Saturday, May 21, 2011

Why I can't stop?

I am the loser,
Cannot lose weight faster,
What have I done?
I keeping on eating,
I make myself feeling sick.

I felt hilarious,
because all the food I ate is delicious,
My weight easy to gain but hard to lose,
I feel pain but still having my chocolate mousse.

I am uncomfortable with myself,
Because I felt I cannot be save,
I see the peanut butter on the shelf,
I grab my spoon and peanut butter,
Scoop in a jar and crying while eating.

Thursday, May 19, 2011

gaya pemakaian tidak ladies

  Aku punya gaya pemakaian ni sebenarnya tidak menggambarkan ciri-ciri keperempuanan. TAPI jangan salah sangka aku suka gaya pengkid atau tomboi(haish apa-apa ja la gelaran untuk perempuan yang bergaya macam lelaki) sebab aku suka simpan rambut panjang,well not panjang betul macam Miley Cyrus tapi aku tengah usahakan. Maksud aku ciri-ciri keperempuanan macam pakai dress,baju kiut-kiut,kasut cantik-cantik. Aku punya pemakaian jenis simple; T-shirt,seluar slack dan selipar getah(crocs). Aku teringin juga nak pakai baju ladies tapi aku malas. Dalam ertikata lain,aku boleh pakai baju ladies tapi aku pilih untuk tidak memakai baju sebegitu.

   Kenapa aku taknak pakai baju yang ladies,yang menunjukkan sisi lembut seorang wanita? Kenapa aku lebih suka pakai t-shirt? Aku sendiri pun payah mahu menjawab persoalan ini. Masa aku kecik-kecik dulu,time sekolah rendahlah lebih tepat,mama aku tidak berapa bagi aku pakai baju dress atau skirt. Jangan salah-sangka mama aku ajar aku jadi tomboy pula,dia tu kalau aku nda duduk sopan,rambut tak ikat bagus-bagus,dibiarkan rambut mengerbang macam pontianak,tak mahu pakai baju kurung konfem kena marah dan diberikan das tembakan mesingan bertalu-talu. Dia ajar aku jadi ladies tapi bukan semestinya dengan pakaian dress,skirt segala. Dia suruh aku pakai seluar dan t-shirt,tapi t-shirt tu ada gambar katun. Kalau aku pakai dress atau skirt,dia suruh aku pakai seluar pendek didalam(samalah dengan baju kurung). Definisi seluar pendek pula ialah ketat dan panjang sampai lutut,kalau time aku budak-budak ada sudah trend pakai legging,konfem aku kena suruh pakai legging. Waktu sekolah rendah,dari darjah satu lagi mesti pakai singlet tak kira pakai pinafore atau baju kurung sekolah. Panas tahu. Aku pernah nda pakai singlet time aku budak-budak sekali tu sebab aku degil tak nak pakai,komplen panas. Sekali macam rasa lain pula,macam malu (time aku darjah dua ni)

   Sebab aku dibiasakan dengan pemakaian sebegitu(t-shirt dan seluar) maka aku perasan tomboylah(time budak-budak). Pernah juga rambut aku pendek macam lelaki tapi kadang-kadang aku pakai klip rambut atau skaf rambut. Aku rasa mungkin sebab mama aku suruh begitu. Dia tak suka perempuan bergaya macam lelaki,tapi dia nda mahu juga anak perempuannya pakai skirt. Lepas hilang perasan tomboy tu setelah meningkat ke usia dewasa ni,aku tetap juga pakai t-shirt dan seluar. Sebab dah terbiasa,nak pakai ladies boleh tapi mesti pakai seluar. Aku rasa lebih selesa pakai style begini. Kasut pun simple. Aku pernah pakai kasut tinggi ni tapi aku rasa tidak seimbang jadi aku lebih suka pakai sneakers dan terbaru,kasut getah(atau crocs). Sebab itulah lelaki tidak pernah nak tengok aku sebab gaya pemakaian aku ni. Tambah lagi dengan perangai garang(sederhana) dan juga pendiam serta muka murung ja memang nda diminati. Sebab itu aku kurang kawan juga tapi aku ni kalau dikenali sebenarnya peramah,mudah didekati,mesra dan suka berlawak(adei,narsistik betul aku puji diri sendiri,hahaha)

