Wednesday, March 30, 2011

secara tidak sengaja aku kehilangan selera makan

  Dalam misi mencapai matlamat untuk mendapatkan tubuh badan seperti Megan Fox tanpa aku sedari selera makan aku semakin tumpul. Tapi bukan kerana aku sengaja tak mahu makan. Aku kalau lapar memang aku akan makan. Aku minum green tea bagi mengawal berat badan aku dan banyakkan minum air. Cuma sekarang ni aku berdepan dengan banyak masalah sampai aku rasa makan itu pun seperti kena paksa. Lapar tapi nda mahu makan sampaikan aku mahu menangis ja memaksa diri untuk makan. Mungkin aku tertekan sangat.
   Apakah benda yang menyebabkan aku stress? Macam-macam. Entahlah aku ni,masih muda tapi banyak berfikir. Patutnya umur-umur macam aku ni berseronok ja dan stress belajar,bukannya benda lain. Terus-terang aku cakap yang aku ni tak boleh stress. Dulu masa sekolah menengah,asal stress berat ja aku terus sakit kepala yang dicucuk-cucuk jarum,mau muntah,sakit perut,sendi-sendi jari tangan. Sekarang ni ndalah sebab aku dah pandai kawal stress aku macam main facebook dan tulis blog.

Aku betul2 malas dan bosan dengan babak hidupku ini(smart giler ah ayat aku)

atas ni yang tulisan diboldkan adalah status facebook aku pagi tadi. Aku sengaja letak ayat dalam kurungan tu sebab bunyi status aku ni macam bunyi orang putus asa untuk hidup. Takut pula aku disangka mahu bunuh diri tapi status-status begini sebenarnya memang femes lar di fb. Sekali aku tulis status ni tetiba orang dari indonesia komen status aku. Dia add aku lar,ada mutual friend juga. Dia tanya kenapa,aku cuma cakap tiada apa-apa cuma update status ja. Malas aku nak cerita masalah peribadi aku dengan satu dunia,buang karan aku ja.

   Hmm,agak menyimpang dari tajuk di atas,kembali ke tajuk tadi. Aku sepatutnya ambil kesempatan dari masalah aku ini dalam misi menguruskan badan tapi aku rasa bodohlah aku,tak pasal-pasal nanti aku kena anoreksia,kalau sempat selamat baguslah tapi kalau sebaliknya? Haih,palis-palis eh,simpang malaikat 44. Aku sekarang memaksa diri ja tapi kalau betul-betul teda selera memang aku tak makan. 
   okailah...sampai sini ja blog aku. Haih,ditinggalkan lagi sorang-sorang dirumah,nasib ada internet hahaha.

Sunday, March 27, 2011

matlamat yang dah tercapai : beli handphone baru

  As I go thorough entries in my blog,I found out that I had already accomplished my goal to buy a new mobile phone (chewah,bahasa inggeris konon ah intro aku tapi aku sebenarnya nda tau nak translate pergi ke bahasa malaysia =p). Tak sedar bah pula tau matlamat jangka pendek aku ni dah tercapai. Kalau tertanya-tanya sila baca post mengenai matlamat aku. Tajuknya ialah matlamat hidup. Hanpon apa aku beli,carilah entry yang ada tajuk sony ericcson greenheart. Membuatkan aku makin bersemangat ni untuk meneruskan matlamat jangka pendek aku ni.
  Matlamat yang aku perlu capai ialah mencari kerja yang bagus dan bukannya gaji dibawah rm500. Selepas itu aku nak belajar memandu dan membeli kereta aku sendiri. Walaupun cita-cita aku ni amat besar (bagi akulah) tapi kalau aku sudah dapat handphone,aku mesti yakin untuk dapat kerja baru,lesen memandu dan mempunyai kereta sendiri. Mudah-mudahan jua tercapai matlamat aku ni tau :)
  Apa aku nak buat setelah tercapai matlamat jangka pendek ni? Maka aku teruskanlah mencapai matlamat jangka panjang aku. Walaupun ada banyak masalah dan cabaran yang melanda tapi aku tak ingin patah semangat. Aku mesti teruskan jua. Aku masih muda untuk mengaku kalah dan tua sudah untuk menghadapi cabaran hidup. Setiap peluang yang ada harus dirembat tapi kena pandai-pandai fikirlah yang mana satu paling terbaik untuk aku.

hanya aku sahaja yang boleh mengubah nasib hidup aku namun aku juga perlukan bantuan bukan sahaja daripada orang lain tapi juga daripada Allah Taala.

arah tujuan hidup yang terpesong

  Aku sebenarnya mempunyai cita-cita untuk menjadi penulis tapi bila aku rasa yang aku ni tak cukup hebat untuk menjadi penulis aku pun tukarlah kerjaya impian aku menjadi ahli farmasi. Aku pun tak tahu kenapa aku nak terlibat dalam bidang farmasi. Mungkin sebab aku suka tengok ubat-ubatan dan sains adalah subjek kegemaran aku (sori maths,I really hate you). Tapi suka ja tak cukup bila keputusan PMR aku menghumban aku ke kelas akaun. Aduh,pedihnya hati ini bila dapat kelas akaun. Banyak kira-kira betul,aku tak sukalah. Nasiblah subjek perdagangan dan ekonomi asas yang buat aku suka kepada akaun (sikit jalah,nda banyak).
  Sebab aku suka belajar (ya,aku suka belajar. selama ni aku tipu ja aku nda suka belajar tapi cuma subjek tertentu ja) namun keputusan aku bukanlah boleh dibanggakan langsung. Sama ada aku ni sebenarnya memang lembab tahap siput babi atau aku rasa aku tiada bakat untuk menjadi pelajar cemerlang impian para cikgu. Hahaha,aku sebenarnya pegang kata-kata "belajar ja,pandai atau nda belakang kira janji pegang buku". Gila betul falsafah aku ni. Orang kalau belajar mesti pandai,yang aku pula bukan kisah sangat,janji ada pegang buku dan tulis nota.
  Selepas aku developing rasa cinta aku kepada subjek berniaga dan kewangan ni,aku menyimpan cita-cita untuk belajar dalam bidang perbankan. Tinggi juga cita-cita aku untuk budak perempuan yang berusia 16 tahun. Walau bagaimanapun kecundang juga sebab aku tak tahulah kenapa. Memang bukan rezeki aku kali ni tau untuk mengorbankan diri jadi hamba kepada bank. Jadi aku pun bercita-cita masuk ke tingkatan enam. Okay selepas SPM aku memang tak tahu arah tujuan hidup aku. Eh,salah!!! sebenarnya selepas PMR aku tak tahu mana arah tujuan hidup aku. Aku akui dari aku sekolah rendah lagi asyik bertukar cita-cita saja. Sekejap nak jadi itulah,inilah macam tak tentu bah.
  Masa aku tingkatan enam,mood aku belajar hilang lepas bapa aku meninggal. Jumpa lagi dengan kawan-kawan yang bakal menyusahkan aku kelak membuatkan aku terfikir. Apa tujuan sebenar hidup aku? Apa matlamat hidup aku sebenarnya? Apa dah jadi dengan aku ni? Banyak persoalan yang bermain dalam fikiran aku namun aku tak mampu nak menjawab semuanya. Aku tahu aku hidup susah sejak bapa aku meninggal. Aku tak mahu belajar,aku tak mahu buat apa-apa masa itu. Aku cuma mahu bersedih ja lagipun masa tu baru ja bapa aku meninggal dan aku perlukan masa untuk adjust hidup tanpa bapa setelah baru ja aku adjust hidup tanpa mama.
  Jadi selepas STPM,aku tidak menerima lamaran dari mana-mana universiti untuk sambung belajar jadi aku bekerjalah. Dengkilah tengok kawan-kawan sambung study tapi setiap kali aku fikir begitu,aku terpaksa mengingatkan yang aku ni yatim piatu,tiada siapa yang dapat tanggung aku belajar. Sebab itu aku marah kalau nampak status kat facebook orang yang dapat sambung belajar ni komplen ja pasal study. Mereka dibagi peluang untuk belajar jadi teruskan ja la,bodohlah mereka ni mensia-siakan peluang. Hehe,tetiba ja emosi ni.
  Aku rasa inilah perjalanan hidup aku walaupun dah banyak kali menyimpang dari laluan sebenar. Dalam hati aku berharap agar aku dapat sambung belajar juga. Biarlah lambat asal aku dapat pegang ijazah akhirnya nanti walaupun aku dah ada ramai cucu. Takpa bha,masih muda lagi,perjalanan hidup masih jauh. cuma aku kena rajin berusaha sajalah.

Miss you lonely

This house is full of loneliness,
It does feel empty inside,
There is a coldness,
Even the weather outside is hot.

Cuz' you already gone,
and we have to live on our own,
If I could turn back the time,
I want everything back to be same,
I will do more chores and also love you more.

Tired of missing you two,
But how can I stop when thats the only way I can do,
Keeping you both alive inside our memory.

Losing game

Gotta run away from here,
cuz' I'm tired playing of this losing game,
But I think it's my guilty pleasure,
To stay here and waiting to be blame.

I think my level of sanity,
Is getting lower and lower,
I think I will lost my integrity,
Start developing habit "I don't care".

I'm already become the uptight bitch,
and I don't know when will I switch,
Sorry I couldn't help it,
But you make me do it.

