku niatkan dalam hati "hanya Allah sahaja yang mampu ubati penyakitku ini." Sebab aku takut aku berfikir "ubat ni sembuhkan aku" konon. Itu dah menghampiri syirik tau. Malam itu sambil sakit di bisul aku,sambil aku tetiba emo menganggap diri aku ni loser lah,bodoh sangatlah,apa-apa ja lah yang kalau tak kerana sakit bisul ni aku akan tiba-tiba menulis nota bunuh diri. Tapi tentu nda kesampaian sebab aku tahu hukum orang bunuh diri dalam Islam,mati dalam keadaan kafir.   Jadi malam itu lepas makan paracetamol,antibiotik dan sapu ubat di bahagian yang bisul itu,aku tidur dalam keadaan kesakitan.
  15/6/2011: Bisul makin bertambah merah dan mengeras,sakit betul tapi nasib dengan izin Allah,sakit tu berkurangan lepas bawa makan ubat. Aku pun membawa diri pergi kerja dengan perasaan tak selesa,nak muntah pun ada juga rasanya. Selera makan memang kurang masa tu. Tapi aku gagahkan diri untuk makan sikit kerana perut aku memang kosong. Jadi lepas tu aku buat kerja macam biasa. Tiba-tiba dalam nak dekat jam empat petang aku rasa lain macam. Memang tengah sakit bisul tapi ni lain macam punya feeling ni macam ada something mengalir keluar dari bawah. Ok,takkan bisul awal-awal pecah pula padahal masih dalam keadaan membengkak? Akupun pergi tandas,check kenapa tapi aku biarkan dulu lama sikit kerana aku dah balik-balik pergi tandas gara-gara menyapu ubat sapu di bahagian bisul itu. So lepas aku biarkan lama sikit,tak lama betul aku pergi tandas buat kali terakhir bagi hari itu,aku tengok kat(well you know where) ada darah. Punyalah aku gembira dan bersyukur kerana datang bulan tapi mesti double pain kan? Lantaklah,janji aku datang bulan setelah dua bulan stress berabis. Memang betul double pain malam itu,mana bengkak bisul tu punya sakit,mana lagi period pain sampai otak aku seperti keliru menerima signal sakit kerana evrything di bawah perut. Huu~~.
   16/6/2011: Still got a period pain and bisul aku pula walaupun sakit tapi tak teruk sangat macam beberapa hari yang lalu itu. Aku rajin makan ubat telan tapi kurang rajin sapu ubat bisul. Pada waktu siang masa aku kerja,aku membawa laptop pergi kerja jadi aku membuat sedikit kejadian mengenai penyakit ini. Akhirnya dengan takdir Tuhan,aku jumpa juga website mengenai kesihatan dalam bahasa malaysia(yalah,semua dalam bahasa indonesia,mana aku faham kebanyakan istilah mereka).Rupanya bisul ni jangkitan pada folikel rambut/bulu roma yang menyebabkan penghasilan nanah(eww) atau nama orang putehnya abses. Tempat paling glemer bisul boleh muncul adalah ketiak, kelopak mata, buah dada, punggung muka, kelangkang dan di belakang tengkuk(aku kopipes je). nasib aku punya bisul tumbuh kat bahagian bawah perut. Aku bacalah artikel itu sampailah ke part paling aku suka,part mengubati. Jadi pada malam itu,aku tuamkan tuala panas kat bahagian bawah perut aku untuk membiarkan nanah bisul itu masak dan pecah sendiri(Aku buat sekali ja ni). Sambil menyelam minum air kata peribahasa melayu,aku anggaplah aktiviti menuam tuala suam panas itu sebagai cara melancarkan perjalanan darah haid juga(hehe,clever kan aku?)
  17/6/2011: caught red-handed by my sister while taking my medicine at morning. Dia terus risau tapi aku rasa dia tak risau sangat juga tu. So my bisul still sakit lagi tapi tak teruk sangat,I can stand the pain. Meanwhile my period pain dah tak ada. So TGIF!! happy sangat hari tu hari Jumaat because kakak aku yang tua balik sini sekejap dari sandakan atas urusan kerja. Hehe,I don't think so much about my abceas pain.
  18/6/2011: sakit sikit ja,macam dah timbul lubang untuk dijadikan "pintu keluar" nanah tersebut. Just wait and see. Mudah-mudahan tiada apa-apa.
   19/6/2011: Ok,kakak aku yang tua dah balik pergi sandakan pagi itu. Lepas breakfast aku tidur sepanjang hari sampai sakit badan. Sakit kat "pintu keluar" bisul aku makin pedih tapi tak sepedih waktu bisul itu membengkak. Memang sakit dari siang sampai malam.
  20/6/2011: Bangun pagi,aku rasa pelik. Macam something bocor di bisul aku. Aku agak mesti "pop" dah ni. So aku pun pergi ke bilik air. sekali nak siap-siap jirus air di badan,aku bongkok sikit,oh my~~~ nanah putih kental-kental keluar dari bisul aku. Sangat eww~~. dahlah aku kelambatan nak pergi kerja ni,terus bisul ni pecah pula. Tapi sempat aku bersyukurlah,maknanya aku makin sihat. Aku dengan paniknya menekan bengkak di bisul bagi mengeluarkan nanah dengan menggunakan t-shirt aku(don't ask me). Lepas 2,4 kali tak silap aku,akhirnya aku tekan habis bisul aku dan terkeluarlah nanah putih yang kental berabis,oh pekat dan menggelikan. Lepas tu kasik bersih darah pakai t-shirt itu. Aku cuba buat dengan cepat agar tak sakit tapi sebenarnya,cepat atau lambat still memedihkan juga(bitter truth). Hari ni aku rajin tukar tisu lebih daripada tukar pad kotex kerana darah bisul ni boleh timbus. 
     Ubat makan aku dah habis tapi ubat sapu aku belum habis sebab aku malas. Nilah pengalaman aku dengan bisul. Memang pain yawww. Harap-harap dalam dua,tiga hari ni bisul aku ni dah baik dengan izin Allah. Bah aku sign off lar dulu ya. Info mengenai bisul boleh didapati di sini tapi textnya dalam bentuk adobe.pdf. Ok,babai.


  

4 comments:

  1. Hai sis...kalau tuam guna ice pack bole tak?

    ReplyDelete
  2. Sy pon jdi benda yg sama n tarikh yg sama mcm sis. Datang piriod time yg sama dengan bisul membengkak . Ya Allah tuhan ja tahu sakit dy mcm2 mna dua dua ni. Bisul tumbuh di tangan skrg merebak tempat lain pula. Now bru smpai hospital tak boleh tahan dh

    ReplyDelete
  3. Saya first time kena.. Dekat punggung pula.. Ingtkan ada sakit kronik ke ape kan.. Sebab sebelum ni mmg xpernah kenaa.. Dia punya sakit lain mcm.. Hari ini, bisul tu pecah.. Hrp la mgu ni sembuh la bisul aku.. Xtahan.. Sakit sgt.. Xselesa

    ReplyDelete