   Aku paling malas kalau ada orang tegur gaya pemakaian aku yang tak macam perempuan,tak pandai cantik-cantik(woi,aku tahu apa tu lipstick ok). Aku tahulah aku ni siapa,tak payah pin-point. Karang aku pakai cantik-cantik,kamu yang tercabar pula(aiseh,macam aku ni mempunyai rupa megan fox hahaha). Ada seorang kawan aku ni tegur aku punyalah sakit hati aku ni sebagai tuan punya badan mendengar. Aku masih ingat lagi apa dia cakap "kau ni perangai macam budak-budak,pakai baju pun asyik t-shirt ja cuba pakai baju yang ladies sikit macam aku." Sori der kalau aku nda dengar cakap engkau. Aku dah pakai baju ladies dan hasilnya lebih banyak mata tengok aku jadi bagi mengelakkan aku tak selesa,aku pakailah baju yang buat orang pandang sekali pastu tak pandang lagi. Aku bukannya cantik sangat pun nak pakai baju cantik-cantik ni. Biasa ja. Tapi andainya aku ni Megan Fox,alangkah cambestnya hidup aku,pakai t-shirt mr smurf pun nampak seksi dengan tubuh badan yang menawan. haih~~.

   Bagi aku,apa pun kita pakai,pakaian mencerminkan keperibadian diri kita. Akan tetapi aku tak tahu aku ni keperibadian apa berdasarkan pemakaian aku yang cuma memakai t-shirt dan seluar panjang. Mungkin simple,mungkin selekeh,aku tak pasti,tapi yang penting pakailah baju.

p/s: majulah pereka-pereka baju,kilang baju dan kedai-kedai baju untuk manusia-manusia sekalian walaupun baju yang dikeluarkan kadang-kadang seksi-seksa atau sopan-santun,oh yeah! Hahahaha.

Wednesday, May 18, 2011

tumit kaki pecah

  Waa,tumit kaki aku pecah-pecah pun aku nak bagitahu,dasar annoying betul tapi kelakar pun ada juga. Sebab takkanlah tumit kaki aku pecah aku nak bagitahu orang kan? Walau bagaimanapun aku tetap sengaja nak bagitahu kerana aku ingin berkongsi dengan anda semua(yang singgah membaca blog aku) untuk memahami penderitaan yang aku alami dan kenapa aku masih belum mengubat tumit kaki ni.

   Kenapa aku yang muda ni boleh mengalami tumit pecah?(ataupun tumit merekah) sebab ni adalah perkara biasa yang berlaku,hahahaha. Konfem aku dilempang lepas ni kerana loyar buruk. Apakah yang menyebabkan tumit aku boleh pecah sekaligus menyebabkan aku malu jika orang ternampak tapak kaki aku macam orang tua tapi muka masih kiut macam remaja belasan tahun? (hohoho,perasannya aku,ngee) Aku senaraikan simptom-simptomnya
-kelenjar peluh yang tidak aktif(adakah maksudnya di tapak kaki?)
-Kulit kering
-berdiri lama-lama(ni kalau kerja kedai memang konfem kena gini sebab asyik berdiri dan kurang duduk)
-Obesity
-pakai kasut yang terbuka di belakang(cth,crocs mengikut pemahaman aku la)
-pemakanan yang lemah(bhs inggeris,poor diet)
-size kasut yang tidak ngam
-Penyakit kencing manis(arwah mak aku ni,tapak kakinya always pecah-pecah)
Sebenarnya ada lagi tapi disebabkan aku kurang terer menterjemahkan bahasa inggeris ke bahasa melayu(kes malas rujuk kamus) jadi aku taruh apa yang aku faham,nanti aku paste kat link mana tahu kalau ada sesiapa nak baca(jika ada orang singgah kat blog aku ni la). Aku rasa simptom paling berkenaan sama aku ialah pakai kasut yang terbuka di belakang sama kulit kering. aku ni peminat crocs part time saja cuma yang aku suka pakai crocs ni(jenama selipar,bukan spesis buaya air tawar,laut dan sewaktu dengannya termasuk buaya darat) sebab selesa dan nampak macam kaki badut(tak kelakar). jadi aku rasa tu pasal tumit aku ni asyik pecah-pecah saja,sebab pakai crocs angan-angan nak jadi badut.