Getting tired of this madness,
I don't wanna play this losing game,
If you want to go on with this craziness,
Don't pull me in because this is lame.

Let you win,let you win
You are the drama queen,
Don't pull me into your crazy scene,
Go ahead,go ahead
I'm not that afraid,
With your damn cheap act.

I love you

I look at you in our pictures,
I realized how happy I am,
to have you by my side.

Yeah,maybe love is really blind,
cuz we meet so suddenly,
But I don't mind,
As long as you love me.

So sweet when you say to me love you,
Makes my heart beats faster,
Maybe I could go to ICU,
Well I love you too and I don't care.

I love you,you love me
What more can we say?
I need you,you need me
I miss you

Saturday, March 26, 2011

Lagu yang aku suka : Panic! at the Disco-the ballad of mona lisa

She paints her fingers with a close precision
He starts to notice empty bottles of gin
And takes a moment to assess the sin
She's paid for

A lonely speaker in a conversation
Her words are spinning through his ears again
There's nothing wrong with just a taste of what you've paid for

Say what you mean
Tell me I'm right
And let the sun rain down on me
Give me a sign
I want to believe

Woah, Mona Lisa,
You're guaranteed to run this town
Woah, Mona Lisa,
I'd pay to see you frown

He senses something, call it desperation
Another dollar, another day
And if she had the proper words to say,
She would tell him
But she'd have nothing left to sell him

Say what you mean
Tell me I'm right
And let the sun rain down on me
Give me a sign
I want to believe

Woah, Mona Lisa,
You're guaranteed to run this town
Woah, Mona Lisa,
I'd pay to see you frown

Mona Lisa, wear me out
Pleased to please Ya
Mona Lisa, wear me out

Say what you mean
Tell me I'm right
And let the sun rain down on me
Give me a sign
I want to believe

Woah, Mona Lisa,
You're guaranteed to run this town
Woah, Mona Lisa,
I'd pay to see you frown

Say what you mean
Tell me I'm right
And let the sun rain down on me
Give me a sign
I want to believe

There's nothing wrong with just a taste of what you've paid for




Aku nak letak mp3 ja tapi lagunya ada dirosakkan sikit jadi lebih baik aku taruh ja video youtube. Boleh raped button play balik-balik (for crazy fan girls ok). Hehehe,one of the fav song kat mp4 aku ni. Paling smart ending lagu ni "there's nothing with the taste of what you paid for" ;)

Friday, March 25, 2011

meniru,cool,awesome

"creating something new is unique,forging something is artistic"

  Ni status aku dalam fesbuk dulu. Aku dapat idea buat status ini lepas aku menonton rancangan breaking vegas di channel 732 (crime and investigation network). Ceritanya pasal seorang tukang buat jam,dia ni bukan minat dengan judi kasino ni. Tapi pada suatu hari kawan-kawannya membawa dia pergi ke salah satu kasino di Las Vegas (dah nama rancangan ni Breaking Vegas kan?). Jadi dia tertarik melihat duit syiling slot main jackpot. Dia rasa dia yakinlah dapat tiru duit syiling khas untuk main judi ni. Jadi dia pun buat keputusan berani matilah meniru 99.9% duit syiling itu. Kenapa si tukang buat jam ni yakin dia dapat tiru rekaan duit syiling berjudi itu dan boleh digunakan di mesin slot? Sebab bapanya pernah cakap apa saja barang rekaan manusia,semuanya dapat ditiru.
  Duit syiling yang khas untuk mesin slot kasino ni sebenarnya memang payah nak ditiru. Sebab pada zaman 30-an di amerika terlalu banyak kes duit palsu especially duit syiling emas. Jadi pada tahun itu (tak silap akulah) mereka pun mula mengeluarkan wang kertas. Zaman kegawatan ekonomi tahun 1930-an tu. Tapi tukang buat jam ni walaupun pada mulanya payah nak buat duit syiling sama seperti duit syiling kasino,tapi dia tetap tidak berputus asa. Walaupun dia banyak mengeluarkan duit sehingga habis duit persaraan dia tapi akhirnya dia berjaya juga meniru 99.9% duit syiling kasino. Memang berazam tinggilah tukang buat jam ni.
  Dia mula test duit syiling rekaan dia di mesin slot kasino. Mula-mula gagal tapi lepas jumpa right formula,akhirnya dia menang berjuta-juta. Kegiatan ni berlaku selama beberapa tahun sehinggalah pada suatu hari dia ditangkap bersama teman wanitanya di kasino oleh polis kasino (tengok,kasino pun ada polis). Dia ditangkap dan dipenjarakan. Ok,dari sini aku mula terfikir. Judi itu haram tapi siapa yang melakukan penipuan dalam perjudian akan ditangkap. Tak ke rasa hairan tu?
  Apsal aku tulis pasal ini? adakah aku cuba memberi laporan mengenai kegiatan penipuan di kasino? Sebenarnya aku cuma nak cakap,kalau ada orang curi kandungan blog aku atau menulis semula poem/puisi/lagu/cerita yang tertera under label literature dan kesusasteraan dan menerbitkannya semula tanpa perstujuan,aku tak kisah. Itu maknanya aku cool dan awesome sampai ditiru sebegitu rupa. Hahahaha. Aku tak boleh marah juga sebab aku pun suka ceduk idea orang lain cuma aku tak lakukannya 100%. Tapi memang kebanyakan idea aku ni original ok.
   Hmm,memandangkan sekarang banyak betul aktiviti ciplak-menciplak dari dvd pergi ke handbag yang berjenama sampailah ubat,aku terfikir bagaimana dorang dapat design atau formula untuk menciplak sesuatu. Adakah ini kerja orang dalam yang inginkan keuntungan besar dalam black market? Industri menciplak barang ni lebih menguntungkan tau. Tapi risikonya mahu tahulah especially ubat-ubatan. Kalau ubat kena ciplak,alamatnya cepat matilah orang,kasihan ni.
  Sebab banyak sangat ciplak,kadang-kadang dorang akan tukar nama kepada replika sebab agak standard sikit. Macam handbag marc jacobs ciplak,dorang tukar nama "replica marc jacobs designer bag". Aktiviti menciplak ni sebenarnya bukan tak boleh bendung tapi kita kan suka barang yang murah-murah.Macam contoh,gila apa kalau beli beg kecil gucci harganya beribuan dollar?? alamatnya tak makanlah setahun,dua begitu. Sebab itu industri ciplak diadakan kerana ada permintaan. Macam aku belajar kat sekolah menengah dulu,subjek ekonomi asas,tanpa permintaan maka tiadalah penawaran. Simple theory je.
   Jadi berkaitan dengan status fesbuk aku diatas yang pernah aku tulis dahulu maksudnya,mereka dan mencipta sesuatu adalah unik kerana benda tue original dan inovatif. Tapi meniru sesuatu adalah artistik,kita akan tahu betapa awesomenya benda yang diciplak kerana dahlah susah nak buat,usaha yang berterusan tu bagi memastikan barang yang diciplak sama seperti standard kualiti barang sebenar.
   Tanpa aku sedar,panjang pula entry aku ni tau. Hahaha,aku nak pergilah dulu,perut aku dah lapar sangat ni dan aku perlu berehat lepas seharian di tempat kerja. Bye =)

Wednesday, March 23, 2011

Cerita budak-budak dan aku : Shake It Up

  Siapa peminat Disney Channel sini? Ok,aku sorang ja dalam blog ni yang minat tengok Disney channel,the almost 21 year old young lady. Tapi siapa yang tak minat? Best bah juga kebanyakan ceritanya walaupun plot agak sama kecuali jenis cerita dipelbagaikan. Selain itu aku juga minat menonton nickelodeon dan cartoon network. Mungkin aku ni masa kecik-kecik,aku kurang tengok rancangan budak-budak. Tapi aku rasa dah hampir semua rancangan budak-budak aku tengok termasuk all time favourite seperti power rangers,doraemon dan shin chan serta lain-lain. Terus kepada point utama blog ini.

   Aku menonton sebuah rancangan disney channel yang terbaru sabtu beberapa minggu lalu(tak ingat pula bila). Nama rancangan itu Shake it Up. Ceritanya pasal dua orang bestfriend perempuan nama Cece dan Rocky yang menjadi penari latar untuk sebuah rancangan bertajuk Shake It Up. Memang lawaklah cerita dia. Aku enjoy ni tengok time petang-petang hujung minggu. Suka tengok budak-budak tue menari,macam nak ikut ja steps tarian mereka. Lagu theme dia pun catchy,Selena Gomez yang nyanyi,penyanyi favourite aku juga. Aku suka tengok dia dalam rancangan disney, Wizards of Waverly Place.

   Sini aku letak video intro Shake It up~



dan ini adalah full version yang dinyanyikan oleh Selena Gomez. Lyric video ja ni :)


Best tau ceritanya. Catchy dan funny. Aku yang umur 21 pun jadi fans cerita ni.
Ok,sampai sini sahaja entry aku. Bye =)

Tuesday, March 22, 2011

No lullaby for me

My eyes wide open,I cannot sleep tonight
I don't know what to do so I go to write
Anything that inside my mind
Trying to find a rhyme
But I'm not writing a lullaby for me.

Life is hard but gotta keep on
Take it as a competition
No matter what people say about you
They never can feel what you feel
Until they in your shoe.

