Wednesday, April 27, 2011

aku sudah ada twitter

   Kononlah aku ni dulu tak mahu main twitter sudah,malahan akaun lama twitter aku dulu tu aku delete tanpa belas kasihan. Sekali bosan-bosan aku update status di fb(sebab nak minta like and kena komen status =p) balik lagi pakai twitter tapi under new name,Zya Lemon.
   Mesti kamu yang terbaca entry aku ini secara tidak sengaja musykil kan kenapa aku pintar betul buang account lama twitter aku? ni adalah beberapa sebabnya
  1. Aku malas update twitter .
  2. Terjiwang menulis tweets mengenai orang yang aku suka(iaitu boyfriend aku sekrang)
  3. kebanyakan celebrity aku follow twitter dorang,tiada cerita baru.
  4. Aku cuma mahu pakai facebook ja.
Aku rasa ada banyak lagi sebabnya tapi macam empat kat atas tu sebab utama aku membuang old twitter aku. Jadi rajin-rajinlah membaca twitter aku(kalau mahulah). Aku dah letak kat dalam blog ini. Kenapa aku nak pakai twitter kembali,jawapan paling senang ialah there are some things you shouldn't share in facebook.  Kalau kena pertikaikan tindakan aku,hentam kamuranglah. Yang penting aku punya suka.
  Oklah,aku nak main internet ni. Walaupun aku tahu aku kerja besok dan akan mengalami risiko tertidur di tempat kerja,tapi tak kisahlah sebab aku tahu aku tak mengantuk malam ni,huhuhu.

Monday, April 25, 2011

Aku ingin menjadi teman setiamu (part 1)