   Apakah ubatnya? Eh,salah soalan! Kenapa aku tidak mengubati tumit pecah aku? Begini jawapannya,aku malas nak sapu Rosken Skin Repair Dry Skin Cream kat tapak kaki aku selepas mandi sebab konfem aku pijak lantai dan terasa licin pula lalu mendatangkan masalah lain iaitu tergelincir,jatuh,sakit belakang terus bonus kalau terhantuk kat mana-mana bucu atau lantai. Dapat benjol,saguhati.kalau konkusi otak? Grandprize tu hohoho.Ah,aku ni! Alasan saja,nanti time tidur sakit hati bila selimut terlaga dengan tumit kaki pecah,terasa disturbing pula.Dahlah kasar kalau terpegang tapaki kaki,ish disturbing amat-amat. Ni adalah rawatan bagi mengurangkan tumit pecah-pecah di tapak kaki
-Pakai krim pelembap(jangan malas dan bagi alasan macam aku)
-Perubahan dalam pemakanan,banyakkan minum air dan makan oat untuk melembutkan kulit.
-Pakai batu khas untuk membuang kulit kasar(ala,yang kat guardian tu,penggosok tapak kaki tu,belilah*aku ingatkan diri sendiri*)-mengelakkan pakai kasut terbuka di bahagian belakang atau kasut tapak nipis(baru ja plan nak beli kasut style begini,isk)
-pakai kasut yang tapaknya boleh menyerap shock.

   Oh,kena sapu losyen pelembap di tapak kaki aku sekarang,dah makin mengering ni. Bye =)

*ni dia,cracked heels causes,sila baca ya =D

Saturday, May 14, 2011

Kamu begitu berharga

Hidup ini hanya sekali,
Jangan pilih jalan mati,
Aturlah kehidupanmu sebaik mungkin,
Tak perlulah kau menunjuk-nunjuk.

Walaupun berada dalam kesengsaraan,
Simpanlah dalam hatimu sedikit harapan,
Janganlah hampakan diri sendiri,
Tunjukkanlah sedikit belas kasihan kepada diri.

Andai hatimu memaksa untuk berputus asa,
Gunakan akal untuk berfikir sejenak,
Adakah hidup kamu terlalu sia-sia?
Sehingga permintaan hati yang kotor kamu turutkan kehendak.

Kamu begitu berharga,
Usah membuang waktu untuk menangisi nasib,
Manfaatkan akal kamu sebaik-baiknya,
Jangan membuang air mata untuk nasib,
Kerana nasib boleh berubah jika rajin berusaha.

Thursday, May 12, 2011

drama korea kegemaran aku-49 days

   Aku ni kalau ikutkan sebenarnya jarang melayan cerita-cerita korea ni. Bukannya apa cuma bosan dengan plot yang sama terutama sekali part cinta. Mesti modal cerita cinta dorang ni dua lelaki suka satu perempuan atau dua perempuan suka dengan satu lelaki. Tapi sekarang ni aku tengok balik cerita korea ni,memang bestlah ceritanya ni,tajuknya 49 Days.
 
  Cerita 49 Days ni pasal apa?(memandangkan sendiri tanya,maka sendiri menjawab) Ceritanya pasal seorang perempuan yang eksiden,rohnya terkeluar dari badan tapi dia nda mati,cuma koma ja. Oleh itu dia terpaksa mencari air mata sejati dari 3 orang( yang ikhlas menangisi dia. Tak termasuk mak bapanya sebab air mata dari keluarga memang ikhlas.  Hahaha,aku dapat kasik explain sampai sini sahaja. Malas nak explain lebih-lebih.