Too much things to think about
I think I better stop but I can't
My eyes still wide open
Trying to find a rhyme
But I'm not writing a lullaby for me.

Broken dream,broken heart what more can I say
When your life still got a long way
Please do not give up,let's start a new life
Be active not passive.

Right now I need to sleep
Too much thought make me hard to do so
Find a rhyme but I'm not writing a lullaby for me.

Like you (my crush)

When the first time I saw you,
on that night I keep thinking about you
Maybe it was a normal crush and will fade away
but it keep stronger when you around me.

Is it love or is it not?
I like you and wish you like me too.

The way you talk,walk and joke
I just couldn't help it
You make my heart beat faster than it should be
or maybe it just me.

Is it love or is it not?
I like you and wish you like me too.

I already missed you though we don't know each other well
Maybe I already love you quietly but I'm afraid you will know
But I hoping that you know already that I'm in love with you

Bersiap-siap hendak pergi berjalan

Lipstick aku patah tapi aku tak kisah
Tak payah pakai lipstick pun tak apa
Tiba-tiba teringat pula ada spare lipstick lagi satu
Dalam laci di meja solek aku.

Paling aku malas waktu pakai celak mata
Lebih-lebih lagi yang cair punya
Kalau terkena mata pedih merana sengsara
Tapi hasilnya membuatkan mata kelihatan besar dari biasa.

Mencari baju lagi susah
Ada macam-macam gaya
Tapi bukan semuanya aku suka
Mahu baju baru dalam almari,aku minta-minta.

Susahnya jadi perempuan
Banyak betul dugaan
Terutama sekali waktu hendak berjalan
Banyak yang tak kena,sangat memeningkan.

Kenapa mahu pakai baju t-shirt dan seluar
jadi masalah?
Padahal aku cuma nak pergi pasar
Ooo...susahnya jadi perempuan.

Monday, March 21, 2011

Keinginan untuk berjalan-jalan dengan teman-temanku

  Teringat aku dulu-dulu masa zaman aku masih muda (ceh,macam aku ni tua sangat). Aku selalu luangkan masa keluar berjalan tak kira lepas habis sekolah atau hujung minggu ataupun time cuti sekolah (perangai liar masa form 6 ni) Kadang-kadang aku berjalan sendiri tapi selalu dengan kawan-kawan rapat masa tingkatan enam(sekarang nda sudah as we separated dan meneruskan kehidupan masing-masing,dorang sebagai student dan aku sebagai one of the working class heroes,chewah) Kami selalu habiskan masa tengok wayang sama-sama dan jalan-jalan.

  Aku pernah juga jalan dengan kawan-kawan sekolah menengah aku dulu tapi agak kurang sebab mereka pun sibuk dengan study,kerja dan kehidupan mereka.Sebenarnya aku rindu nak keluar jalan-jalan dengan member-member aku dulu,yang satu kepala batu dengan aku. aku tak tahu kenapa tapi aku rasa dah lama aku tak berseronok sejak aku bekerja ni. Aku rasa hidup aku ni suram saja ni. Aku keluar berjalan pun bersama dengan kakak aku dan dating dengan boyfriend aku. Tue ja,tiada yang jumpa ramai-ramai,ketawa-ketawa,tengok movie kongsi bajet dan berkongsi cerita yang gila-gila serta mengambil gambar dan upload masuk ke dalam facebook.

   Mungkin kerana aku ni sebenarnya kurang kawan walaupun aku rasa aku boleh buat kawan dengan cepat. Kenapa pula aku rasa begitu? Entahlah,persoalan ni tak mampu aku jawab. Kawan aku yang paling rapat pun dari sekolah menengah. Kami start kawan dari form 4,memang dahsyat giler la kawan dengan dia tue. Suka aku kawan dengan orang kuat ketawa dari orang kuat membebel betapa teruknya hidupnya  sedangkan ada orang lebih susah darinya (rhyme giler de). Tapi kami pun jarang jumpa sebab masing-masing sibuk dengan kehidupan peribadi.

  Nampaknya sampai sini sahaja entry aku. Well,aku bukannya kisah sangat dengan hal-hal begini tapi entah kenapa pandai pula aku teringat dengan kawan-kawan dulu. For the record,kawan-kawan aku masa form 6 yang aku pernah rapat dahulu semuanya masuk university,tinggal aku ja. Mudah-mudahan ada jua rezeki aku sambung belajar. :)

Sunday, March 20, 2011

search engine bing dan facebook

  Aku try memakai search engine bing dari msn. Hasilnya tidak memuaskan. bukannya aku mahu mengkritik tapi bagi aku google lagi baguslah dari bing. Macam contohnya tadi,aku cuba mencari blogspot guna bing namun tiada atau sukar didapati  dalam first page search. Kalau google pula,blogspot ni berada dalam senarai pertama. Tue pasal cinta aku dengan google tidak berubah hahaha. Memang dari aku mula pakai internet ni,aku pakai google. Like google so much hehe.
  Facebook terlalu banyak membuat perubahan. Tadi aku buka facebook,tiba-tiba ja facebook minta dijadikan sebagai e-mel. Aku tekan ya ja,terus tue ada sepupu aku dari brunei hantar mesej di inbox. Aku reply mesej lar,susah wei tekan enter segala. Pastu kalau ada orang hantar mesej dari facebook,boleh hantar terus ke hp,tapi aku tak mahu,aku taknak dedahkan number hp aku di profile fb. Takut kena kacau.
   Memang bagus juga facebook ni menyenangkan kehidupan kerana telah menjadi sebahagian besar dalam kehidupan seharian. Bing ni pun ok cuma I prefer google as my search engine (ingatkan aku agar install google chrome tapi buat masa ni tak perlulah dulu).
  Oklah,enough blabbering. Aku nak menonton national geographic,seconds from disaster(meltdown in chernobyl) sekarang ni.

Saturday, March 19, 2011

memandu tanpa lesen

  Aku ni boleh dikategorikan sebagai orang yang agak gila juga. Bukan gila yang layak masuk ke hospital mental tapi berani yang gila-gila,tidak bertempat langsung keberanian aku tu sebenarnya. Aku rasa sebab aku masih muda dan mahukan something yang boleh memberi aku adrenalin rush. Walaupun aku penakut juga sikit-sikit tapi aku tetap perlukan cabaran untuk mencabar diri aku. Entah kenapa aku suka cabar diri aku ni,mungkin sebab masa aku kecil dulu,aku agak...macam mana ya mau cakap terkurung,terkawal. Aku ni dahlah perempuan,anak bongsu lagi jadi mestilah kena jaga betul-betul.
  
   Pada suatu malam,aku dan abang aku jalan pergi membeli makan malam kami bertiga (aku,kakak aku dan abang aku). Aku ni malas ba mau turun sebenarnya tapi disebabkan kakak aku tiada mood mau memasak dan perut aku pula semakin lapar jadi aku terpaksa menggagahkan diri pergi membeli makanan sambil ditemani oleh abang aku yang menjadi driver. Time dalam kereta,aku tanya satu soalan bonus dengan abang aku. Oklah ni skrip aku dan abang aku (perubahan sedikit dilakukan bagi menambah efek drama)

Aku : abang ngah,boleh aku bawa kereta kau ni?
abang ngah : Kau ada belajar meh?
Aku : tiada
abang ngah : ko nda pernah bawa jangan ko pandai-pandai sana mau bawa
aku: okai~~~

Nasib abang aku tu tak sporting. Lagipun dia sayang sangat dengan keretanya tue,mana mungkin dia mau bagi orang lain drive termasuk adiknya yang comel ni. Hehehe. Tapi pada suatu hari aku akan bawa juga cuma time tu aku ada lesen sudah. Sabar menanti ja aku sekarang ni untuk belajar drive keta.

Friday, March 18, 2011

Memiliki tubuh badan seperti Megan Fox

  Sebenarnya aku tak minat Megan Fox tapi setelah menonton trailer Jennifer's Body,tiba-tiba ja Megan Fox jadi idol aku. Mungkin kerana keseksiannya dan kecantikannya yang menjadi pujaan aku. Rambut dia yang panjang amat cantik (aku straight arr,jangan fikir lain-lain). Andai aku memiliki kecantikan dan keseksian Megan Fox mesti aku dapat jadi model. Hahaha,angan-angan ja ni. Takkan aku nak modelling betul-betul pula? Buang masa aku ja. Aku cuma inginkan bentuk badan macam dia ja. Benar kata mereka "men love her,women want to be her".

Cantikkan dia? Suka tengok rambutnya yang panjang itu.

Nak body macam dia ni,killer body tu.

    Walaupun dia dah kahwin dengan Brian Austin Green pada tahun 20100,tapi dia tetap nampak sexy juga. Agaknya memang DNA dia "sexy".  Hehehe. Aku telah menetapkan visi untuk mempunyai badan seperti dia pada hujung tahun ni. Harap-harap ja dapat,risau pula aku kalau matlamat aku nda tercapai huhu.

   Sampai sini sahaja blog aku kali ni. Sekian hehehe...


