Thursday, July 12, 2012

muncul ketika hari ganjil

 Ya,aku perasan juga yang aku ni lama sudah tidak menulis blog akibat kesibukan dalam kehidupan. Amatlah membencikan bila perkara sebegini terjadi. Namun aku tidak mempunyai apa-apa cerita juga jadi mungkin itu menyebabkan aku malas menulis blog.

   Mungkin sekarang ni aku patut dalam hiatus. Aku akan menulis bila aku mahu menulis dan semestinya benda yang aku mau tulis berfaedah untuk aku baca. Hahaha.

    Jadi sebab itulah aku menghentikan penulisan blog "zya lemon" untuk sementara waktu ini. Jangan cari saya...hehehe ;)

Monday, June 4, 2012

keras kepala haruslah bertempat.

   Setelah lama aku tidak menulis dalam blog kerana kononnya aku sibuk menjalani kehidupan,barulah malam ni aku mempunyai kesempatan untuk meluahkan segala luahan yang terbuku dalam dada ini. Eceh,powerlah ayat aku ni,boleh jadi penulis novel. Tapi tak perlulah kerana cerita aku yang aku bakal tulis nanti hanya mempunyai banyak kesedihan dari kegembiraan. Maklumlah,benda menyedihkan ni lebih seronok dibaca berbanding cerita-cerita gembira.

  Dalam diri setiap manusia,masing-masing mempunyai sifat degil. Aku pun degil juga,kadang-kadang tidak mahu mengalah walaupun tahu sudah perkara itu salah, aku masih nak pertahankan lagi kerana aku rasa aku ni betul. Ya,degil itu sifat manusia yang tak boleh dielakkan. Degil kerana pertahankan perkara yang kita rasa benar bak kata pepatah orang barat "stand up for what you believe". Degil sedikit boleh,tapi kalau degil terlampau boleh merosakkan diri sendiri.

  Macam aku ni,aku tak selalunya degil sangat sebenarnya,aku banyak menurut sahaja cakap orang,tapi kalau aku rasa aku nak jadi "orang yang selalunya betul",aku memang akan jadi begitu. Ya,mengikut "perubahan cuaca",memang aku akan menjadi "bitch". Aku tak mahu mengalah,dalam fikiran aku akan berkata begini "kenapalah kalau jadi begitu nanti?" tapi setelah disedarkan dan dibawa berbincang,atau dalam bahasa ringkasnya,bertolak-ansur,aku pun perlahan-lahan menerima walaupun dalam hati masih tidak mahu menerima kenyataan. Malahan,aku menganggapnya sebagai sebuah pengajaran dalam menempuhi kehidupan. As we grow up,we grow mature and takes past as lesson to present and prepare for the future.

     Jadi moralnya di sini,keras kepala haruslah bertempat. Jangan bila tahu sesuatu benda tu tak boleh diperbaiki,kita masih nak pertahankan lagi. Anggaplah itu sebagai sebuah ketentuan dan belajarlah dari kesilapan. Ok,bye.

Monday, April 30, 2012

dah 4 bulan dah.

  Beberapa jam lagi akan masuk ke tarikh 1/5/2012. Waa,agak pantas masa berlalu dan baru aku menyedari bahawa banyak matlamat aku belum capai lagi. Level kehidupan semakin susah tapi aku masih mampu bersenang-lenang. Mungkin aku ni belum menyedari kepentingan untuk berubah demi masa depan. Mungkin juga aku telah sedar tapi aku belum lagi mengambil langkah-langkah untuk berubah. Ibarat beli kereta cantik tapi tidak tahu macam mana nak pandu. Huhuhu,story of my life.

  Walau bagaimanapun,aku harus tidak mengalah kepada nasib aku sekarang ni. Tuhan suruh para manusia berusaha jadi kita sebagai manusia harus berusaha ke arah kebaikan. Aiseh,aku bercakap macam cendekiawan. Jadi mulai hari ni aku akan berubah perlahan-lahan.

  Melihat kepada anak-anak kucing yang sedang enak tidur dibuai mimpi sekarang,membuatkan aku terasa cemburu. Binatang mana ada benda mau dirisaukan. Makan,tidur dan bermain,itu sahajalah kerja mereka. Lagipun mereka mana ada dikurniakan akal macam manusia. Lalu aku sebagai manusia harus bersyukur kerana  dikurniakan akal. Tidaklah kena kasik bodoh-bodoh oleh tuan sendiri. Hahaha,apa benda la aku cakap ni.

  Sesudah aku merepek di sini,aku janji kepada diri sendiri aku harus update lebih banyak entri dalam bulan mei ni. Entry-entry haruslah mempunyai isi-isi yang kukuh agar orang yang membaca blog ni tak anggap aku syok sendiri. Kalau aku terulang entry yang sama,maafkan aku. Aku ni memang,malas dah mau check entry-entry yang lalu jadi memang kebarangkalian mengulang cerita yang sama adalah tinggi.

   Ok,finally aku da post entry terakhir untuk bulan april ni. Jumpa di entry bulan mei pula.

Friday, April 20, 2012

bercuti di rumah.

   It is been a few week I'm on hiatus and today I'm going to about write my experience six days off duty. today is day four and I'm already- ok,cukup. Nanti menjadi begitu personal. Tapi bukankah ni memang blog personal? Tapi taklah super personal sangat,saya cuma nak meluahkan perasaan sahaja. Tanpa membazir masa (chewah,macam dalam tv!)

   Mula-mula aku ingatkan aku dapat cuti empat hari saja sampai hari jumaat hari ni. Tiba-tiba bos called bilang dengan saya "kau cuti sampai hari ahad ni,next week we got many wedding" terus aku meraup muka dan menyumpah diri sendiri. Sebenarnya itu tanda aku happy tapi untuk extra dua hari aku tidak tahu mahu buat apa. Yalah,aku dah plan untuk cuti empat hari ni. Aku sambung belajar driving,duduk rumah sambil online berabis dan mengemas rumah. Tapi pelaksanaan agak lemah kerana aku malas hahaha.


    Sambung belajar driving. Sudah beberapa bulan aku tidak pegang stereng,akhirnya aku pegang juga hari khamis tu (paling tepat,semalam). Punyalah aku bergegar-gegar pegang stereng padahal driving dalam litar sahaja. Tapi ok sajalah,cuma mahu kena perbaiki skill mendaki bukit dan juga parking. Maka aku bingung-bingung ya masa tukar gear. Terus aku menanamkan azam dalam diri aku,aku nak drive kereta auto. Penatlah bawa manual ni.


     Online berabis. Kononlah start dari hari selasa tu aku nak buat macam tu. Tapi sejak hari selasa tu,modem wifi aku asyik tunjuk signal warna merah ja. Terus aku jadi tertekan. Makan terlalu kenyang,mandi lama-lama,tidur terlalu lena. Sekali semalam  datanglah kawan abang aku ni,dia tukang pasang modem wifi hari tu tak silap aku. Jadi abang aku ni bertindak menjadi tukang penghubung antara kawan dia dan kami (aku dan kakak aku),masa tu kami menonton restaurant impossible di channel 706. Dia tanya talian telefon rumah ok ke,aku jawab dengan yakin,"ok ba,orang call jelas ni suaranya. cuba ko telipun rumah dulu," macam orang marah-marah ni cara aku menjawab padahal aku cuba menyakinkan dia yang talian tetap sememangnya tak rosak tapi entah kenapa signal modem wifi merah,.