  Aku kalau bab-bab cerita fantasy ni memang aku layan jadi mungkin sebab secara tak sengajalah aku terlayan cerita ni. Cerita ini dimainkan di OneHd astro channel 393 tapi boleh juga download drama dia secara free.(aku tak download sebab aku dah tengok kat tv,nak tengok pun dari online ja). Lantaklah plotnya sama sekalipun,yang penting aku suka. Tapi ni bukanlah maknanya aku jadi kipas-susah-mati(die hard fan) cerita korea ni.

   Kat bawah ni aku sertakan gambar para pelakon 49 days dan trailer drama korea ni. Cute yang jadi ji hyeon dan Song I-gyeong tue hehehe.







Sunday, May 8, 2011

lagu yang aku suka : Katy perry-If you can afford me



First time aku dengar lagu ni,aku dah suka. Mungkin sebab aku angan-angan aku mampu bawa lagu ini mungkin,hahahaha. Walaupun lirik lagu ni kalau tengok seimbas macam perempuan tu jual mahal dengan lelaki yang mahu dengan dia,tapi sebenarnya lagu lebih deeper meaning dia(as I read in the youtube comment) Perempuan dalam lagu ni bagitahu yang dia bukan cheap dan mahukan cinta yang ikhlas dari lelaki ini. Dia bukannya alat untuk dipermainkan oleh lelaki kerana dia adalah real dan juga tidak suka memainkan lelaki. begitulah maksudnya menurut pemahaman  aku. hehe sekian makasih :p

tak sambut hari mama

  Aku tengok kat facebook hari ni ramai wish selamat hari mama. Siapa-siapa yang ada mama dorang men fesbuk,dorang tagged nama mama dorang. Nda tahulah mau bilang cute ka atau nda tapi yang penting aku nda suka sambut hari mama. Woo????? kenapa pula aku nda suka sambut hari mama? Adakah aku ni termasuk dalam level derhaka atau aku sedih tiada mama tu pasal nda sambut hari mama? Di sini aku list 5 sebab aku tak suka hari mama;
  1. mama aku cakap tak payahlah sambut hari mama. yang penting tolong mama rajin kemas rumah,nda bikin semak.
  2. mak aku kata sambutan hari mama ni macam style orang putih,kita melayu ni nda payahlah turut style dorang sambut hari mama.
  3. tiada duit mau beli hadiah,kalau mau beli hadiah pun duit tu datang dari parents sendiri
  4. kalau betul mau sambut hari mama,mama aku cakap jangan melawan cakap orang tua.
  5. tak payahlah sambut hari mama,mama aku bilang. dia cakap hari-hari pun hari mama.
Kebanyakan sebab-sebab di atas ni datang dari mak aku sendiri bila aku tanya atau bercakap pasal mother's day(waa,bahasa orang puteh???haha) Tapi betul juga cakap dia. Tak payahlah bagi present atau kek,cukuplah sayang dan tidak melawan cakap. Sejuk hati perut mereka kalau kita sayang dan nda melawan cakap(tapi bukan untuk hari mama ja,hari-hari biasa melawan cakap.silap ajaran dah tu).
   Gaknya macamanalah aku ya bila jadi mak orang nanti? Argh!!! adakah patut aku terfikir benda sebegini???? Hahahaha,belum kahwin tapi pandai-pandai sudah terfikir. Sambung belajar dulu sama cari kerja bagus-bagus baru boleh kahwin.
   Dah siap tulis entry ni ^^, bye~~~

Saturday, May 7, 2011

Hijab

Aku menulis bukan kerana aku mahu berlagak pandai tapi untuk aku jadikan muhasabah kepada diri ini. Terpulanglah kepada pandangan masing-masing jika anda terbaca entry ini namun aku sudah berkata yang aku ni bukan pandai dan handal dalam isu-isu begini.  Aku menulis untuk aku sendiri dan sekadar berkongsi di blog peribadi ini.

   Tudung. Ramai sudah aku nampak pakai tudung,even penyanyi(yang bukan nasyid) dan pelakon pun sudah memakai tudung. Syukur kerana mereka telah memenuhi kewajiban agama,menutup aurat kepala. Bersedih kerana mereka hanya menutup kepala tetapi aurat lain tidak dijaga.