Thursday, March 17, 2011

Semua orang tahu ada 7 hari dalam seminggu

  Aku membaca 1 blog ni,dia ada copy paste video seorang penyanyi remaja yang baru meningkat naik,namanya Rebecca Black. Tajuk lagunya ialah Friday. Jadi aku dengarlah lagu tue memandangkan dia ada mention yang lagu ni stuck dalam kepala dia but not in the good way (dia ada cakap nak cucuk mata dengan garfu lepas dengar lagu ni). Sememangnya lagu ni memang penyakit,penyakit!!! Dia digelar sebagai "Justin Bieber Perempuan". Tanpa membuang masa,aku letak video dia kat bawah ni.



Rebecca Black Friday lyrics is the debut single by new Internet sensation Rebecca Black. The music video for "Friday" received over 1 million plays on Youtube in its premiere day.
The Friday lyrics by Rebecca Black are displayed below. To play the Friday video click the thumbnail.
(Yeah, Ah-Ah-Ah-Ah-Ah-Ark)
Oo-ooh-ooh, hoo yeah, yeah
Yeah, yeah
Yeah-ah-ah
Yeah-ah-ah
Yeah-ah-ah
Yeah-ah-ah
Yeah, yeah, yeah

[Rebecca Black - Verse 1]

7am, waking up in the morning
Gotta be fresh, gotta go downstairs
Gotta have my bowl, gotta have cereal
Seein’ everything, the time is goin’
Tickin’ on and on, everybody’s rushin’
Gotta get down to the bus stop
Gotta catch my bus, I see my friends (My friends)

Kickin’ in the front seat
Sittin’ in the back seat
Gotta make my mind up
Which seat can I take?

It’s Friday, Friday
Gotta get down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend, weekend
Friday, Friday
Gettin’ down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend

Partyin’, partyin’ (Yeah)
Partyin’, partyin’ (Yeah)
Fun, fun, fun, fun
Lookin’ forward to the weekend

[Rebecca Black - Verse 2]

7:45, we’re drivin’ on the highway
Cruisin’ so fast, I want time to fly
Fun, fun, think about fun
You know what it is
I got this, you got this
My friend is by my right
I got this, you got this
Now you know it

Kickin’ in the front seat
Sittin’ in the back seat
Gotta make my mind up
Which seat can I take?

[Chorus]

It’s Friday, Friday
Gotta get down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend, weekend
Friday, Friday
Rebecca Black Friday lyrics found on http://www.directlyrics.com/rebecca-black-friday-lyrics.html

Gettin’ down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend

Partyin’, partyin’ (Yeah)
Partyin’, partyin’ (Yeah)
Fun, fun, fun, fun
Lookin’ forward to the weekend

[Bridge]

Yesterday was Thursday, Thursday
Today i-is Friday, Friday (Partyin’)
We-we-we so excited
We so excited
We gonna have a ball today

Tomorrow is Saturday
And Sunday comes after...wards
I don’t want this weekend to end

[Rap Verse]

R-B, Rebecca Black
So chillin’ in the front seat (In the front seat)
In the back seat (In the back seat)
I’m drivin’, cruisin’ (Yeah, yeah)
Fast lanes, switchin’ lanes
Wit’ a car up on my side (Woo!)
(C’mon) Passin’ by is a school bus in front of me
Makes tick tock, tick tock, wanna scream
Check my time, it’s Friday, it’s a weekend
We gonna have fun, c’mon, c’mon, y’all

[Chorus]

It’s Friday, Friday
Gotta get down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend, weekend
Friday, Friday
Gettin’ down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend

Partyin’, partyin’ (Yeah)
Partyin’, partyin’ (Yeah)
Fun, fun, fun, fun
Lookin’ forward to the weekend

It’s Friday, Friday
Gotta get down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend, weekend
Friday, Friday
Gettin’ down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend

Partyin’, partyin’ (Yeah)
Partyin’, partyin’ (Yeah)
Fun, fun, fun, fun
Lookin’ forward to the weekend
Phone Icon Send "Friday" Ringtone to your Cell Phone Icon


Lyric yang tiada unsur artistik langsung dan klip video yang very robotic. Okay,ko pergi skola tapi tiba-tiba ko naik kereta dengan kawan-kawan ko dan tidak pergi sekolah????? What the hell???? Pastu party di hujung minggu? Adoi~~~....tapi apa yang penting aku tak suka lagu ni. Tak boleh salahkan Rebecca Black sebab pada umur 13 tahun(ya,13 masih) budak-budak memang dahagakan perhatian. Tapi kalau ya pun,jangan menyanyi. Carilah benda lain k? huhuhu,nyesal tengok video ni tadi. Terlekat sudah dikepala aku lagu ini.

Kamar mandi,tikus dan aku

  Hahaha,aku tak tahu kenapa aku teringat akan kejadian ini. Benda ni dah lama berlaku sejak tujuh tahun yang lalu. Tapi sebab aku rasa kelakar (kepada diri aku) sebab aku rasa dalam seumur hidup aku,aku nda pernah menjerit dengan nada high pitch yang mampu memekakkan telinga orang yang mempunyai sistem pendengaran yang lemah. Nasib juga aku cuma berseorangan ketika aku menjerit dalam nada high pitch.

  Pada tahun 2005,di bulan puasa (intro cerita harus skema) aku mengalami kejadian yang membuatkan aku phobia seminggu. Waktu tue baru ja lepas exam PMR (seingat akulah) jadi kami masih lagi pergi ke sekolah sebelum raya tu. Waktu puasa,aku selalu bangun jam 6 pagi. Sebab lepas sahur jam 3 pagi,aku akan menyambung tidur sehingga jam 6 pagi. Memang berbeza dari hari biasa sebab pada hari biasa aku akan bangun jam 4 atau 4.30 pagi. Paling lambat pun jam 5.30 pagi. Ok,berbalik kepada cerita aku ni. Jadi aku pun melangkah masuk ke bilik air,tapi sebelum tue aku masak air panas cuma nda lama sebab aku takut lambat ke sekolah. Lepas air tue panas,aku pergi tuangkan air tue ke dalam baldi sambut air mandi dan campur dengan air paip supaya tidak terlalu sejuk (manjanya aku ni mandi air panas pagi-pagi).

  Aku masuk bilik air lepas aku letak kembali cerek di atas dapur. Aku memulakan rutin aku dengan mencuci muka dengan pencuci muka (waktu tue,memang teruk masalah jerawat aku). Tiba-tiba aku terdengar bunyi mencakar-cakar dari belakang dinding. Level ketakutan meningkat,aku mencuci muka aku cepat-cepat. Belum sempat aku buka baju (sila jangan fikir lain-lain bila aku tulis "buka baju") tetiba keluar tikus dari belakang dinding. Punyalah aku terkejut,tanpa disedari aku menjerit dengan nyaring sambil memanggil mama aku . Sini aku demo cara aku panggil mama bila nampak tikus
"mamaaaaaaa!!!!!! argh!!!!!!! tikusssss!!!! maaaaakkkkkk!!!!! mamaaaaaaaa!!!!! argh!!!!!!!! argh!!!!!!! mamaaaa ba!!!!!!!!!" masa tu mama aku masih hidup lagi,waktu tu dia baring-baring berehat di ruang tamu lepas solat subuh sama kakak aku. Sebagai mama yang risau kenapa anaknya menjerit sedemikian,maka dia pun cepat cepat ke dapur dan bertanya kenapa sambil memaksa aku membuka pintu kamar mandi.


   Aku mengambil masa yang agak lama (2 minit je) untuk membuka pintu. Tikus tu pun lari ke hulu,ke hilir mungkin ketakutan mendengar aku menjerit. Lepas aku buka pintu bilik air,tikus tu tak semana-mana jatuh pula dalam baldi air yang baru aku sambut campur dengan air panas.  Lagilah aku menjerit. Kali ni ada bapa,abang dan kakak aku tertanya-tanya kenapa. Waktu itu lagi puasa maka tekak aku sakit ni akibat menjerit,mana boleh minum air terpaksa tahan sajalah. Aku tak ingat dah siapa yang tumpahkan baldi sambut air tue terus tikus yang hampir lemas berlari ke dapur tapi tak tahu pergi mana. Mama aku bilang takut sudah dia dengar aku menjerit,ingatkan ada apa rupanya tikus.  Tapi tikus tue besar giler~~ mana tak aku takut berabis.

  Sekali lepas kejadian tue,mama aku membawa sebatang kayu sebesar lengan dan letak di dalam kamar mandi. Dia cakap kalau nampak tikus lagi,pukul ja pakai kayu ni. Hehehe,nasib juga tiada tikus masuk dalam bilik air lagi tapi fobia aku ne kalau terdengar bunyi mencakar-cakar dari dalam dinding bilik air. Selepas seminggu kejadian itu berlaku,kayu sebesar lengan dialihkan.

   Bila ingat balik memang lawak ni. Tak sangka gara-gara tikus,aku pergi ke sekolah hari itu dengan suara rock. Oklah sampai sini saja entry kali ni. bye =)

Wednesday, March 16, 2011

Sony Ericcson Cedar Greenheart pujaan hati

  Aku suka hanpon,tanpa hanpon siapalah aku. Hehehe,semua orang pun sukakan hanpon. Yalah,selain daripada digunakan untuk berhubung,hanpon juga boleh digunakan untuk online (terutama sekali facebook),dengar lagu,main game,ambil gambar,shooting video dan banyak lagi.  Semua orang tahu akan fungsi hanpon kan? Jadi tanpa membuang masa kita terus pergi ke main point entry ini.