   Jadi abang aku bagitahu sama kawan dia,kawan dia hairan kenapa jadi begitu(menurut cerita abang akulah). Sekali dia periksa,aiyo rupanya line wifi di curi orang dan ditutup supaya kami (pemilik wifi ni) tak boleh online. Dahlah mencuri wifi orang,dia pergi tutup lagi,mana tak bengang. Kalau nak pakai tu,pakai ja la,janganlah sampai macam tu sekali. Lepas tu kawan abang aku mengetatkan security wifi rumah kami dan menukar password agar tidak kena hack oleh orang. Pintar banget sih mereka yang mencuri tu. Menyusahkan orang kemain. p/s: barulah semalam aku dapat online dan hari ni,waktu pagi aku update blog.

  Kemas rumah. Ok,enough say that aku malas. Hahaha.

   So,itu sahaja cerita aku untuk hari ni. More update after this. Hahaha.

Friday, March 30, 2012

Suami beriman.



        Tadi masa aku baca blog Hamka Kereta Mayat,aku tertarik melihat sebuah tajuk di entry ini Saya mahu suami beriman?. Entry ini sesuai untuk golongan perempuan menguji tahap keimanan boyfriend/tunang mereka. Yalah,bila kita betul-betul mahu jadikan boyfriend/tunang sebagai pasangan sehidup semati,kita juga harus memeriksa latar belakang mereka terutama sekali dalam bidang agama. Mana yang silap,kita betulkanlah tapi jangan pula bagi teguran melampau,cukup setakat bagi teguran lemah-lembut dan menjaga hati dan perasaan mereka.

   Siapa bilang lelaki sahaja boleh uji perempuan untuk dijadika bakal isteri? Perempuan pun boleh lakukannya juga. :D


Dibawah adalah petikan daripada entry blog kereta mayat :

Ok, sekarang, lepas 5 minit masuk waktu solat di lokasi pasangan anda berada, cuba telefon (atau suruh muhrim telefon) dan dengar jawapan pasangan anda.


Jawapan A: Rindu kat abang ke? Sedang buat apa tu, kitapun rindu kat awak.


Jawapan B: Saya baru nak makan, awak dah makan?


Jawapan C: Saya baru nak tidur, terima kasih telefon saya kerana nak teman saya tidur.


Jawapan D: Saya baru nak solat, awak uzur ke? Telefon lagi 15 minit, insyAllah.


Jawapan E: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS, “saya solat tadi. Kenapa?”


Jawapan F: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “Tolong jangan telefon saya selepas azan, kerana saya ada temu janji dengan Tuhan.”


Jawapan G: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “saya solat di masjid tadi, jika mahu bincang pasal kahwin saya akan call sekarang, jika tiada apa apa, baik SMS sahaja,.”


Dah selesai hunbungi tunang anda selepas 5 minit azan selama tiga hari bertutut turut?


******


Beikut adalah KEPUTUSAN kepada ujian telefon 5 minit selepas azan di atas:


Jika jawapan A:


Sah belum sempurna iman tunang kau, sebab solat lengah lengah dan tak rasa bersalah, sebaliknya ghairah nak bercakap tentang cinta dan kasih sayang, jap lagi jika di layan, akan cerita dalam kain lah tu, astarfrullahal azim..


Jika jawapan B:


Belum jelas jugak akan tahap iman tunang awak, sebab makan dulu baru solat, mungkin tunang akan cakap, saya jika tak makan, nanti solat tak khusyuk, tapi jawapan orang yang beriman, saya tak boleh nak khusyuk untuk makan sebab teringat pada solat. Woha!


Jika jawapan C.


Ni lagi sekor, dah azan pun nak tidur dulu? Memang naya dapat tunang macam ni. Putus sahaja!


Jika jawapan D:


Alhamdullilah, ada ciri ciri orang beriman. Kan sedap ‘bunyi’nya.., kan?


Jika jawapan E:


Alhamdullilah, lagi bagus dari D, sebab SMS sahaja, jaga aurat, jaga adab, jaga akhlak. Tahniah!


Jika jawapan F dan G: Markah penuh! Sangat sesuai dijadikan suami.




    Dalam blog ini,penulis memberi nasihat kepada perempuan di luar sana,kalau nak cari suami,carilah yang menjaga solat dan rajin solat berjemaah di masjid. Begitu juga kepada para lelaki,kalau nak cari isteri,janganlah fikir pasal kriteria cantik ke,pandai masak ke atau apa-apa. Carilah perempuan yang juga rajin bersolat dan solat pada awal waktunya. Macam orang cakap,tiang mestilah tiang besi campur konkrit kalau mahu buat rumah yang teguh binaannya.

   Kalau sesiapa belum solat lagi atau "terlupa" mengerjakan solat,belum terlambat lagi untuk berubah. Semoga Allah memberkati ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Amin.

p/s: kalau peminat pakcik hamka nampak entry blog ini,rasa-rasanya aku akan dituduh sebagai tukang copy+paste je ke? jangan marah ye,saya cuma nak berkongsi sedikit tentang apa yang saya baca di blog-blog lain. ;)

Thursday, March 29, 2012

John Cena vs The Rock di Astro Box Office channel 971 pada 2 April 2012

   Tajuk yang sangat panjang di atas dan tidak perlu diperjelaskan dengan panjang sekali kerana bagi sesiapa peminat WWE terutama sekali peminat John Cena dan The Rock,pasti mereka ternanti-nanti akan perlawanan ini. Sebenarnya aku pun tak sabar juga nak tengok perlawanan ni walaupun aku bukan peminat setia dorang. Yalah aku ni peminat WWE tapi aku tak ada favorite wrestler macam hardcore fans WWE. Dalam erti kata lain,aku cuma tengok suka-suka sahaja. Aku suka tengok dorang hempas tu lawan di lantai tapi tidak pandai berdarah ni,buatkan aku rasa mahu jadi orang kuat ni.

   Ok,back to John Cena dan The Rock. Aku sebenarnya tak tahu siapa yang cabar siapa lawan dulu tapi menurut pemahaman aku macam The Rock yang start mencabar John Cena untuk berlawan dalam WrestleMania nanti. Terus sebulan ba dorang saling mengutuk sesama sendiri,sampai The Rock menyampaikan pelajaran Sejarah kepada peminat mengenai Boston Tea Party dan John Cena.

  Boston Tea Party mengenai tunjuk perasaan oleh orang Boston terhadap pihak British. Terus tu dorang buang semua daun teh ke dalam laut. Sila wikipedia untuk maklumat lanjut.

  Apa kaitannya dengan John Cena? Well The Rock cakap yang dia akan tumpaskan John Cena macam Boston Tea Party. Begitulah menurut pemahaman aku.

   Apalah aku ni,semuanya menurut pemahaman,macam manalah orang nak faham dengan entry aku ni? Nanti kena sangka aku ni poser ja, tapi tak apa,kalau nak tahu lebih lanjut sila pergi ke page WWE atau google ja pasal John Cena vs The Rock 1st April 2012.