   Defini aurat wanita menurut aku dan sememangnya ada dalam hukum agama adalah menutup semua badan dan hanya menampakkan tapak tangan dan muka. Walaupun ramai berbuat begitu tetapi mereka sebenarnya tidak menutup aurat. Apa aku cakap ni? Aku dalam pengaruh dadah ke? Sebenarnya apa aku cakap ni adalah betul(maafkan aku jika tersalah,aku hanya manusia biasa). Pakai seluar panjang dan t-shirt panjang untuk orang bertudung belum tentu lagi menutup aurat. Bagaimana pula begitu?

   Tahukah bahawa dalam Islam,perempuan tidak boleh memakai baju yang menampakkan bentuk tubuh sampai menaikkan syahwat lelaki terutama sekali yang bukan muhrim? Baju-baju sekarang ni banyak menampakkan bentuk tubuh badan wanita. Contoh-contohnya ialah jeans,seluar slack,legging,baju saiz kecil yang menampakkan bentuk pinggang di bahagian belakang,nampak dada,tidak berlengan,skirt sampai lutut dan kadangkala lebih pendek. Wanita yang memakai tudung sememangnya tidak akan pakai baju tanpa lengan dan skirt pendek tapi mereka memakai seluar panjang dan t-shirt. 

   Apa yang salahnya dengan seluar panjang dan t-shirt? Di sinilah hukumnya bermula. Wanita dibenarkan memakai seluar panjang dengan syarat seluar itu mestilah labuh dan tidak ketat sehingga menampakkan bentuk kaki. Baju pula panjang lengan mestilah sehingga ke pergelangan tangan dan baju tersebut mestilah labuh supaya tidak menampakkan bentuk badan. Tudung pula mestilah panjang agar dapat menutup kepala,leher dan juga dada mereka. Tapi aku tengok sekarang ni ramai yang pakai seluar ketat-ketat,baju pula nampak bentuk badan(terutama sekali di bahagian pinggang)dan juga lengan tidak sampai ke pergelangan tangan,tudung tu ada yang tutup dadalah,itu bagus tapi sependek-pendek kejadian bah sampai ternampak sikit rupa dada tu. Ada yang pakai tudung style macam pakai anak tudung tu bahaya sebab dadanya dan lehernya konfem nampak.

   Aku nda mengkritik mereka yang bertudung ni kerana mereka sudah mendapat pahala dari memakai tudung ini. Cuma yang aku kesali kenapa tutup aurat tak tutup aurat betul-betul?  Namun siapalah aku untuk memberi komen sebegini kerana aku sendiri tidak memakai tudung. Agaknya banyak betul mukasurat di buku amalan aku sebelah kiri.

  Komen. Manusia tahu cakap dan mengkritik macam dirinya betul. Memang beginilah perangai manusia. Being judgemental is one the most greatest talent that human ever had. Pernahkah dengar komen-komen sebegini;
"walaupun aku nda pakai tudung,ndalah aku mahu buat jahat macam dia yang pakai tudung tu."
"tak pakai tudung tapi sembahyang 5 waktu full pula,cakap pasal agama macam dia bagus sangat"
Kalau pernah,cuba fikir balik,u-turn kepada diri sendiri dulu. Kenapa berkata sedemikian? Adakah kita cuma mampu melihat luaran sahaja? Komen-komen kat atas ni masing-masing mempunyai persamaan. Apa persamaannya? Dapat pahalalah,tu pun nak kena bagitahu. Tapi bagaimana?

walaupun aku nda pakai tudung,ndalah aku buat jahat macam dia yang pakai tudung tu.
Orang yang kamu mengata nilah,yang pakai tudung ni dapat pahala. Ya,memang dia jahat tapi kena ingat manusia bukannya sempurna. Dia dapat pahala kerana dia telah menjalankan kewajiban iaitu menutup aurat. Kamu yang mengata ni dapat apa? Dosa dialah,dia pula dapat pahala yang lebih dari pahala kamu yang kamu secara tidak sengaja telah transfer.