  Sebenarnya aku malas nak tukar hanpon sebab aku tak tahu nak pakai hanpon apa lagi. SE Walkman,nokia e63 dan samsung SGH-F480 semuanya canggih tahap dewa. Entah apa mood kakak aku bercakap-cakap mengenai Sony Cedar 2,3 minggu lalu. Aku tue hanya iya-iyakan ja apabila dia bercakap mengenai hanpon tue,bukan aku kisah sangat sebenarnya. Tapi 2 minggu lalu,dia belikan aku Cedar (bukan cadar k). Dia kata ni hadiah harijadi aku (sebenarnya sebulan lagi birthday aku). Aku pun terima ja la,tak juga aku terkata apa-apa pun. Masa aku pakai pun aku rasa biasa ja,malah dimarah lagi kakak aku sebab aku beli sd card 1 gb. Dia suruh aku beli sd card 2 gb bha tue hahaha. Lama-kelamaan,aku sayang dengan hanpon ni. Memang fungsi hp ne baguslah ada 3g,hsdpa(I believe that ble ganti broadband klu tem tue broadband tiada di sisi),ada apps twitter(malangnya aku dah delete account twitter) dan banyak lagi. Simple lar design hanpon ne,aku memang ada "soul" dengan cedar.

hanpon cedar aku sebenarnya warna putih tapi sebab aku tak jumpa cedar putih maka aku guna gambar ni. Cantik kan? simple ja walaupun camera 3g dibelakang. Mula-mula tak suka lama-lama suka. Jadi bermulalah matlamat aku untuk menjaga dan menyayangi cedar si pujaan hati. =)

Tuesday, March 15, 2011

Sesungguhnya Tuhan sayangkan kita...


Gambar ini sebenarnya dari facebook. Kawan aku cik Panda (hehehe,my sole sole) tagged aku dalam gambar ni along with her other friends. Aku suka melihat kata-kata dalam gambar ini sehingga aku menitiskan air mata apabila satu ayat kat atas ini berkata "sometimes Allah take everything away from us so we can learn the value of everything He gave us". Kehilangan mak bapa membuatkan kami adik-beradik hilang arah. Apatah lagi jarak pemergian mereka tidak lama,selang setahun. Aku belum lagi puas bermanja dengan mereka sebenarnya. Kadang-kadang aku dengki ni tengok orang lain dapat bermanja dengan mak bapa mereka tapi aku terpaksa ingatkan diri sendiri yang aku harus menerima hakikat mak bapa aku sudah tiada. Ayat-ayat kat atas ni dapat juga aku kaitkan serba-sedikit dengan hidup aku. Mungkin jika ada orang baca blog aku ni,kaitkanlah ayat ini dengan hidup kamu. Allah SWT memberi ujian kepada hamba-Nya kerana Dia sayang akan hamba2-Nya.

Sometimes Allah breaks your spirit to save your soul
Aku suka sukan taekwondo. Aku pernah angan-angan ni mahu masuk Sukma dalam pertandingan taekwondo. Aku berusaha kuat-kuat untuk menang dalam pertandingan peringkat sukan sekolah.500,600 push up? 400 sit up? 500 squat? semua sudah aku buat. sparring 5 minit tanpa henti pun aku dah rasa,sampai mau pitam ja tapi aku paksa diri ni. Jogging? 6 round keliling padang merdeka,kota kinabalu sudah. Jogging naik turun bukit pun sudah sampai macam mau putus kaki. Lutut aku sakit,aku demam tapi aku nda kisah ni,aku betul-betul mahu menang masa tu. Aku pernah dapat nama gelaran "lembu" (aku tak tahu kenapa mesti lembu) sebab masa aku sparring aku tahan sakit dan makin agresif bila diserang. Sebenarnya aku tahan sakit ja dipukul,berpegang kepada prinsip coach aku "semua orang makan nasi,tiada orang makan besi". Tapi semua usaha aku sia-sia. Aku gagal ni dapat sebarang pingat. Orang yang baru pertama kali masuk pertandingan,pangkat talipinggang rendah dari aku dapat perak. Malam lepas habis pertandingan aku menangis. Betul-betul kecewa dengan diri sendiri. Malu dengan semua orang yang mengharap aku untuk membawa pingat emas. Masa tue aku tingkatan 5,nak amik SPM. Lepas habis SPM,aku masih lagi ikut taekwondo,coach offer ikut pertandingan terbuka. Hatiku berbunga kembali,tapi apabila aku meminta izin dengan bapa aku,bapa tak bagi. Dia bilang nanti aku cedera-parah,tulang patah dan tiada siapa mau hantar ke tempat pertandingan. Harapan aku untuk masuk skuad taekwondo Sabah hancur sekali lagi. Tapi lihatlah sekarang,jika aku atlet taekwondo sabah,aku tentu tidak mempunyai masa melihat dunia kerana masa aku sering dihabiskan dengan aktiviti ini. Tentu aku mengalami tekanan yang tinggi untuk mendapatkan pingat emas dan menjadi wakil malaysia. Sedangkan taekwondo dulu merupakan minat aku. Jadi Allah patahkan semangat untuk menyelamatkan jiwa aku dari mengalami tekanan asyik ingin menang saja.

Sometimes He breaks our heart to make us whole
Patah hati bukan bermaksud cinta saja. Banyak perkara yang boleh menyebabkan kita patah hati. Patah hati aku disini adalah gagal masuk ke universiti. Sedangkan itu merupakan janji aku kepada bapa aku ketika dia masih hidup. Tapi memang salah akulah juga sebab aku terlalu terlibat dengan masalah kawan-kawan hingga aku sendiri yang sakit oleh kawan-kawan aku. Tengoklah sekarang,mereka dapat sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi tapi aku masih lagi ketinggalan. Walau bagaimanapun Allah sayangkan hamba-Nya. Tiba-tiba saja aku dapat kerja jadi tukang jaga kedai/cashier kat sebuah kedai runcit persendirian. Banyak benda aku belajar ni,bukan setakat pasal kerja tapi pasal kehidupan orang. Sejak aku bekerja ni,aku lebih memahami orang lain. Mungkin jika aku sambung belajar,aku masih lagi berperangai tidak matang (bukan keanak-anakan,besar bezanya).

Sometimes Allah allows pain so we can be stronger
Pain kat sini maksudnya sakit. Hahaha. Ndalah,hati yang sakit akibat masalah-masalah,kehilangan dan kekecewaan dalam hidup menjadikan kita lebih kuat kerana kita belajar dari pengalaman kita yang memedihkan. Apabila kita menghadapi perit kehidupan,kita akan menjadi lebih matang dan tabah dalam menjalani kehidupan. Contoh,jadi yatim-piatu. Pengalaman pedih tu.

Sometimes Allah send us failure so we can be humble
Hmm,aku setuju dengan ayat ni tapi aku tak tahu nak kaitkan dengan contoh apa. Tapi aku pernah dengar pepatah ini "gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya". oleh itu apabila kita berjaya,jangan sekali-kali bongkak sebaliknya ingatlah kegagalan dahulu dan merendah diri dengan kejayaan yang telah dikecapi.

Sometimes Allah allows illness so we can take better care to ourselves
Sakit tu rahmat. Bila kita sakit,kita harus ingat Allah. Hanya Allah sahaja yang mampu menyembuhkan kita. Sakit maknanya berehat dari aktiviti seharian kita. Sakit maksudnya kita harus memanjakan diri sendiri. Bukan pergi spa dalam konteks memanjakan diri sendiri. Oleh itu bila kita sakit,kita mesti berehat. Tapi kalau sakit tak teruk,janganlah pula mengada-ngada sana. hahaha.

Sometimes Allah takes everything away from us we can learn so we can learn the value of everything He gave us
Sudah aku jelaskan kat first paragraph. Sekarang aku lebih menghargai keluarga aku.

Make plans but understand that we live by Allah's grace
Kita hanya mampu merancang tapi hanya Allah yang menentukan :)

Oklah sampai sini sahaja entry aku. Aku perasan macam makin pendek pula perenggan aku. Hehehe.

p/s:aku baru ja dedahkan separuh daripada kisah hidup aku.

Sunday, March 13, 2011

garam+cola=?

   Aku baru ja selesai menginaikan rambut kepada warna chestnut (sebenarnya kakak aku tolong buatkan) dan sekarang tengah menunggu inai ini kering. Bagi mengelakkan aku menggaru,mengacau rambut aku yang dalam proses pengeringan inai maka aku pun menaip entry ini disamping menonton fashion show : the ultimate collection.

  Apa kaitan garam dan cola? Garam untuk memasak,tanpanya makanan yang dimasak akan menjadi tawar (tapi jangan taruh banyak garam,nanti kena darah tinggi). Cola pula minuman manis yang sangat manis. Kalau terlalu minum cola,akan menyebabkan hakisan pada gigi yang dikenali sebagai karies gigi. Jadi apa kaitannya? Hehehe (tersengih-sengih sekejap).

  Kakak aku mengajar satu helah dimana dia belajar dari kawannya waktu mereka belajar kelas kulinari dahulu. Apakah helahnya? helah mengurangkan kemanisan dalam minuman cola. Hahaha,mungkin trick ni lama sudah tapi aku tak kisah,aku nak cerita juga.