   Ok,finito!

p/s: aku takde astro box office supersport so aku cuma mampu menggigit jari ni untuk tahu bagaimana perlawanan mereka. Tapi kalau ada pun ABO supersport,perlawanan bermula jam 7 pagi ikut waktu malaysia dan waktu tu,waktu aku bekerja. huuu T_T

C.I.N.T.A

C = Cintailah dia dengan seadanya.
I = Insan yang menyayangi kamu dengan seadanya.
N= Nanti bila sudah kehilangannya,kamu akan kerinduan.
T = Tak perlu membohongi perasaan sendiri.
A = Awaklah yang saya betul-betul suka. 

   Wah,kan bagus jika ada orang buat puisi begini! Tapi tentu akan dipanggil jiwang berkarat. Hahaha,tak apalah,saya lebih suka style realiti. Tak payahlah susah-susah meniru rancangan tv,drama bersiri,novel cinta dalam bab-bab mengayat pasangan masing-masing. Kalau nak try juga,bolehlah tapi pastikan jangan romantik bersebab. Romantik bersebab tu maksudnya kalau ada buat salah,baru nak beromantik. Itu memang nak kena tendangan dua kali tak cecah tanah. ;)

   Boyfriend saya sebenarnya tak berapa romantik tapi dia ok ja. Boleh dikatakan dia biasa-biasa ja. Tapi saya lebih suka begitu sebab kalau terlampau jiwang,nanti diri ni akan cair macam aiskrim,asyik makan ayat jiwang ja hari-hari.  Tapi kalau nda romantik pun salah juga sebab nanti rasa diri ni tak kena ambil peduli. Tahulah perempuan ni,tak boleh salah sikit,mesti nak merajuk. Akhirnya lelaki yang susah memujuk. Macam saya,dia tak boleh tengok saya merajuk,mesti dia cepat-cepat pujuk. Kadang-kadang saya sengaja merajuk ni tapi tak bolehlah selalu,nanti dia bosan memujuk,saya yang kesunyian. Hahaha.

  Ok,sudah dengan entry ini. Dahlah macam tiada-tiada,terus tu pandai bersaya-saya pula aku ni. Tekanan hahahaha.

Friday, March 16, 2012

lagu anak kampung.

  Lagu ni setahu saya dinyanyikan oleh Jimmy Palikat. Lagu ini bermaksud si lelaki ni minta putus sama girlfriend dia sebab tak mampu ajak kahwin,dia suruh girlfriend dia carilah yang lain,yang kaya untuk bagi makan. Best lagunya ni tapi maksudnya sedih. Lagu ni kalau tanya sama budak kecik,dorang pun tahu. Ini lagunya.



Lepas tu ada versi perempuan,jawapan kepada lelaki yang menyuruh girlfriend dia cari lelaki lain. Perempuan tu bilang dia tetap suka dengan lelaki tu walaupun dia tak berharta kerana harta tu milik bapanya.




Terus tu ada versi Kelantan,versi Sarawak lepas tu Nubhan nyanyi dalam versi Dusun. Aizat nyanyi lagu ni dengan Jimmy Palikat. Boleh cari semua tu dalam Youtube. Tapi yang paling latest,aku dengar kat Suria Fm baru-baru ni lagu Tanak Kampung ada versi terbaru. Jimmy Palikat featuring One Nation Emcees. Harap-harap masuk Anugerah Juara Lagu nanti. Tapi kalau nda dapat masuk,tia apa ba,lagu ni masih lagi popular.





Enjoy! :D

Wednesday, March 7, 2012

dia dan aku

  Semuanya bermula ketika aku baru sahaja masuk tingkatan enam di sebuah sekolah berprestij di bandar. Bagaikan kambing baru pertama kali masuk ke bandar,aku rasa janggal. Kawan-kawan pula tiada,maklumlah hanya aku seorang sahaja yang berani melangkah ke tingkatan enam. Mereka semua pergi ke kolej matriks. Nampaknya aku terpaksa mulakan dari bawah dalam bab mencari kawan. Tapi aku takut jika mereka tidak bersudi berkawan dengan aku.

    "hai,siapa nama?," seorang gadis bertudung labuh menegur aku,bertanyakan nama aku.
    "Azirah,tapi panggil Jirah saja," aku menjawab dengan senyuman,maklumlah aku nak nampak ramah mesra bila orang bawa aku bercakap. Manalah tahu gadis bertudung labuh ni boleh jadi kawan sekepala aku. Teringat pula kenangan ketika di tingkatan lima.
 
  Gadis bertudung labuh itu menjawab "eh,melayu pula awak ni. Saya ingatkan awak ni bukan melayu. Jadi saya kena cakap assalammualaikum dengan awak kan? Hehehe,nama saya Wirda tapi panggil ja Ida," dia membalas senyuman aku ketika itu. Aku pula terfikir,nampak tak melayu ke muka aku ni? Tapi aku tak kisah,mungkin first impression dia pada aku yang aku ni bukan muslim. Kalau aku bagitahu hal ini kepada mama,confirm mama cakap "aku dah kata dah,pakai tudung," dan bebelan seterusnya. Lebih baik jangan bagitahu mama.

  "Waalaikumsalam. hahaha,ye ke?," aku berkata dan tiada idea untuk menyambung perbualan seterusnya. Oh,kenapalah aku ni socially awkward? Aku dah lupa ke cara berkawan? Nasiblah Ida menyelamatkan perbualan canggung kami berdua dengan bertanya "awak dulu dari sekolah mana? saya dari sekolah menengah agama. Saya sebenarnya boleh sambung form six kat sekolah lama saya,tapi susahlah sebab ada belajar bahasa arab. Saya ni lemah dalam bahasa arab,spm pun...," banyak cakap juga Ida ni tapi aku terhibur juga mendengar. Selepas dia habis bercakap,maka aku pun menjawab soalan dia aku datang dari sekolah mana.

  "Saya datang dari sekolah perempuan tak jauh dari sekolah ni. Saya masuk form six ni pun sebab saya tak daftar pergi matriks masa saya tingkatan lima dahulu. Ramai orang kata form six ni susah tapi saya tak mahu berfikiran negatif jadi saya cuba-cubalah nak ambil STPM ni," punyalah banyak cakap aku ni. Sempat lagi tipu sunat yang aku tak sempat pergi daftar matriks. Padahal dulu masa aku tanya Papa kalau aku boleh pergi sambung belajar jauh dari rumah,dia tak bagi langsung.

  "Oh,ya?," selepas itu kami diam,tak tahu nak cerita apa. Tidak lama kemudian,senior kami tingkatan enam atas datang ke kelas kami. Nak bagi orientasilah tu. Malasnya tapi terpaksa terima juga. Kan sudah menjadi adat,apabila berada di tempat baru,orientasi harus diberikan bagi membiasakan orang baru dengan persekitaran lain. Sekolah dahulu tak sama dengan sekolah ni.

  Seorang pelajar lelaki dari tingkatan enam atas yang memakai kaca mata tidak berbingkai memberi ucapan kepada kami bersama-sama dengan geng dia di belakang,ataupun rakan-rakan sekelas mereka. "Kami ucapkan selamat datang kepada adik-adik baru kami yang baru sahaja melangkah ke dunia tingkatan enam," kemudian mereka semua termasuk orang-orang dalam kelas aku pun bertepuk tangan. Aku tak tahu apa benda mereka sorakkan. Kemudian pelajar lelaki itu memperkenalkan namanya "nama saya Zainal dan saya merupakan ketua menteri untuk parlimen sekolah,mereka semua di belakang ni adalah orang bawahan saya,iaitu menteri-menteri yang bertungkus-lumus memastikan keselesaan untuk para pelajar di sekolah ini...," dan banyak lagi dia cakap.