tak pakai tudung tapi sembahyang 5 waktu full pula,cakap pasal agama macam dia bagus sangat
Sembahyang mencegah daripada kemungkaran. Mungkin waktu dia sembahyang tak berapa khusyuk tu pasal dia belum menutup aurat,mungkin juga dia rasa nantilah menutup aurat. Tapi dia dapat pahala kerana mengerjakan suruhan Allah. Dia cakap pasal agama dengan niat ingin menyampaikan dan bukannya bermegah-megah mengenai pengetahuan agamanya juga mendapat pahala. Kalau boleh pakailah tudung kerana wajib,dapat pahala extra. Jadi mereka yang mengata dia tu konfem dapat dosanya dan pahala mereka pula akan berpindah kepada orang yang mereka mengata ni.(lebih senang untuk aku faham,si A yang dimengata oleh si B automatik dapat pahala dari si B yang secara tak sengaja telah transfer.Manakala si B dapat dosa si A secara tak sengaja telah transfer)

  Ya,cara aku bercakap dalam entry ini macamlah ilmu di dada dah penuh tapi aku masih belajar lagi. Selagi masih hidup,kita harus belajar bagi menambah ilmu di dada terutama sekali ilmu agama. Macam aku cakap tadi di tulisan biru,aku menulis kerana aku ingin muhasabah diri. Aku tahu aku ni tidak bagus dan aku yakin masih ada ruang lagi untuk memperbaiki diri selagi matahari tidak terbit di bahagian barat. Bagi sesiapa yang memakai tudung,aku ucapkan tahniah kerana telah mendapat pahala mengerjakan suruhan wajib cuma harus berjaga-jaga dengan aurat masing-masing. Pakailah tudung dengan cara yang betul. Jangan main hentam sahaja kerana berkemungkinan pahala akan berkurang secara automatik jika tidak diiringi dengan ibadat lain. Ataupun buat dua-dua sekali barulah selamat di akhirat.

  Jumpa di next entry yang ringan dan tidak berat seperti ini. hehehe.

pagi sabtu tarikh 7 mei 2011

  Aku saja letak tarikh kat tajuk blog aku bagi memberitahu aku tiada tajuk yang sesuai untuk entry ni. Yalah,dah seminggu nda menaip kerana buat-buat sibuk. Bukannya aku tiada idea untuk menulis blog ini,banyak sangat tapi kena berhati-hati memilih juga agar aku nda ketandusan idea di kemudian hari.

  Selalunya hari sabtu begini,kaki aku gatal mahu pergi berjalan-jalan dan melepak di cp. Tapi memandangkan kakak aku sibuk kerja dan aku harus praktis memasak mulai sekarang jadi aku terpaksa kurangkan aktiviti berjalan. Aku menulis resepi-resepi dan teknik memasak dalam buku nota aku bagi memastikan aku tidak terlupa. Aku yakin kalau aku rajin masak,aku nda perlukan sudah buku nota ni namun aku ndalah mahu yakin sangat sebab banyak benda lagi mahu belajar jadi aku rasa biarlah aku menyimpan banyak buku-buku nota mengenai masakan.

  Cakap pasal masakan,aku teringat nak buat baju raya. Sebenarnya hantar kain pergi tempat orang menjahit,bukan aku yang menjahit. Baju raya aku kali adalah warna biru. Aku sebenarnya tidak berapa kisah raya ni sejak aku tahu satu syawal ni adalah hari raya dan hari-hari selepas syawal adalah hari biasa dan boleh sudah puasa sunat enam hari. Hari pertama sahaja aku sibuk nak pakai baju baru,nak celebrate,ketawa-ketawa,bermaaf-maafan dan banyak lagi. Bila raya kedua everything turns back to normal. Teringat ni tem ada arwah mak bapa aku,malam raya sama raya pertama sibuk bukan main,tapi bila raya kedua,steady ja macam tiada apa-apa sedangkan jiran-jiran lain sibuk beraya.