   Trick ni baru juga dalam minggu ni kakak aku ajar. Dia cakap dengan aku "kau mau tahu camana bikin cola tue kurang manis?," aku pun menjawablah "camana?," dia pergi dapur ambil secawan cola dan secubit garam di jari telunjuk dan ibu jari tangan kanannya. Waktu tu aku tengah menonton Dirty Jobs di Discovery channel lepas pulang dari kerja. Lepas tue dia letak cawan cola itu di atas coffee table dan memasukkan secubit garam dalam cola. Minuman tersebut menggelegak sedikit. Dia menyuruh aku minum cola tersebut,mula-mula risaulah aku nanti cola tue masin pula tapi lepas aku minum memang kurang manis. Over excited,aku cakap dengan kakak aku,kami patut bawa garam supaya bila kat kedai makan,pesan minuman cola tak payah taruh air cuma taruh garam. Kakak aku kata minuman cola masih lagi manis,garam ni cuma menyembunyikan rasa manis ja.

   Mengingatkan aku dalam cerita-cerita tv yang part lelaki durjana akan menuang serbuk putih dalam minuman cola perempuan yang menjadi mangsa lelaki itu (selalunya di kedai makan yang ada kelas atau kelab malam). Kononnya serbuk ubat tidur,apabila diletak dalam minuman (biasanya cola) minuman tersebut akan menggelegak sedikit (aku tak tahu nak describe sebenarnya). Aku rasa-rasa dorang pakai garamlah. Sebab garam itu putih dan serbuk putih yang kat dalam tv macam garam halus (menurut pendapat akulah).

   Sampai sini sahaja blog aku. Rasanya inai kat rambut aku ni dah kering,aku nak mandi,cuci rambut dan tengok kesannya. bye~~ =)

p/s: baru aku perasan yang part kakak aku tunjuk cola campur garam macam aku guna teknik penceritaan pula. sepatutnya aku kena guna tulisan berangkai hehehe.

Saturday, March 12, 2011

Rancangan Tv luar negara yang dimalaysiakan : the real housewives

      Hehehe,rancangan tv luar negara yang dimalaysiakan telah kembali. Sebenarnya lama dah aku berhajat nak buat entry ini tapi entah kenapa aku asyik terlupa,termalas,tertiada mood. Memandangkan aku sekarang duduk dirumah tak buat apa-apa sekarang,maka aku pun mengambil peluang keemasan ni.

    The real housewives,francais reality tv yang berjaya dari BravoTv.com. Sekarang aku menonton Real Housewives of New Jersey. Memang best giler rancangan tu. Kalah desperate housewives yang ada Teri Hatcher dan Marcia Gay Hayden (sekadar menyebut beberapa nama pelakon rancangan desperate housewives). Tiba-tiba plink!! aku terbayang jikalau rancangan tv malaysia mempunyai format reality tv berkisarkan kehidupan surirumah-surirumah di Malaysia. Mesti gempak giler kan?

    Kalau kat US,dorang ada beberapa francais the real housewives of... berikut senarai francais the real housewives(mengikut giliran kemunculan)
-The Real Housewives of Orange County
-The Real Housewives of New York City (currently aired on axn beyond)
-The Real Housewives of Atlanta
-The Real Housewives of New Jersey (currently aired on Diva Universal)
-The Real Housewives of D.C
-The Real Housewives of Beverly Hills
-The Real Housewives of Miami
~sumber dari wikipedia~

   Memandangkan cerita the real housewives adalah betul dan tidak mengikut skrip lakonan,jadi memang patut francais rancangan ini menjadi kegemaran ramai. Aku pun suka tengok dorang saling mengumpat,mengata,mencaci dan bestfriend forever antara mereka.

   Kalau rancangan begini ada di Malaysia,format harus ditukar sedikit bagi memalaysiakan rancangan ni dan mengelakkan BravoTv.com menyaman kerana mencuri idea emas mereka. Aku tak curi,aku cedok idea ja hehehe.  Nama rancangan the real housewives ini harus ditukar kepada "kisah surirumah". Bandar atau negeri yang terlibat di Malaysia ini ialah
-Kisah Surirumah : Kuala Lumpur
-Kisah Surirumah : Georgetown
-Kisah Surirumah : Johor Bahru
-Kisah Surirumah : Kuching
-Kisah Surirumah : Kota Kinabalu
Sebab rancangan ni tidak memerlukan skrip jadi sedikit perisa diletakkan dalam rancangan ni. Contohnya taruhlah orang yang bukan dalam circle of friends para surirumah,konfem ada gaduh. Para surirumah pula mestilah dari golongan profesional atau hidup mewah. Pastikan ada sedikit konfliklah,jangan plot cerita mendatar ja macam kisah hidup betul,memang gerenti membosankan. Tapi terlalu banyak konflik pula boleh membuat orang menyampah tahap gaban. Hehehe,tak perlulah undian sms. Malaysia ni asal rancangan tv realiti mesti nak undian sms,boo betul. Kita cuma nak tengok kisah sebenar surirumah sebanyak 20 episod ja. hehehe.

   Oklah sampai sini sahaja entry blog aku ini. Nak sangat impian aku tercapai melihat para surirumah malaysia ni dalam tv macam the real housewives. hehehe.

The real housewives is copyright from BravoTv.com

mimpi semalam (atau adakah aku patut katakan pagi tadi?)

    Saya sudah berus gigi,makan,menonton tv,buat bodoh,telefon boyfriend dan mandi. Mood saya hari ni hendak update blog banyak-banyak. Terlalu banyak sudah idea dalam kepala ni meraung-raung minta dilepaskan. Ada dua karya amatur tengah pending minta dipostkan dalam entry blog. Oleh itu bagi mengelakkan sindrom cakap sorang-sorang,lebih baiklah saya post sekarang ni.

    Ehehe,skema kan ayat aku di atas tue? Biasalah,minta puji. Hahaha. Entry ini mengisahkan aku yang tertidur akhirnya pada jam 3.30 pagi tadi (layak ke mimpi pagi digelar mimpi semalam?). Oklah tanpa aku membuang tenaga menaip banyak-banyak,aku nak berceritalah ni. Teknik tulisan berangkai digunakan bagi mengembangkan mood penceritaan.


    Kisah ni merupakan secebis dari mimpiku...
Aku bangun dari tidur. Sunyi waktu pagi ini,perabot dirumah kelihatan dalam susunan biasa. Tapi aku tak nampak abang aku tidur di kerusi panjang seperti biasa. Mungkin dia sudah pindah masuk ke dalam bilik. Aku hendak memberus gigi,rutin biasa. Setiap pagi setelah aku melangkah masuk ke dalam bilik air,aku mesti senyum tayang gigi depan cermin sebelum memberus gigi.  Aku tidak tahu kenapa aku berbuat sedemikian tapi itu dah memang tabiat aku. Gigi aku walaupun kuning tapi belum rosak lagi. Gigi kuning terjadi apabila terlalu banyak minum kafein dan merokok. Aku lebih banyak minum kopi dari merokok. Ketika aku senyum menayang gigi,aku terkejut besar. Gigi aku rosak!!! Bukan rosak yang biasa,aku kenal akan jenis kerosakan itu. Kerosakan akibat terlampau merokok. Aku sesak nafas,tak sanggup menerima kenyataan ini. Aku tak puas hati lalu melihat kembali gigi aku,betul-betul aku periksa. Iyalah,rosak dah. Kuning berabis macam gigi seorang perokok tegar (aku tahulah sebab aku dah nampak) aku tak mahu gigi aku jadi macam begini. Aku menangis ni tapi seingat aku dah beberapa bulan dah aku tak merokok,mustahil gigi aku jadi macam begini. Tiba-tiba...


    Azan subuh berkumandang. Oh,rupanya mimpi saja. Tapi menggerunkan ni. Adakah sebab aku terlalu kepingin untuk merokok kembali? Adakah aku ni sebenarnya tidak mampu melawan ketagihan gila ini? Tak apa,ini cuma nafsu semata-mata. Aku boleh tahan.


    Macam aku obses dengan diri sendiri. Memang pun aku obses dengan diri sendiri. Kalau blog aku ni dibaca,tolong jangan menyampah dengan ayat-ayat berunsur narsistik aku. Hehehe,bagaimana begitu? Aku pun nda tau. Sampai sini sahaja entry aku ini. Sekian.

Sungguh penat

   Baru lepas aku tulis entry kedua blog aku tadi,terus ada polis datang ke kawasan tempat tinggal kami bagi amaran supaya berpindah keluar dari tempat tinggal (kami kan orang pesisir laut). Maka kampung yang tenang bertukar menjadi panik tapi tidaklah sampai ada rusuhan (hohoho,melampau lar pula). Cuma ada sesetengah penduduk berdegil tidak mahu pindah. Kalau ikutkan kakak aku bilang kami harus tunggu sahaja di depan rumah tapi abang aku cakap naiklah kereta. Memandangkan abang aku yang paling tua,maka kami pun mengalahlah. Tapi abang aku bilang dia maw isi minyak kereta dulu.