   Aku dan Ida duduk di belakang sekali dan di belakang tempat duduk kami ada sebuah pintu masuk juga. Ada senior-senior kami menyelit masuk dari pintu belakang kelas kami. Aku rasa seperti ada seseorang di belakang lalu aku pun pandang ke belakang. Seorang pelajar lelaki yang memakai kaca mata hitam,sama bentuk dengan Zainal,empat segi kecuali kaca mata dia mempunyai bingkai berwarna hitam dan plastik. Dia senyum kepadaku dan aku membalas senyumannya tapi bukanlah dengan senyuman gedik. Dia tidak memakai blazer berwarna merah gelap seperti Zainal pakai sekarang.

  Selepas habis sesi berkenalan dan memberitahu jadual program orientasi kami selama seminggu,di mana seorang senior perempuan bernama Nora meneruskan ucapan selama 10 minit untuk memberitahu dia merupakan ketua pembangkang dan sebagai pembangkang,dia mempunyai hak untuk menolak sebarang polisi parlimen jika didapati membebankan para pelajar di sekolah ini. Macam masuk dalam dunia politik pula. Kemudian cikgu pun masuk ke kelas dan bermulalah sesi pengajaran dan pembelajaran. Walaupun sebenarnya cuma memperkenalkan subjek-subjek tingkatan enam sahaja.

                                                 ********************************
   Waktu rehat aku pergi ke tandas bersama Ida. Semasa dalam perjalanan pergi ke tandas,kami bertembung dengan senior lelaki berkaca mata bingkai plastik warna hitam. Dia baru pulang dari kantin bersama gengnya,tiga orang perempuan dan tiga orang lelaki termasuk dia. Mereka masing-masing membawa makanan untuk dibawa ke kelas. Maklumlah,kantin di sekolah baru aku tu sempit,kurang tempat duduk. Lagipun hanya pelajar tingkatan enama sahaja yang diberikan keistimewaan untuk makan di dalam kelas. Senior lelaki yang memakai kaca mata bingkai plastik warna hitam itu melemparkan senyuman kepada kami. Aku nampak nama di name tag dia,Burhanudin Bakri. Ida mengusik aku "eh,ji? tenung lama nampak?," Aku cuma ketawa sahaja.

                                            **********************************
   "Azirah Hussain,awak masuk ke dalam group B," Seorang senior lelaki berbangsa cina menyebut nama aku mengikut senarai nama di clipboard miliknya dan menyuruh aku bergerak secepat mungkin ke group B. Aku tak sukalah aktiviti program orientasi diadakan pada waktu petang. Aku nak balik rumah dan tidur. Penat bangun pagi untuk pergi ke sekolah. Apatah lagi pergi ke sekolah baru,dengan suasana dan persekitaran baru. Nasib juga aktiviti hari ni diadakan di dalam dewan sekolah,terlindung dari panas matahari. Ida dan aku tak sama group,dia berada di group D.
 
  Ketika aku berada di group B,aku terkejut apabila melihat facie aku ialah Burhanudin. Dia senyum kepada aku dan berkata "hai," aku cuma menjawab "hello," Macam tiada jawapan lain lagi ni. Setelah selesai pembahagian group,para facie pun memperkenalkan diri. Kawan Burhanudin,seorang perempuan menjadi jurucakap memperkenalkan diri seolah-olah mereka yang lain tidak mempunyai mulut untuk berbicara "nama saya Ella dan ini kawan-kawan saya merangkap facie kamu kepada minggu ni. Sebelah saya Marlinah dan sebelah dia tu Burhan. Yang tengah berkhayal sambil tengok facebook dalam henpon,itu si Awang Mokhtar tapi panggil ja dia AWANG," ketika Ella menekankan suaranya menyebut nama "Awang" barulah mamat tu tersedar dan cuma berkata "sorry,teruskan," dan kembali melihat telefonnya. Ella menunjukkan muka tak puas hati dan menjeling. Kemudian dia menyambung semula "'hari ni aktiviti kita cuma memperkenalkan diri dalam group ini. Saya tahu,kamu semua saling tidak mengenali antara satu sama yang lain,oleh itu aktiviti ramah-mesra dijalankan bagi mengelakkan anda menjadi kera sumbang dalam masyarakat sekolah ini,"

  Punyalah pedas percakapan si Ella ni. Walaupun ada betul,tapi gunakanlah ayat yang lain macam "kurang kawan" ke,apa ke. Sungguh tak bertapis langsung percakapannya. Awang berhenti melihat henponnya dan menyimpan henpon tersebut ke dalam poket. Belum sempat Ella menghabiskan ayatnya,dia sudah mencelah "Ok,tanpa membuang masa dengan ucapan sia-sia, let's get this party started by telling us what's your name is," Mak aii,sempurna sungguh bahasa inggeris si awang ni,agaknya dia tentu pelajar terbaik dalam subjek MUET. Ella menjeling lagi si Awang,macam dia tak puas hati dengan perlakuan Awang sebentar tadi.

  Awang pun bertanya dengan seorang budak lelaki gempal yang duduk tak jauh dari aku. Agaknya dia datang dari kelas science. Sebab muka dia nampak nerd dengan tali leher yang sengaja diikat tinggi dan kaca matanya tebal. Mungkin kalau aku buka kaca matanya,tentu dia separuh buta. Jahatnya aku berfikiran sebegitu.

   "Kau,yang gemuk. Siapa nama?," si Awang ni aku perhatikan dia tidak mempunyai budi bahasa langsung. Dia mempunyai ciri lengkap charming bad boy. Ya,dia kacak tapi tak semestinya semua perempuan suka sama dia. Contohnya aku,aku tak berkenaan sangat dengan Awang Mokhtar. Manakala Burhan pula sejuk hati memandang,dia taklah kacak sangat tapi bila tengok rupanya,rasa rindu nak tengok sekali lagi. Eh,apa kena aku ni? Membandingkan Burhan dan Awang? Aku tak ada kerja lain lagi ke?

  "Eh,gadis comel yang tengah mengelamun tu. Masih di bumi atau di planet marikh dah?," mereka semua melihat aku dengan perasaan ingin tahu. Aku terkesima lalu aku cepat-cepat menjawab jawapan yang aku akan sesali seumur hidup,rasanyalah "kat bumi," terus mereka semua ketawa termasuk Ella,yang baru sahaja tarik muka masam tadi pasal Awang merampas peranan dia sebagai jurucakap facie kumpulan B. Awang senyum dan meraup mukanya sambil berkata "astaga,betul-betullah kau ni di planet marikh sudah. Ok,siapa nama kau?," Muka aku merah menahan malu menjawab soalan Awang "Azirah Hussain," Lepas tu Awang bertanya apa nama panggilan aku,aku pun menjawab "Jirah ja," Burhan yang ketika aku memandang aku masih lagi bersisa ketawanya tapi dia masih mampu tahan. Dia buat-buat muka serius ni.