  Dari pandangan mata turun ke hati,lahirlah sebuah perasaan cinta. Rasa cintaku padamu adalah sebuah rahsia yang hanya diketahui olehku.  Walaupun pada suatu hari nanti jika aku dapat meluahkan perasaan aku ini kepadamu dan kamu tidak menerima luahan hati ini,biarkanlah aku mencintai kamu senyap-senyap.
   Nazihah menutup buku diarinya. Dia menulis perenggan tersebut khas untuk seseorang yang istimewa di dalam hatinya. Seseorang yang dia suka sejak hari pertama dia melihatnya. Dia menyimpan buku diarinya dalam sebuah peti kecil yang diletakkan di bawah katilnya. Diarinyalah penyimpan setia rahsia-rahsianya. Kemudian dia bangun dari katil dan berjalan menuju ke arah suis lampu dan memadamnya,lalu pergi berjalan balik ke katilnya dan berbaring sehingga matanya terlelap.
                                         **********************************************
   "Jiha,pinjamkan aku buku maths kau,aku belum siap lagi 2 soalan terakhir ni,nanti mampus aku oleh cikgu Wong," Aryana mematikan lamunan awal pagi Nazihah. Aryana merupakan kawan baik Nazihah sejak dari tadika,tambahan lagi mereka jiran sebelah rumah jadi persahabatan mereka akrab seperti adik beradik.  Nazihah bertanya "kau nak tiru ke atau minta tolong aku tunjukkan jalan kerja?," Aryana tersengih-sengih sambil berkata "nak tiru,boleh tak?" Nazihah menggelengkan kepalanya "no way,sini aku tunjukkan kau how it is done," Aryana sengaja menyepetkan matanya "taknaklah,lambat lagi kau tunjukkan jalan kerja,nak siap cepat-cepat," Nazihah berkata "itulah semalam aku tanya kau dah siap maths kau sibuk main playstation dengan Adi,sekarang ni baru terhegeh-hegeh," Aryana memberikan alasan "ala,aku fikir aku dapatlah siapkan maths lepas main playstation tapi rupanya inspirasi pun tak ada," Nazihah ketawa kecil,Aryana menyambung lagi "lagipun si Adi tu kesian aku tengok tiada kawan main game,aku pun temankanlah," kali ni dengan wajah tersengih-sengih. Nazihah senyum sahaja lalu berkata "Ada saja alasan kau ni,aku tahu kau jeles tengok adik aku si Adi main game tembak-tembak," Aryana ketawa. 
    Tiba-tiba satu suara mengejutkan mereka dari belakang,Nazihah terkejut lepas dia menyerahkan buku latihan maths kepada Aryana. Aryana pun turut terkejut dan mereka sama-sama mengalihkan pandangan ke belakang. Rupanya Fadhil,pengawas sekolah yang merupakan rakan kelas mereka. Dia suka mengusik Aryana dari mereka tingkatan satu sehinggalah ke tingkatan empat. Kebetulan pula mereka berada di kelas yang sama dari empat tahun yang lalu sedangkan Nazihah tidak berada di kelas yang sama dengan Aryana waktu tingkatan dua dan tiga.
       "Oh,kau nak meniru ya? Bagitahu cikgu," Fadhil mengusik Aryana
       "Eleh,dengkilah tu orang nak meniru,blekk," Aryana menjelir lidah dan membuat mimik muka menyampah. Fadhil ketawa dan menjawab "buat apa nak dengki dengan orang yang malas,baik aku dengki dengan kucing," Aryana membalas "jadilah kucing kalau dengki dengan kucing," sambil menjeling. Aryana malas bercakap dengan Fadhil,ada sahaja mereka gaduhkan. "aik cik kak? tak baik menjeling,nanti juling," Fadhil tersengih-sengih. Aryana geram lalu mengejek "Cik Fadhil-la,pergilah bertugas ya,jangan nak kacau-kacau orang di pagi yang mulia ni," Fadhil membalas kembali "yalah encik aryan," kemudian Aryana mencubit lengan Fadhil. Fadhil menjerit kesakitan "ni semutkah atau ketam ni?," Aryana menjawab selamba "dua-dua,nak rasa yang kala jengking lagi?," Fadhil menolak "hey,tak payah,tak payah,ganas betul awak ni," Nazihah melihat telatah mereka dan tersenyum,dia dapat rasakan yang Aryana dan Fadhil saling menyukai tetapi mereka tidak mengaku akan perasaan mereka,masing-masing ego untuk meluahkan perasaan.
    Nazihah berkata kepada Aryana setelah Fadhil berlalu pergi "jomlah kita bersiap,nak pergi perhimpunan ni," Aryana mengeluh "nilah sebab aku tak suka pergi sekolah hari Isnin,mesti ada perhimpunan,boringlah dengar Madam Clara berucap," Nazihah memujuk "sabarlah,nanti ada satu tahun lagi persekolahan,lepas tu tiada sudah perhimpunan," Aryana ketawa,dia suka mendengar lawak Nazihah walaupun ada sesetengah orang tidak faham akan lawak Nazihah itu.
   Ketika mereka berjalan menuju ke dewan sekolah,Nazihah ternampak seorang pelajar lelaki berjalan melepasi mereka bersama teman-temannya. Hatinya berdebar-debar ketika dia nampak akan pelajar lelaki itu,secara tidak sengaja dia tersebut nama pelajar lelaki tersebut dengan perlahan tapi mampu didengari oleh Aryana.
      "Taufik,"
Aryana memandang Nazihah lalu memandang Taufik yang sudah berjalan jauh di hadapan. Nazihah terkejut dengan kelakuannya sebentar tadi sera-merta beristighfar. Dia tak sangka dia tersebut nama Taufik,lelaki yang berjaya menawan hatinya di kala dia mengatakan tidak kepada perasaan cinta sewaktu masa persekolahan. Aryana bertanya "Taufik tu boleh tahankan?," sambil dia tersenyum. Nazihah menjawab "ya,tapi dia sudah mempunyai teman wanita," Aryana berkata dengan suara yang perlahan dan berharap tiada siapa yang mendengarnya "Fatin? tolonglah Jiha,aku dengar dia tu playgirl," Nazihah memukul bahu Aryana tapi perlahan "tak baik kau kata dia begitu,dosa tau kalau tak betul," Nazihah sebenarnya tahu akan perangai Fatin,teman wanita Taufik kerana dia pernah ternampak Fatin berjalan dengan lelaki lain,tetapi Nazihah cuba bersangka baik dengan menganggap lelaki yang berjalan bersama dengan Fatin merupakan sepupu walaupun mereka berjalan berpegangan tangan.
    "yang benar sih," Aryana mengajuk bahasa indonesia yang dipelajarinya dari menonton sinetron setiap petang.
    "yana~~~," Nazihah memberi isyarat agar Aryana jangan bercakap lagi,bimbang kalau-kalau didengari oleh Fatin atau gengnya.