  Aku ada idea untuk buat entry baru lepas ini,aku berharap bagi sesiapa yang membaca entry baru tidak akan jadi judgemental,kalau iyapun salahkan sahaja aku seorang kerana aku menjadi penyampai berita yang tidak rasmi. Jumpa di next entry,bye2. =)

Monday, May 2, 2011

pada hari isnin yang mulia ini-

   Bagaimana kamu spend cuti public holiday kamu hari ini?(kemaren 1st may ahad jd isnin ni sambung cuti) Di sini list aku habiskan cuti hari ni
-pergi pasar beli ikan,kakak aku suruh.
-cuci lantai dapur
-kasik bersih bilik,pasang cadar.
-masak makan malam petang ni sebelum jam 4 petang.
-lipat kain
-makan malam lepas waktu maghrib.
 Atas ni list aku untuk hari ini. Aku sebenarnya nak sangat keluar mahu pergi berjalan tapi tiada siapa yang sudi menemankan aku. Kalau mahu keluar dengan cik abang,sudah jumpa dia hari sabtu tu lagipun aku risau kalau dia sibuk hari ni. Kakak aku pula macam biasa hari ni dia pergi kerja,biasalah bidang pelancongan ni mana ada cuti. Musim cuti lar musim duit banyak masuk. Huhu,kurang sudah masa bersama dengan kakak sendiri,sekarang ni kena berdikari betul-betul (btw,aku lupa macamana cara masak sup ikan :p)
  Tadi masa aku baru balik dari pasar sama abang aku(kinda awkward bila jalan dengan abang aku =|),kami singgah makan di restoran seri dewi di tanjung aru. So abang aku,pusing satu tanjung arulah,(mungkin tak tahu nak makan kat mana,akhirnya memutuskan makan di seri dewi), masa kereta abang aku melalui restoran Rohayu Recipe,aku nampak seorang perempuan berambut pendek macam lelaki naik atas kerusi dalam kedai makan tu dan seperti menjerit ketakutan manakala kawannya pula duduk sambil melihat sesuatu kat bawah. Rupanya tikus gumuk,steady ja berjalan dekat meja dorang. Pelanggan lain dalam kedai tu melihat saja (dan mungkin dorang berdoa yang tikus tu nda berjalan berdekatan mereka)  Aku rasa dorang confuse dengan apa yang jadi dan dalam masa yang sama cuba menghalau tikus gumuk tu(percayalah,sizenya macam anak kucing aku yang umur 3 bulan,x silap akulah). Aku bagitahu abang aku jadi kami dua-dua ketawalah(dalam perjalanan pergi dan balik pasar,kami langsung nda bercakap kecuali part tikus di rohayu recipe).
  Hehe,dah siap part cerita itu. Seronok pula tengok event tu tadi walaupun rasa bersalah mengetawakan orang.
  Semalam aku mimpi aku sambung belajar. Sebenarnya aku balik-balik mimpi pasal sambung study ni,bila aku bagitahu kakak aku dia cakap "maknanya ndalah ko dapat sambung belajar sebab ada hal-hal tertentu". Tapi aku tak mahu percaya juga,sebab mimpi ni mainan tidur. Aku plan nak ambil diploma tahun depan dan mencari-cari course yang sesuai untuk aku sekarang ni. Rasanya nak amik perbankan tapi tengoklah macam mana,still mencari-cari lagi. Aku nda sabar ni mahu sambung belajar balik,mungkin tempat aku continue next year di uitm(kat sabah ja,malas mahu jauh2).
   Cakap pasal sambung study ni,aku sudah plan yang bulan 11 ni aku akan berhenti kerja dan cari kerja lain(jadi part-timer lar) Mungkin aku akan amik driving license jika keadaan kewangan mengizinkan,tapi kalau nda aku tangguhkan dulu. Aku rasa bila niat aku mahu berhenti semakin kuat maka kerajinan aku pergi kerja semakin bertambah(ceh,betul ke?).
  Tapi dalam masa yang sama,aku akan cuba mengisi kembali SPA aku. Manalah tahu kalau dapat kan? Mudah-mudahan juga. Amin.
  Waa,keadaan di luar beranginlah. Aku kena stop menaip. Have a nice day people who stopping by my blog. =) 