   Kami berjalan (pakai kereta ok) pergi ke bukit bendera terus pergi ke padang merdeka dan patah balik ke rumah. Takut ada orang ambil kesempatan mahu mencuri,tambahan lagi barang-barang abang aku kebanyakannya besi jadi sudah tentu mata bakal si pencuri besi bersinar-sinar macam emas. Nasib juga bila kami balik rumah,tiada apa-apa. Syukurlah. Aku terus rasa lapar sebab tak sempat makan malam tadi dan mengantuk tahap dewa sebab aku menahan mengantuk aku di tempat kerja. Dah berapa kali aku caught red-handed oleh bos-bos aku waktu aku tengah bermimpi indah. (nda juga mimpi indah di meja,sakit kepala pas bangun ada pula)


   Tadi jam 10.30 malam aku tertidur ni. Mengantuk aku sangat-sangat,sampai tak treply msg bha. Kawan aku kol pun aku nda perasan,terus aku kol dia balik. Rupanya dia tengah tgk cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah sama adiknya. Hehehe,tadi petang baru ja aku menunjukkan kehandalan aku meniru skrip watak ucop,si pondan bekas penari kebudayaan itu(watak hantu kak limah balik rumah) dengan kawan aku tu. Terus aku sambung tidur aku,memang mata aku waktu berat giler lar untuk dibuka. Sekali tengok kat hp aku ada tiga mesej dan 6 missed calls,sumanya  dari boyfriend aku. Memang aku tidur macam kayulah time tue. Pastu aku kol dia (rasa bersalah sebab tak terjawab msg dan kol dia). Jadi kami pun bercerita sekejap.

    Aku tak dapat tidurlah pula. hohoho ni suma gara-gara cerita hollywood aku tengok kat prima tadi. aku tak tahu tajuknya tapi kelakar giler cerita tue. Nasib ada ulangan Top Chef 5 jam 12 lebih tadi. Dapat tengok baki setengah jam yang aku dan kakak tak sempat menonton sampai habis kerana ada amaran dari pihak polis tadi menyuruh penduduk2 berpindah. Sekarang dah nak dekat jam 2 pagi. Kebanyakan ayat power aku hilang sebab browser ni tetiba jammed pula. Mau aku memaki namun aku dah berjanji untuk tidak mengucapkan kata-kata nda baik lagi. Tapi jauh di sudut hati ingin aku katakan "jahanam ko internet explorer". Perenggan akhir ni adalah perenggan baru setelah perenggan lama didn't make a cut(melampau,mcm bunyi realiti tv).Oklah sampai sini sahaja,aku nak tidur dengan kakak aku malam ni,kami masih dalam mood berjaga-jaga. Sekian.

p/s: klu perenggan akhir ni hilang lagi pas aku alter berabis,tekanan jiwa aku.
    

Friday, March 11, 2011

pulih panik

    Update dari entry tadi. Aku ok sudah tapi masih lagi risau cuma tidak terlampau risau dari tadi. Sekarang ni aku dan kakak aku bercerita pasal cari kerja. Mungkin inilah caranya kami menyembunyikan kerisauan dalam hati. Nampak macam tak sensitif kan? Memang pun.

   Aku tengok penduduk-penduduk tg aru area aku ni macam biasa ja. Masih lagi menjalani kehidupan yang biasa. Sunyi betul pula aku rasa tau kampung ni. Mungkin ada yang tau tapi cuma berjaga-jaga sahaja macam kami ni.


   Sekarang kami menonton Top Chef Season 5 di Diva Universal. Sedang menyampah dengan seorang cheftestant ni bernama Leah. Tak buat banyak kerja dan mengurat Hosea. Memang aku nda suka dia dari episod pertama kat diva universal ni (aku dah tengok top chef 5 kat axn beyond).  Nah,tengok bha macam nda sensitif ja aku ni,boleh-boleh aku cerita pasal Top Chef bila waktu sekarang adalah waktu berjaga-jaga. Weyh,kejap-macam nak naik balik level panik aku,bawa bertenang~~ huhu.


   Nampaknya nda tidur 24 jam,tidur-tidur ayam ja la. Aku patut tidur di tempat kerja tadi tapi buruk perangai betul aku rasa. Sudahlah aku ni memang muka tidur. Hari puasa atau nda puasa,memang muka penat. Hahaha,aku buat lawak konon "beginilah design muka saya" bila orang tanya "kau tidurkah?" hahaha,amusing sangat.

   Oh,ya...adakah cara aku bercakap seperti menyindir atau pedas sedangkan aku tidak mempunyai apa-apa niat pun. Hanya sekadar mengutarakan pendapat. Sebab kawan aku cakap,adakah aku ni menyindir sedangkan aku cuma berlawak.
   
   Sempat ketawa tengok iklan NBA pkai theme song kahwin. Siapa-siapa yang basketball fanatik,sukan ni memang merupakan komitmen seumur hidup mereka. Tengok~~ astro pun pandai menyindir bah,menyelitkan lagu theme kahwin di iklan NBA. Hahahaha...

    Bercampur-aduk sudah entry dalam blog ini. Beginilah aku dalam real life,bila pulih panik memang benda yang nda-nda aku merapu,merepek-meraban. Sampai aku rasa ayat bodoh telah terkeluar dari mulut aku tapi aku buat selamba ja. Oklah,panik aku dah pulih,aku nak menonton Top Chef dan dinner. Lapar dah aku ni.

Gempa bumi hari ini

   Apa khabar orang-orang Malaysia yang tinggal dan belajar di Jepun? Kenapa aku mula begini entry blog aku? (aku terpaksa menaip cepat kerana adrenalin rush) Lepas aku balik kerja,aku dengar berita Jepun gempa bumi 8.9 skala richter. Pastu ada tsunami. Kejadian ni berlaku di utara Jepun. Sebanyak 53 buah negara diberi amaran tsunami. Malaysia area Sabah dan Sarawak pun kena bagi amaran berjaga-jaga. Siapa-siapa yang tinggal di laut (akulah antara penduduk2 yang tinggal di laut) harus berjaga-jaga. Memang konfem tak tidur malam ni,jadi burung hantu berjaga dari tidur. Takut bha. Boyfriend aku dan kawan aku kol pasal kejadian gempa bumi ni. Tapi bunyi aku macam nda serius bila aku membalas telefon dorang. Sebenarnya aku takut betul,takut amat-amat. Itulah cara aku menunjukkan aku takut,nda serius. Habis klu aku panik,konfem suma akan panik.

    Air laut lagi sekarang tengah pasang. Minta-mintalah tiada apa-apa jadi. Gerun rasanya pula bila menonton berita tadi pasal tsunami. Lagi gerun tengok air pasang pula sekarang ni tapi sangat menggerunkan klu tiada air pasang. Aih,nda tentu bha perasaan sekarang tapi perasaan paling utama ialah risau. Harap-harap penduduk yang tinggal di laut,hujung sekali tue silalah bungkus pakaian anda cepat-cepat. Nanti macam taufan Hagibis pula hari tu yang berlaku pada hujung tahun 2007 (keesokannya harinya aku ada paper spm perdagangan),hampir roboh jambatan kayu (tu dahulu,sekarang jambatan batu) tapi ciptaan manusia ba tue.

   Harap-harap tiada apa-apa yang terjadi. Amin ya rabbal alamin. huhuhu
 sekian...

Tuesday, March 8, 2011

Kesejukan

   Aku kerja di tempat yang berhawa dingin 11 jam sehari,5 hari seminggu. Bayangkan betapa sejuknya aku di situ. Pada waktu tengahari,time matahari memancar kuat,aku beku didalam bangunan. Kalau hujan,punyalah beku dibawah negatif darjah celcius. Nasiblah aku ada bawa sweater tapi selalunya aku lupa bawa jadi memeluk diri sendiri kuat-kuat seperti orang yang kesunyian. Padahal menahan sejuk,sehinggakan aku pernah buat lawak dengan boyfriend aku dalam mesej,mau buat unggun api dalam bangunan kasik panas diri sendiri. Haha,aku taknaklah buat betul-betul kang kena tangkap polis dituduh sebagai arsonis.

  Erm,selalunya kalau waktu hujan lepas pulang kerja aku mengelak mandi kecuali aku tak bawa payung. Sebab rasa sejuk air cond dari tempat kerja aku masih berbaki lagi. Aku elakkan diri dari mendekati kipas ni sebab aku akan dapati bahawa aku akan menggigil tiba-tiba bila terkena sedikit saja angin kipas. Entahlah kenapa,ada tak scientific explaination untuk ni? Kecuali waktu tidur,itupun aku dah berbungkus dalam selimut tebal. Mula-mula kerja nda juga begini tapi last-last dah terbiasa tak pakai kipas lepas balik rumah. Sebab memang konfem akan menggigil kesejukan.

  Waktu mandilah waktu paling mencabar,bgagar bha!!! Naa,ambik ko tanda seru...tabah ja waktu mandi aku d malam hari hahaha. Segar jugalah tapi bikin cepat mengantuk. Nda lama pendek umur asyik mandi lepas pukul 8 malam. Ish,minta-minta pula...palis-palis.
 
  Oklah aku tulis sampai sini sahaja. aku menulis ni bagi mengelakkan aku asyik berfikir pasal rokok ja. Sebab time sejuk begini best kalau hisap rokok. Naa,sudah terfikir lagi....shoo,shoo away. Tak mahu fikir pasal merokok,huhuhu.

Sunday, March 6, 2011

Hari Ahad hari ni : kalau dpat tidur petang ni,aku nak mimpi...