                                  *********************************************

   Setelah selesai aktiviti hari pertama orientasi sekolah,aku pun duduk di bus stop sambil menunggu abang Chet mengambil aku. Haih,abang kesayangan aku tu memang selalu lambat ambil aku. Alasan utama dia "traffic jam la dik," kadang-kadang dia berkata "abang tadi jumpa kawan minum-minum," Macamlah boleh percaya sangat alasan dia. Aku nampak Awang balik menggunakan scooter berwarna hitam,dia ternampak aku dan melambai ke arahku sambil memanggil aku "alien Jirah," kurang asam betul si awang ni. Ida pula telah pulang awal. Boyfriend dia ambil dari sekolah. Wow,kejutan budaya terus ni. Belum pernah aku tengok boyfriend ambil girlfriend dari sekolah. Atau aku yang masih berada di bawah tempurung. Mental note,duduk di penjuru dinding dalam bilik dan berfikir. Macam betul ni aku nak buat begitu.

  Tiba-tiba ada seseorang duduk kat sebelah kanan aku,aku berpaling,rupa-rupanya Burhan yang duduk sebelah aku. Dia berkata kepada aku "Hai,Jirah. Balik mana?," Aku menjawab "balik ke rumah," terus aku tersedar. Bodoh benar jawapan aku tu. Kemudian dia ketawa,sambil berkata "epic answer,I like that,". Aku tersengih-sengih dan berkata "sorry,saya tak sangka jawapan sebegitu keluar dari mulut saya. Mungkin otak saya ni dah malfunction," Lagilah Burhan ketawa,aku pun ikut ketawa juga. Aku suka tengok cara dia ketawa,comel ni. Lepas tu dia berkata "oklah,saya balik dulu. awak hati-hati ya. besok jangan lupa pergi sekolah," aku mengangguk dan berkata "ok bang," dia berpaling kembali ke arahku setelah dia bangun dari tempat duduk dan berjalan selangkah,dia senyum sambil berkata "panggil ja burhan,umur kita pun bukan jauh beza juga," aku pun seperti burung belantuk mengangguk.

   Manalah abang Chet ni? Kepanasan sudah adik kesayangan dia menunggu di bus stop dekat sekolah seorang diri. Aku tersenyum sendiri apabila teringat beberapa jawapan "genius tahap kambing" aku tadi tu. Kemudian abang Chet pun datang dengan Myvi merahnya sambil berkata "sorry abang lambat...," memberikan aku 1001 alasan lapuk. Aku bagitahu mama ni karang.

akan bersambung.

Monday, March 5, 2012

masa berlalu dengan pantas.

   Tak sedar aku dah masuk bulan mac rupanya. Janji kepada diri sendiri nak tulis cerpen dalam blog ni dalam februari tapi dah expired perjanjian aku. Nampaknya aku tak perlu buat perjanjian kepada diri sendiri lagi,aku kena buat semuanya spontan agar aku terkejut dengan diri sendiri. Aisehmen,angan-angan pula aku ni. Macamlah aku ni berbakat besar dalam dunia penulisan,hahahaha *ketawa sendiri*.

  Banyak perkara yang telah berlaku dan ini baru sahaja di permulaan tahun. Walau bagaimanapun,aku tak perlu cerita mengenai perkara-perkara yang telah berlaku kerana aku takut tangan aku  yang lenguh menaip. Sekarang ni aku makin kuat berkhayal dan bukan khayal pasal dadah. Aku khayal fikir pasal benda lain ketika buat kerja dan aku tak tahu apa puncanya. Mungkin aku stress sangat sampai berkhayal ja kerja aku sedangkan aku sepatutnya serius dalam melaksanakan tugas aku.Sebenarnya aku khayal kerana memikirkan jalan cerita aku yang aku bakal terbitkan dalam blog ini agar tidak terlalu merepek jalan ceritanya.

 
  Bulan Mac pastu bulan April. Tak lama lagi aku berusia 22 tahun dan aku rasa perangai aku masih tak matang. Tak kisahlah,matang ke tak matang fikiran aku,yang penting aku puas hati dan gembira dengan diri sendiri. Aku akan berusaha lebih kuat untuk memperbaiki kehidupan aku agar aku menjadi individu yang lebih baik. Aiseh,macam ayat esei skema weyh. Aku sebenarnya ada idea untuk cerita yang aku bakal terbitkan dalam blog ini tapi disebabkan aku takut mempunyai writer's block sebelum sempat menghabiskan hasil karya aku,aku terpaksa pendam. Tapi sekarang aku dah tak tahan,aku nak luahkan juga.

 
   Pada suatu hari nanti,aku nak jadi penulis online yang dikenali ramai. Hahaha,angan-angan sahaja aku ni. Oklah,aku sign out dulu. Will write more later.

Monday, February 27, 2012

ayam masak cincai.(sesuai untuk orang buat-buat sibuk)

  Ayam masak cincai adalah masakan cepat dan terdesak untuk orang malas memasak tapi nak makan juga. Cepat kerana sungguh mudah dan terdesak ketika kelaparan tahap beruang hutan tapi malas nak masak tapi terpaksa masak juga dan ngam-ngam masa tu tiada cukup bahan di rumah. Berapa banyak kali "tapi" daa aku tulis tadi,bengong. Tanpa membuang masa,mari sini aku tunjukkan bahan-bahan dan cara memasak. Maaf tiada gambar display.

Bahan-bahan:

  •  dua dada ayam yang sudah dipotong
  • lada kering
  • bawang merah
  • bawang putih
  • sos tiram
  • serbuk pati ayam
  • garam.
Cara-cara memasak:
  • Kisar lada kering sama bawang merah dan bawang putih campur sos tiram.
  • panaskan minyak dalam kuali
  • Tuang kisaran tadi ke dalam kuali dan kacau sampai naik bau.
  • masukkan dada ayam.
  • masukkan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
  • Kacau,campur sedikit air pastu kacau lagi sampai kering(kalau mahulah kering)
Ho yeah! Jadilah masakan ayam masak cincai aku. Kalau dah namanya cincai,ikut sesuka hatilah kan nak taruh bawang berapa biji,garam berapa sudu-hahaha. Selamat mencuba! =D

Thursday, February 23, 2012

Hidup haruslah banyak ketawa.

  Manusia tidak akan dapat lari dari stress. Baik stress yang datang sendiri atau stress dibuat sendiri. Kadang-kadang aku cemburu tengok kucing-kucing aku hidup bahagia. Makan,tidur,tangkap cicak dan menyusahkan tuannya. Tapi aku sedar yang aku ni bukanlah binatang. Aku adalah manusia ciptaan Tuhan  yang menpunyai akal fikiran waras. Buat apa juga jadi kucing kalau tuan dia asyik lupa bagi makan. Oppss,diharap SPCA tidak membaca blog aku ini.

  Walaupun betapa stressnya kita dalam menjalani kehidupan seharian,jangan lupa untuk ketawa. Kegembiraan adalah ubat untuk kesedihan,kesengsaraan dan kesusahan. Luangkan masa untuk berlawak atau mendengar lawak. Janganlah serius sangat. Kalau orang bawa main,senyum-senyumlah. Takkan orang bawa main sikit,kita nak mengamuk macam godzilla kan? Lainlah kalau orang mencari pasal dengan niat sengaja memprovokasi kita. Itu ikut budi bicaralah,sama ada nak guna penumbuk atau sindiran tahap dewa.