-akan bersambung-
      

Sunday, April 24, 2011

Horny bebeh,horny!!!

  Okay,so aku rasa aku taknak bagitahu perkara secara terperinci tapi memandangkan ni adalah blog dan bukan twitter maka aku ceritakan sikit-sikit untuk memberikan pembaca sedikit gambaran.
  Aku dan kakak aku pergi Watson kelmarin mencari lotion dan juga cuci mata kalau-kalau ada barang yang baru (woo,aku tak sangka ada sudah pembersih khas untuk mascara waterproof). Jadi masa kakak aku mencari lotion dia,aku pula jalan-jalan pergi ke bahagian supplemen. Aku ingin sangat mahu membeli Brand's Inner Shine Pati Berry macam Maya Karin pakai dalam iklan(pengaruh iklan ni). Biasalah,mahu jadi cantik macam Maya Karin tapi aku terpaksa batalkan niat mahu membeli innershine sebab aku kekurangan duit belanja dan belum gaji lagi.
   Masa aku tengah berharap lepas gaji baru aku beli tu minuman botol kecik Innershine,aku terpandang botol kapsul yang cukup-cukup menarik perhatian aku,bila aku tunjukkan pada kakak aku,kami cuba menahan ketawa tapi bila kau cuba tahan ketawa,everything comes 10x funnier. Ni buktinya kat bawah hahaha

HORNY GOAT COMPLEX????? Kalau dalam bahasa malaysia horny tue miang,gatal jadi kalau translate nama botol kat atas ni "miang kambing sukar" ataupun susun perkataan jadi begini "kambing sukar miang". Gambar ini diambil jauh dari pekerja-pekerja Watson. Hahahahaha,aku pun tak tahu apa fungsi supplemen ni tapi memang lawak betul namanya ni...hahahahhaha

Saturday, April 23, 2011

u-turn kepada diri sendiri juga

"Iman tak dapat diwarisi,dari seorang ayah yang bertakwa..."

