Sunday, June 19, 2011

lagu yang aku suka: kristal meyers-shine

  Masa aku mula-mula tukar astro byond(abang aku sebenarnya),ada satu iklan di channel axn beyond agak catchy lagu iklan yang memaparkan rancangan yang dimainkan di axn beyond itu. Maka aku pun ketagih menunggu iklan itu untuk di "track ID" kan oleh aku. Tapi selalu tiada kesempatan sebab aku selalu kurang kredit(kedekut) dan kadang-kadang aku malas nak mencapai hp aku. Tapi pernah juga aku cuba track ID lagu dalam iklan tersebut dan hasilnya tiada pula. Aih,desperate lah juga aku nak tahu siapa penyanyi lagu aku suka itu. Aku cuma ingat bait korus "the way you look..I know..." takkan aku nak nyanyi part itu saja kan? mesti nak dengar dan download full version dia? betul tak?
  Jadi pada suatu malam masa aku tengah duduk malas-malas sambil menonton tv dan ngam-ngam hp itu ada di tangan,tengah ber-sms dengan abang sayang(hehehe) dan masa itu aku buka channel 720(axn beyond) iklan itu pun keluar. Waa,peluang yang baik untuk track ID! Biarlah kredit aku ditelan hidup-hidup kerana penggunaan internet,biarlah lambat reply mesej si dia(dia pun kadang-kadang lambat reply) janji aku tahu lagu apa yang kuar kat kat tv itu. Jadi lepas aku dengan jayanya me"track ID"kan lagu itu,terpampang kat skrin sebuah tajuk lagu Shine dan penyanyinya ialah Kristal Meyers. Aku pun lepas tu google namanya then cari klip video lagu Shine di youtube. Tapi aku hanya cari lirik video (kes malas cari lirik kat internet,nak kerja senang je tengok video lirik). Tapi setelah lama aku tahu siapa empunya lagu Shine tersebut,aku belum lagi terdownload lagunya. Aku pun tidak tahu kenapa aku belum lagi download sedangkan lagu selena gomez,who says(lagu yang aku sebenarnya kurang dengar dalam mp4) aku download pula.
  Di bawah ni aku letak video lagu shine(ini bukan music video) so feel free to watch it. :)

No comments:

Post a Comment