  Stress? Ketawalah banyak-banyak. Kalau nda mau ketawa,senyum pun boleh. Tapi jangan terlampau sampai jadi macam orang gila,nanti kena hantar pergi bukit padang. Hahaha.

Sunday, February 19, 2012

Penat

    Aku penat kerja. Aku penat kerja bila aku mula tak berngam dengan orang. Tapi itukan lumrah alam pekerjaan? Memang akan ada pertelingkahan antara kawan kerja. Aku penat kerja bila kerja aku ni macam nda akan habis sampai bila-bila. Aku penat kerja bila aku dah tak tahan pleasing guest,bagi true hospitality tourism bila tahu dorang pasti akan cakap,layanan kurang bagus macamlah orang kerja di hotel ni robot.Macamlah pekerja-pekerja hotel ni ada masa untuk layan semua kerenah guest yang kadang-kadang tak masuk akal. Aku juga penat bila orang lain penat dan stress bersama seperti tiada penghujungnya. Beginikah perasaan kerja di bidang perhotelan? Tapi bidang-bidang yang lain pun sama juga,cuma pekerjaan dalam bidang perhotelan ni bagi satu perasaan keghairahan bekerja. Bikin ketagih,tidak mahu berhenti. Walaupun penat terlampau sampai memakan diri. Sampai jadi lali dengan perasaan sendiri. 

   Ramai orang kata, ketika umur masih muda tukarlah pekerjaan lain. Jangan terlalu "tenggelam" dalam kerja-kerja perhotelan ni. Kalau jenis tidak tahan tukul tu(bukan tahan lasak),cepat-cepatlah berhenti. Kalau rasa asyik mahu pulang awal saja,berhentilah. Kalau rasa tiada life,berhentilah. Yalah,kalau kerja kat hotel ni memang tiada life,penat overdose dan selagi kerja nda siap,memang tidak boleh pulang awal. Tapi penat-penat pun,sendiri puas hati. Entah dari mana datang kepuasan itu,aku pun tak tahu. Mungkin aku suka kerja-kerja macam ni,lebih banyak bergerak. Sejak aku kerja hotel ni,setiap bulan aku datang bulan. That's explain why wanita-wanita yang kerja di hotel mempunyai ramai anak dan selalu dapat maternity leave. 

   Dulu masa aku mula-mula kerja di STAR,aku cuma mahu gaji sahaja pasal kerja aku dulu dapat rm18 sehari. Sekarang pun aku cuma mahu jaga periuk nasi aku saja. Aku tak nak asswipe executive,bos besar atau sesiapa sahaja yang berjawatan lebih tinggi. Seperti sesetengah orang kat tempat kerja aku,kerja dorang cuma tahu mengampu bos sahaja tapi kerja,tolak dengan orang lain. Biarlah penat nak mampus asal aku dapat gaji sahaja. Sekarang aku dalam robot mode. Kerja,kerja,kerja. Orang bujang macam aku tak kisahlah balik lambat tapi kalau orang yang dah kahwin,balik lambat jadi masalah besar. Mana lagi mahu tengok anak-anak. Kadang-kadang tersentuh hati aku ketika mendengar mereka bercerita pasal anak-anak atau cucu-cucu mereka. Macam manalah agaknya nanti jika aku sudah berkeluarga,ada anak tapi asyik sibuk kerja hotel sampai anak-anak terabai?

   Terdetik dalam hati ini ingin berhenti kerja tapi aku dah terbiasa dengan kerja-kerja begini. Kalau aku berhenti,aku nak kerja macam mana? Kalau aku berhenti sekarang.siapa mahu bagi duit makan? Harapkan husband,diri pun belum kahwin. Entahlah apa yang aku cuba cakapkan,aku ni mungkin betul-betul kepenatan bekerja.  Hati dan perasaan aku seperti "tidur' ketika fizikal aku kepenatan. Fizikal aku sakit ketika mental aku memaksa aku push my limits. Where is the line? Everytime aku cakap aku penat,aku akan memenatkan lagi diri aku macam aku ni dah tak cukup penat. Penat,penat,penat tapi tidak pernah buat aku rasa kesal kerana ni pilihan aku sendiri. Aku pasti tidak akan trauma kerja dalam bidang ni kerana aku sudah lali. Lali dengan emosi sendiri.


Wednesday, February 8, 2012

happy birthday to my blog!

  Bulan ni dah masuk bulan february dan ini bermaksud blog aku dah mencapai usia setahun. Setiap bulan aku tak pernah gagal mengisi entry walaupun tak banyak benda aku nak ceritakan. Blog ini menjadi ruang aku mengisi masa lapang ketika berada dalam dunia internet selain daripada bermain facebook dan tengok youtube sahaja.
 
   Apakah hajat aku demi blog yang tercinta ini? Supaya ada ramai pembaca. Hahaha. Ok,sekarang aku serius. Selagi aku masih hidup,selagi itulah aku akan update blog aku.

Monday, January 30, 2012

8gb to 2gb

  Sekejap sebelum aku pergi makan dengan aman dan sejahtera. (sambil teringat jeruk bambangan dalam peti sejuk) Aku mau bagitahu yang aku ni geram dengan sd card htc chacha aku,punyalah besar memorinya 8gb skali terus rosak ba tiba-tiba. Sakit jiwa ni,maka terpaksa aku merendahkan standard aku pergi pakai sd card 2gb. Itupun atas ehsan kakak aku yang memberi sd card 2gb dia kerana dia guna sd card 8gb lama dia untuk hp baru dia,htc aria. Jeles-jemeles ni,nak beli samsung la nanti kasik kalah dia,tapi tunggulah aku kasik tumbuh pokok duit depan rumah. Tapi tentu sebelum aku merasa buah duit,sudah pasti orang akan curi(imaginasi jauh sedikit)

  Ok,long story keep short sebab perut aku dah bergendang minta kena isi. Aku pun pakai sd card 2 gb dan mahu kasik penuh sd card tu banyak-banyak dengan gambar dan video. Lepas tu baru aku beli sd card 8gb,hehehe. Bah,bambangan,come to mama bebeh! :D

nak tulis online cerpen atau novel.

   Masa aku budak-budak dulu,aku punya cita-cita nak jadi penulis dan aku pernah tulis cerita aku sendiri sampailah umur aku 15 tahun. Terus aku berhenti sebab aku mengalami writer's block kunun. Padahal aku tak yakin dengan cerita aku ni dan malu nak bagi orang baca. Selepas itu,entah kenapa sejak kebelakangan ni aku seperti menerima petunjuk (ceh,macam cekalala ayat aku) untuk tulis cerita rekaan imaginasi aku dalam blog ni.  So aku pun kata dengan diri sendiri "okay,just bagi diri ni peluang. people nak baca or tidak,terserah,yang penting aku dah luahkan,"

  Aku tak janjilah dalam masa terdekat ni aku nak taruh cerita dalam blog tapi memang konfem aku akan taruh juga. Oh,ya! Serta aku nak buat entry khas untuk review buku-buku,komik-komik yang aku telah baca. Aku bagitahu awal-awal ah,not everything I read is latest. I repeat,not latest so forgive me. Hahaha,awal ni bah membagi amaran kunun.