Sunday, May 1, 2011

Hari ahad yang membosankan

  Aku tak tahulah kenapa aku hari ni? Makan tiada selera,mahu jalan dah janji dengan diri sendiri jangan keluar lagi bila sudah jalan di hari yang sebelumnya. Mahu kemas rumah lagilah tiada mood. Abang aku jalan,kakak aku pula kerja hari ni. Aku nak tidur petang ni tapi aku dah janji dengan diri sendiri(berapa banyak janji dengan diri sendirilah) untuk masak makan malam hari ni.  Cooking-dinner-you-say-what-now??????? Hahahaha,memandangkan kakak aku yang suka manjakan aku ni dah kerja jadi aku terpaksa membantu dia meringankan kerja-kerja di rumah waktu aku cuti.
  Mesti kebanyakan orang ingat aku nda pandai masak,lagipun aku berjaya menyakinkan orang yang aku ni nda pandai masak. Tapi as sneaky as always,aku sebenarnya tahu memasak. Hehe,memang bakat anak bongsu kan suka minta kena kasik manja. Cuma aku rasa most of the time when cooking,aku tak tahu apa aku buat tapi masakan aku always turn out to be good. Not sedap sangatlah tapi boleh-bolehlah. Kalau orang tunjukkan aku atau ajar aku sikit-sikit,aku boleh tangkap ni. Bukan semualah aku terer cuma yang basic-basic ja.
  Memandangkan cuti public hari ni jatuh pada hari ahad,maka besok pun cuti(love it so much) jadi aku memulakan aktiviti mengemas hari ni dengan dimulakan bilik aku yang memang tak pandai kemas-kemas. Susah nak cari barang sudah bila bilik tak kemas,aku tak tahu mana ni pergi bracelet aku,ingat nak pakai kemaren tem jalan dengan boyfriend aku.
  Ok,aku baru sahaja ceritakan aktiviti aku untuk hari ni,masak dan mengemas. So kenapa aku nak komplen hari ni boring? Better start doing chores now. ;D

Brain fatigue?????

   Adakah istilah yang menjadi tajuk kat atas ni sebenarnya wujud? Kalau metal fatigue aku tahulah pasal aku selalu menonton air crash investigation di national geographic channel. Apa tue metal fatigue? Menurut auntie wikipedia yang baru aku minta tolong uncle google carikan,metal fatigue is the progressive and localized structural damage that occurs when a material is subjected to cyclic loadings. Maksudnya dalam bahasa malaysia,jika diterjemahkan dalam bahasa pasar,besi hauslah. Bila besi haus,makin menipis maka besi tersebut akan putus,macam getahlah,makin diregang maka cepat putus. OK,so what is  about brain fatigue? Istilah yang baru aku wujudkan sendiri?  Sini aku explain simptom-simptom brain fatigue

  1. Asyik mengantuk sahaja
  2. cepat rasa penat
  3. malas mahu berfikir
  4. cepat bosan namun tidak tahu apa nak buat
Macam simptom-simptom depression sahaja ni. Hahaha,akulah ni yang sekarang menghadapi so call brain fatigue ni. Aku semalam patutnya buat entry pasal spongebob,kepala aku ada macam-macam idea tapi masalahnya otak aku cakap "tak payahlah tulis apa-apa hari ni" dan diikuti dengan rasa malas tahap 1.8(aku tak tahu kenapa aku suka bagi skala kebelakangan ni). Tapi sekarang aku cuba melawan rasa malas aku walaupun aku rasa mengantuk(tapi tak mahu tidur punya ngantuk).
  Kita jumpa di entry baru lepas ni. Oh,ya selamat hari pekerja kepada sesiapa yang stopping by blog aku yang hina ni(ceh,temberang). Hari ini adalah hari pertama aku menyambut hari pekerja sebagai seorang pekerja,hehehe.

Imperfect perfect for each other

My heart belongs to you,
You're the only one I know,
that makes me feel happy,
When you're beside me.

You steal my heart when I saw you for the first time
I'm surprised cuz' this is not the way I am
Easily fall in love to strangers thats just not me
But you already steal my heart unexpectedly.

Loving you is the best things that ever
happen to me
We are imperfect perfect for each other
Just you and me
Our love is forever.