  Aku sangat mengantuk tahap dewa sekarang ni. Aku tak mahu tidur petang tapi aku mempunyai feeling yang aku tetap akan tidur juga petang ni. Hahaha,aku harap kalau aku tertidur petang ni,keluarlah mimpi yang enak-enak. Aku betul-betul nak mimpi jalan-jalan di London,ingin masuk ke Harvey Nichols. Atau pergi ke New York,masuk ke bloomingdales. Alamak,napa aku cakap pasal shopping centre ni? kat kk ne pun ok juga bha,ada 1b sama suria sabah,nak juga pergi jauh-jauh. Tapi tak apa,aku akan sampai juga ke shopping centre luar negara.

  Tetiba aku tulis blog ni,aku teringat minyak wangi celebrity rekaan mereka. Contohnya dari Mariah Carey,Paris Hilton,Hilary Duff,Avril Lavigne dan ramai lagi. Kan best kalau aku boleh beli minyak wangi dorang. Akan aku simpan botol-botolnya jadi koleksi aku. Bodohnyalah aku ni,buat apa mahu beli kalau nda pakai. Harap-harap aku dapat pakai minyak wangi fairy dust dari paris hilton dalam mimpi kalau aku dapat tidur petang ni. Tapi minyak wangi silky girl pun boleh bha. Aku pakai juga tapi selalu terlupa hehehe

  Oooo,terasa lapar pula perut ni.Aku nak makan beef steak dengan pepper sauce. air minuman pula juice apple yang diperah segar. Tak apa,boleh makan ayam masak black pepper dan makan apple yang baru dibeli kelmarin. Gara-gara jadi peminat number 1 Top Chef ni,aku lebih meminati fine dining. Amat menyelerakan tengok gourmet dan harap-harap dapat mimpi begitu.

  Bangang betul line ni,adakah patut sot time aku menceritakan apa aku nak mimpikan kalau aku dapat tidur petang ni???? Arggh!!! marah aku ni hohoho. Tak apalah,barang ciptaan manusia,mesti ada kelemahan.

  Oklah,aku tahu siapa-siapa ja yang baca entry-entry aku ni konfem kebosanan sebab macam syok sendiri ja. Yelah,aku nak tulis pasal artis aku bukan wartawan hiburan. Politik?? Bukan mainan aku. Hahaha,maka aku pun tulis mengenai aku. Walaupun nampak tak real sebab aku tak taruh gambar sebenar aku (tona,kucing aku) tapi aku memang betul,wujud di dunia sebenar cuma menggunakan nama lain bagi mengelakkan sebarang miow,woof fight ni. Mana tau ada orang tak suka blog aku.

  Sekian,selamat menikmati hari ahad untuk saya. Besok kena kerja. Mungkin aku patut buat lagu mengenai hujung minggu aku. Hahaha.

 

Friday, March 4, 2011

potong rambut dan hair serum yang aku terpaksa beli namun nasib baik berfungsi

  Aku dah potong rambut aku 2 atau 3 minggu yang lalu(aku rasa lebih tepat 2 minggu). Rambut aku dahulu paras bahu sebelum dipotong,panjang sikit dan tiada bentuk. Membuatkan aku nampak lebih tua dari usia asal dan menampakkan dahi yang luas. Jadi untuk mengelakkan aku dari menjadi separuh gila melihat rambut yang memang hujungnya kering macam akar kayu,aku pun melakukan aktiviti "potong rambut kecemasan" serta-merta.

  Kedai gunting murah yang aku selalu pergi di Asia City tutup pada hari Ahad. Walaupun murah tapi hasilnya memuaskan hati. Tapi aku nak tunggu sampai bila? Sampai rambut aku jadi ranting kayu? (tadi akar,ni ranting) Tidak ada banyak pilihan,aku terus menerpa(chewah,salahguna perkataan terpa) ke mana-mana kedai gunting rambut di CentrePoint(hari itu aku jalan dengan kakak aku).

  Sinilah aku nak cerita kenapa aku takkan gunting rambut lagi sampai hujung tahun(bukan pasal hair serum,itu nanti). Aku melangkah masuk ke sebuah kedai gunting rambut ni,aku tertarik dengan harga rm16 potong rambut dan berharap tidak terkena harga bos gunting rambut rm33. Mak ai,rambut sejemput ni rm33?? Mestilah aku nda mau. Jadi aku bertanyalah dengan orang kat kedai gunting itu,ada dua orang bha tue. satu lelaki cina,aku agak itu bos dan seorang perempuan(mestilah pekerja). Aku bertanyalah dengan malu-malu ada ka harga gunting rambut rm16? dorang cakap tiada,harga bos ja rm33. Aku nak keluar dah tue tapi manalah orang mahu melepaskan pelanggan pergi,duit bah datang sama dorang. Jadi dorang cakaplah ada,aku mula tak sedap hati tapi aku dah ready rm50 kecemasan aku sisip-sisip dalam dompet aku. Maka c tauke ni pun potong rambut aku. Aku minta kasik layer dan rambut depan minta kasik pendek dan layer sikit (tujuannya untuk mengelakkan dahi aku nampak besarlah hoho) maka dia pun potonglah ikut citarasa aku. Nasib baiklah nda kebak rambut aku (kebak tue macam separuh botak kali maksudnya),klu kebak,aku jelinglah tue tauke tau.

  Hair serum. Apa tue hair serum? Hair serum tue vitamin rambut bagi mengelakkan rambut bercabang,kering dan rosak. Masa tauke tue kasik style rambut aku,dia taruh benda alah tue kat rambut,dia bilang "bagus kau pakai ni,ni bikin rambut kau kurang bercabang,nda rosak...bla,bla,bla," Aku nda dengar sangat sebab aku risau dengan bil gunting rambut lepas ni (nampak sangat aku kedekut). Tapi dari pertama kali aku pakai,waaa~~ siok oh,macam rambut aku dimanjakan. Hahaha.

  Waktu untuk membayar. Tauke tue bilang rm16 ja tapi dia suruh aku beli 1 botol hair serum yang dia pakaikan di rambut aku tadi,harga rm14. Cuba campur,takkah jadi rm30 tue? Nasib aku ada duit kecemasan jadi aku bayarlah rm50. OMG~~ pintar betul ooo tapi aku tidak boleh marah sebab aku suka style rambut ni dan hair serum(kena paksa beli tue oleh tauke). Bila aku pakai sendiri,aku nampak ni kesannya kat rambut aku. Lembut dan kurang berminyak,tak macam dulu kasar dan amat berminyak(boleh salah-sangka ni aku baru cuci rambut padahal kasar bha 2 hari tak cuci) This is why the reason aku hari-hari mesti cuci rambut tapi sekarang aku tak cuci rambut 1 hari,ok je,kurang berminyak dari biasa.

   Apakah moralnya di sini? Entahlah tapi kalau untuk aku,tentu dalam jangka masa yang lama ni aku tak potong rambut. Nak mampus apa rm30 semata-mata kasik layer ja rambut? Bukan aku nak wat crew cut pun(gila,mcm boy terus ooo,bagus2 aku ni perempuan)

  Oklah sampai sini sahaja blog aku. Penat jari-jemari aku menaip. Hehehe,jumpa lagi ;)

Wednesday, March 2, 2011

Menulis atau tidak menulis : kisah penulis amatur yang pencen

  Hahaha,hari ni aku sebenarnya tiada mood nak update blog padahal aku sudah ada banyak idea dalam kepala yang meronta-ronta minta dikeluarkan dari otak. Walau bagaimanapun aku tetap menulis juga tidak mengikut kehendak mood aku yang jahanam tue(nah,ambik ko 1st time aku memaki dalam blog aku huahuahua).
 
  Tanpa membuang tenaga menaip blog maka aku persembahkan entry aku yang mempunyai unsur impian tapi belum dapat dicapai lagi gara-gara kekurangan diri ini. Kekurangan disini bermaksud bukan OKU tapi idea,minta maaf jika penggunaan ayat aku ni menyebabkan orang-orang yang membaca entry ini boleh terkena kencing manis dan darah tinggi.

  Aku mempunyai satu hobi ketika aku sekolah rendah dan menengah,hobi skemalah iaitu membaca buku. Bila aku membaca,aku macam dalam dunia aku sendiri. Selepas itu aku pun akan menulis sebuah cerita berdasarkan apa yang aku baca. Kadangkala aku akan menulis cerita berdasarkan cerita tv yang aku pernah tengok. Aku takkan baca kembali hasil tulisan aku selepas aku siap tulis oleh itu aku akan pastikan bahawa tulisan aku tidak menyimpang dari plot asal ketika menulis. Itu dahulu,sekarang ni aku dah pencen namun passion untuk menulis masih ada. Cuma idea aku ni aku tak mampu keluarkan macam dulu kerana aku berfikir aku mempunyai kelemahan dalam bidang penulisan. Tapi aku masih menulis puisi cuma sekadar suka-suka.

  Tetapi sejak kebelakangan ni,aku asyik rasa ingin meluahkan idea artistik. Aku tak pasti kenapa aku berbuat begitu. Adakah writer's block aku sudah unblock? Bila aku cuba menulis kembali,cerita aku hanya siap separuh jalan. Sedih pula rasanya bila jadi begitu. Maka aku cuba menulis cerita pendek,sekadar warming up dan akhirnya berjaya aku siapkan. Nanti aku akan post di entry akan datang cerita pendek aku. Simple tetapi aku harap mudah difahami.

  Oklah sampai sini sahaja blog aku hari ini,kita berjumpa di blog yang akan datang. Sekian