  Bah,mahu makan dulu. Ada jeruk bambangan ni menunggu. Hahaha.

kerjaya sebagai seorang florist. kelebihan dan kekurangan.

  Sebagai seorang florist part time di shangri-la tanjung aru,kota kinabalu,sabah, aku punya kerja ni boleh dikatakan senang kerana kerja ni bukan kerja berat macam mengemas bilik atau membersihkan kawasan kolam renang. Tapi kerja ni juga bukanlah kerja senang sangat sebab kerja begini selalu mengejar masa. Macam tak cukup tanah ni sekali mengejar masa,hantu pun time kejar minta ampun banyak-banyak,suruh kita lari slow-slow. Jadi aku menyenaraikan kelebihan dan kekurangan kerja aku di bawah ni.

Kelebihan

  • belajar banyak pasal gubahan bunga.
  • tahu sedikit mengenai jenis-jenis  bunga.
  • bebas menggunakan daya kreativiti.
  • mempunyai sedikit ilmu penjagaan bunga.
Kekurangan
  • kadang-kadang terpaksa balik lambat untuk menyediakan gubahan bunga untuk function keesokan harinya.
  • berhadapan dengan stress mengejar masa.
  • sakit hati tengok bunga rosak.
  • Tekanan menggubah bunga kerana sesetengah orang amat cerewet,mereka mahukan gubahan bunga yang sempurna dan mampu membuatkan orang terpesona dengan gubahan itu.
   My penutup di sini adalah sangat ringkas. Siapa suka kerja florist,sila apply jadi part time di beach hotel ni. Kalau anda rajin dan tahan kerja long hours serta tidak peduli hal orang,kerja begini adalah amat sesuai untuk anda. Memang tak konfemlah terus dapat kerja ni tapi bila ada kekosongan,dengan izin tuhan,pasti ada jua :) Eh,kekosongan untuk part time florist? Shhh ;)


  

Thursday, January 26, 2012

kubur jadi tempat lupus sampah.

    Baru sahaja berita ni disiarkan dalam buletin utama 26hb Januari 2012. Tanah perkuburan dekat kampung sembulan dijadikan tempat lupus sampah. Memang teruklah tahap kekotoran,macam kubur tinggal. Longkang kemain lagi pekat hitam kaler airnya. Ini membuktikan bahawa orang sekarang mempunyai sikap kiasu (mementingkan diri). Mereka mengharapkan orang lain membersihkan kawasan kubur. Kalaulah hidup semudah ABC,tak payahlah waris susah-susah pergi kubur membawa parang dan cangkul serta bakul sampah. Apa yang aku cuba maksudkan, kalau ada tukang bersih kawasan perkuburan,tak perlulah waris bawa segala peralatan seperti menghadiri majlis gotong-royong di kawasan perumahan.

    Kebenaran pahit di sini adalah walaupun ada tukang jaga tanah perkuburan,belum pasti dia nak bersihkan kawasan perkuburan hari-hari. Kesimpulannya malas. Alasan pula tiada bajet dan peralatan tak cukup. Alasan yang sangat kuno.

   Hah,tu baru satu. Point kedua aku nak tunjuk di sini ialah wartawan dan YB bukan beragama ISLAM (sengaja aku caps lock dan kasik bold) melawati kawasan perkuburan orang Islam dan mengambil berat tentang kebersihan tanah perkuburan tersebut. Nampak sangat sikap ignorance tu dari umat Islam sendiri. Aku serta-merta tersentak ketika menonton berita itu tadi. Selama ini,kebanyakan orang Islam hanya melawat kubur ketika hari raya aidilfitri,setahun sekali. Kalau rajin,masa hari raya aidiladha melawat kubur. Jadilah dua kali setahun.

   So apa aku nak cakap? Jaga tanah perkuburan sebab tu tempat perhentian sebelum ke padang masyhar dan jangan biarkan orang bukan Islam pula yang menjaga tanah perkuburan orang Islam. Nampak sangat umat Islam ni tak bertanggungjawab.

Wednesday, January 25, 2012

rutin harian seorang gadis.

Waktu Bekerja


Pagi : -Membersihkan diri,berus gigi standard tiga minit. Cuci rambut 10 minit dan lain-lain 20 minit.
         -Pakai losen dan facial cream moisturizer.
         -Pilih baju. Mesti ada tiga pilihan baju depan mata. Lepas lima minit,sama ada baju pertama,kedua     atau ketiga menjadi pilihan hati. Itupun ada lagi pilihan last minute. Baru pakai baju.
         -Taruh bb cream sampai rata. Barulah pakai make-up powder.
         - Untuk simple look,pakai lipbalm. kalau nak jadi lebih gorgeous,pakai eyeshadow dan blusher serta lipstick kaler yang sesuai.
         - Sisir rambut. Biarkan atau ikat. 

Tengahari : -Lepas lunch,touch up make up.

Malam : -Padam semua make-up dan cuci muka.
             -Mandi.
             -Sapu losen dan facial moisturizer serta lipbalm.
             -Tidur lepas sikat rambut


Waktu tidak bekerja

Pagi : - Cuci muka,mandi.(cuci rambut)
         -Pakai losen dan cream facial moisturizer.
         - Kalau nak keluar,pakai make-up.
         - Duduk rumah,tak perlu pakai make-up.

Malam : -Mandi
              -Pakai losen dan facial cream moisturizer.
              -Sapu lipbalm.
              -tidur lepas sikat rambut.       


Friday, January 20, 2012

the little boy who play drum like a pro but actually pro.

 So as I digging out youtube videos few hours ago,I found the video that actually makes me say "whoa, you're a damn pro kid. your parents must be proud of you," Yes I do say those words when I watch this video. I present you Jonah Rocks,the little boy who play drum like a pro but actually pro. Why did I say "play drum like a pro but actually pro"? Kids at the age under 10 always follow what adults do. But this kid,I must say,he one step ahead from his peers. The way he beat his drum makes me thought that this boy born genius.

  How did I found his video? I want to watch avenged sevenfold music video,the song title: nightmare. As I looking through the search results,I saw the title "avenged sevenfold,nightmare cover" and the picture little kid with his drum. I thought maybe the boy just acting cute,beating his drum "ba dum,dum,bum" while the song played.  But I totally wrong. When I saw the video,all my respect to him. He just not acting cute(this boy is cute) ,he also can play drum so well. So I watched other videos from his channel JonahRocksOfficial and I subscribe to his channel.

  Everybody in the comment section(well not everybody as he got haters too) says they want to see him in the famous band someday.  Well,it's too early but maybe he will be in the famous band . Keep remembering his name,Jonah for the next 10,15 years.

  Below I paste the video Jonah doing drum cover for Green Day's song,Basketcase. Enjoy!

nasihat tiba-tiba aku terima waktu tengahari semalam.

  Semalam adalah hari paling best dalam hidup aku apabila nabahu,tempat makan pekerja mengadakan makan besar sempena chinese new year.Macam-macam ada. Ada nasi ayam,ikan kukus,sayur cendawan. Pencuci mulut dia pun banyak,ada kuih lapis sama kuih feveret aku. Aku tak tahu apa nama kuih tu tapi dia leper dan merah dan dia pakai pelapik daun-aku tak tahulah apa namanya. Kenyang weyh. dua kali tambah ni. Dorang cakap kalau hari ni(semalam) ada makan besar maka malam nanti(semalam) ada tarian singa. Tapi aku tak tahulah betul atau tidak.

  Oh,ya! Lupa aku ambil gambar naga di main lobby STAR. Sangat grand ow. Macam naga tu hidup,dahlah tu,gemuk lagi tu. Naga di wawasan plaza kurus kering ni. Ok enough intro yang amik dua perenggan ni.

  Masa makan,adalah seorang supervisor ni join sekali. Dia supervisor dari rooms punya(I'm talking about housekeeping). Aku dengan supervisor flower room,manager housekeeping dan dia makan sama-sama. Sebenarnya aku lebih suka makan dengan orang bukan supervisor atau pegang jawatan tinggi. Dengan itu,aku tak perlu kontrol makan. Selalunya aku akan makan dengan lahapnya macam anak singa kelaparan.  Mereka bercerita pasal training Shangri-la care. Manager yang makan sama-sama kami tu sebenarnya baru masuk 4 bulan di STAR ni. Jadi permanent baru selalunya akan di suruh menjalani training skills dan-err,aku tak tahulah. Untuk pengetahuan anda,aku ni cuma part time dan part time tidak menjalani training Shangri-la care. Kami cuma training basic 3 hari dari kami start keja,itu je.

  Cerita punya cerita,terus supervisor aku cakap pasal aku. Dia cakaplah aku ni rajin. Aku tak takbur eh tapi aku memang rajin. Hahaha. Lepas tu supervisor room tu bilang baguslah tu,belajar buat kerja susah,takkan mahu kerja senang saja. Macam begitulah bunyinya. kedengaran seperti nasihat untuk aku jadi aku take it seriously. Terus aku ingat kata-kata senior aku di flower room(semalam dia offday) "semua kerja dalam dunia ni mana ada senang,rajin belajar dari kesilapan sahaja." Akan aku pegang kata-kata mereka ni jika aku menghadapi sebarang kesukaran ketika bekerja dan ingat tuhan sahaja.

  Ok,dah. Siuk ooo wifi ni. terus aku rajin buka laptop aku ni. dah berapa lama aku tak sentuh laptop ni. hahaha.

Wednesday, January 18, 2012

tulis blog pakai htc chacha dan wifi di rumah

sebenarnya ini merupakan pertama kali aku type blog menggunakan htc chacha. ya aku tau aku pernah bagitau kamu betapa aku sayang dengan sony ericsson cedar,tapi life must go on. hahaha,macam berkabung ja bunyinya.memandangkan aku tulis blog guna hp,maka tak banyak aku mau cerita seba aku noob. cuma aku nak cakap yang abang aku pepandai minta tolong kawan dia pasang wifi. tapi tak apa,aku terpaksa tenangkan diri dan ok saja. best tengok youtube pakai htc chacha. ok dah lah aku tulis entry sejemput ni. nak sambung baca buku novel rembulan berdarah. hahahaha. 

Tuesday, January 10, 2012

apa pendapat kau tentang saya?

  Katalah masa tu kamu tengah makan keropok sambil bercerita atau baru sahaja habis mengumpat,tiba-tiba kawan bercerita kau ni(masa tu kamu berdualah) tanya "apa pendapat kau tentang saya?" Apa kau mau jawab? Memanglah kita ni manusia,tak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan. Mesti dalam hati kita pernah mengutuk kawan-kawan kita kan? Cakap "ah,buduh ba dia ni. benda kecil pun tak pandai buat," atau "tau mengarah orang saja,macamlah dia tu mem basar sana," Tapi sebab kita mau jaga hati kawan ni,mesti jawapan kita "kau ok ba,baik ni," ataupun bertanya balik(kalau malas menjawab) "kau rasa?" sambil memberikan senyuman paling manis,padahal dalam hati berjampi serapah "jangan tanya aku soalan tu lagi," berkali-kali.

   Bagi aku,tidak salah orang nak tanya soalan begini tapi bukan semua orang mampu memberikan jawapan yang jujur. Tapi tidak semua orang ingin mendengar kebenaran yang pahit. Bak kata pepatah orang putih "comfort me with lies". Tambahan lagi kalau itu kawan baik kita. nanti kita cakap buruk-buruk,kecik hati pula dia. Kalau terlampau puji pula,nanti pandai lupa diri. Harus ada keseimbangan dalam memberitahu kebenaran agar boleh membantu mereka yang anggap kita ni "cermin" memperbaiki diri walaupun bukanlah 100%. Walau bagaimanapun, siapa yang mempunyai kelayakan untuk menjadi "cermin" kepada orang lain? Benda begini bukan main cakap,sembur-sembur air liur. Orang yang berani meluahkan pendapat dan tidak takut menegakkan kebenaran sahaja boleh berbuat begitu. Mana nak cari orang macam tu sekarang? Kalau ada pun,kena cakap "mulut sial,bikin panas,macam dia saja betul," dan banyak lagi caci maki,kata-kata hina serta sumpah-seranah.


   Sebenarnya,kenapa orang tanya "apa pendapat kau tentang saya?" Sedangkan dia cuma mau mendengar jawapan-jawapan yang positif sahaja. Bukankah itu bermakna memalukan diri sendiri kerana meminta orang bercakap tentang kelemahan diri sendiri? Yalah,orang akan cakap benda-benda baik saja. Puji-puji,bagi kembang lapan mangkuk,tapi dalam hati mana kita tahu. Bah,sudahlah saya menulis ni. Itu sahaja cerita untuk hari ini. Entry hari ni ditulis bertujuan untuk menasihati aku dan juga kepada orang yang mempunyai tahap keyakinan yang lemah. Sudah-sudahlah minta orang menilai kita,kita yang sepatutnya menilai diri sendiri. Sekian.

   

Sunday, January 1, 2012

2012? nak buat apa?

   Bagi aku new year adalah biasa saja sahaja kecuali aku dapat double pay which is cool. Nda tau la nak buat apa dengan tahun ni kecuali umur semakin meningkat. Dari 21 ke 22 tahun dan aku masih tak tahu aku nak jadi apa sedangkan jangka masa 5 tahun yang aku telah janjikan kepada diri sendiri semakin berkurang menjadi 4 tahun.
 
  Tapi tak apa,aku harus bersabar menghadapi perjalanan hidup ini. Tak semua aku nak,aku akan dapat kesemuanya. Itu semua bergantung kepada rezeki tuhan,kalau ada,bersyukur. kalau tiada,tak apa,itu satu cubaan.  Hidup tidak selalunya indah,namun kesukaran itu cuma sementara.
 
  Aku tak faham kenapa berbunga-bunga bahasa aku hari ni. Mungkin nilah masanya aku atur perjalanan hidup aku betul-betul. Puas sudah aku tangguh,sekarang nilah masanya. Aku dah nak ha,pir 22 tahun,takkan aku masih terkontang-kanting sedangkan rakan-rakan sebaya lain sudah mempunyai masa depan. Aku tak boleh selamba sahaja.

   Segala perbuatan yang aku pernah lakukan dan penyesalan yang aku pernah rasai,akan aku tutup di buku lama dan aku akan buka lembaran baharu di buku baharu.

  k.bye.