     Teringat aku bait lirik ni dari kumpulan nasyid yang popular,kumpulan Raihan. Lagu ni dah lama dah dari zaman aku sekolah rendah lagi. Bila aku teringat bait ni,aku teringat bapa aku. Bila aku teringat bapa aku,aku teringat bait ni. Begitulah ceritanya..(keh,keh,keh bagus tak payah buat entry kalau begini simple ceritanya).
   Bapa aku tu bukanlah golongan ustaz,ulama atau orang yang kuat sangat ilmu agama. Tapi bapa aku tu orang yang suka mempelajari ilmu agama dan mengamalkannya. Setiap bulan puasa sebelum tunggu waktu subuh lepas sahur,dia selalu mengaji Al-Quran. Aku pula tidur sambil menunggu sembahyang subuh,bayangkanlah dah makan begitu banyak time sahur masih mampu untuk tidur? Rasa tak selesa tapi mahu juga turutkan nafsu tidur. Dia dengan mak aku rajin sembahyang,tak macam aku ni,kalau disuruh baru nak buat. Bila sudah akil baligh,pakailah alasan "ala,datang bulan".
   Masa waktu petang-petang di hujung minggu,lepas asarlah lebih tepat aku dan anak buah aku akan mengaji. Aku kadang-kadang kalau aku taknak aku nangislah. Yelah,masa budak-budak asyik nak main saja. Bila fikir balik,nyesal juga aku malas-malas mengaji(ui,aku masih pandai baca ah) tapi masa tu pun dah budak,manalah berdosa kecuali bila sudah mencapai umur akil baligh(ntah berapa banyak dosa aku dah kumpul).
   Kenapa aku tulis ni? beginilah walau alim macam mana sekalipun mak bapa kita,kadang-kadang kembali kepada diri kita juga sama ada mahu mengikut atau tidak(which is membawa kepada dosa besar jika sengaja lalai). Aku tengok kat facebook aku,ramai orang like IluvIslam link(contoh) tapi aku nak tahu adakah mereka betul-betul mengamalkan amalan yang ditulis dalam link itu? Like pasal khasiat sembahyang 5 waktu tapi adakah mereka lakukannya sepenuh masa? pasti ada antara jawapan mereka "sibuklah,iman belum cukup,malaslah". Cerita pasal mati,adakah sudah siap bekalan menempuhi alam kematian? kalau banyak dosa memang malaikat munkar dan nankir kejam hantam pakai cambuk besi. Kalau baik,syukurlah,dibiarkan aman dalam kubur. Kiamat lagi,memanglah kopipes link macam-macam pasal kiamat untuk memberi kesedaran kepada rakan-rakan fb lain. Namun persoalannya disini,adakah mereka sudah sedia? Asyik bilang takut ja tapi berubah pun tidak.
  Hahaha,cara aku bercakap macamlah aku ni alim. Sebenarnya aku tidak. Aku memerhatikan mereka yang menyukai link dari website khas untuk orang yang beragama Islam(muslim) dan berbicara mengenai agama. Serta-merta soalan ni terpacul dari fikiran aku "adakah benar mereka mengamalkan atau sekadar menunjuk-nunjuk?" Aku sebenarnya mengelakkan cerita mengenai hal agama bukan kerana aku tak suka. Cuma aku risau aku tak mampu mengawal diri ketika bercerita sedangkan iman diri ni amatlah rendah. Lagipun,manalah tahu kalau orang tertanya soalan level ulama,terketar-ketar menjawab nanti.
  Teringat aku pesan bapa aku dulu,aku kena ringkaskanlah pesannya ni sebab terlalu banyak. Dia cakap "kena pandai menjaga diri,kalau tidak kesian mak bapa kena soal dalam kubur kenapa perangai anak-anak begini". Macam aku cakap tadi,semuanya berbalik kepada diri sendiri.
  Aku sedar aku ni bangang namun kalau aku tak tahu,aku bertanya juga dan mengkaji sedikit-sedikit walaupun tak banyak. Manusia tidaklah sempurna tapi rajin-rajinlah memperbaiki diri sendiri. Aku juga banyak melakukan khilaf dan aku berharap agar aku mampu berubah. AMIN YA RABBAL ALAMIN

p/s: penulis ini merupakan muslim al-sunnah wal jamaah.

Friday, April 22, 2011

Kenali aku hahaha



You Fall in Love Quickly




You are yourself in relationships. You are very honest and real sometimes to your detriment.



For you, love is intoxicating and bewitching. You can't explain love, and you wouldn't really want to.



You don't have a checklist when it comes to your perfect partner. You're open to whatever happens in your life.



You connect to others easily, and you want to figure out if there's a spark as soon as possible. You don't hold back.




You Are a Career Girl!




You may not be a CEO yet, but you're well on your way to success.

You take your career seriously, and you wouldn't stop working for any guy!

An independent woman, you pay for your own car, clothes, and housing.

And men appreciate that - at least, the ones as driven as you are.




You Don't Have Any of The 5 Personality Factors




Extroversion:



You have low extroversion.

You are quiet and reserved in most social situations.

A low key, laid back lifestyle is important to you.

You tend to bond slowly, over time, with one or two people.



Conscientiousness:



You have low conscientiousness.

Impulsive and off the wall, you don't take life too seriously.

Unfortunately, you sometimes end up regretting your snap decisions.

Overall, you tend to lack focus, and it's difficult for you to get important things done.



Agreeableness:



You have low agreeableness.

Your self interest comes first, and others come later, if at all.

In general, you feel that people are not to be trusted.

And you're skeptical that anyone else really feels differently.



Neuroticism:



You have low neuroticism.

You are very emotionally stable and mentally together.

Only the greatest setbacks upset you, and you bounce back quickly.

Overall, you are typically calm and relaxed - making others feel secure.



Openness to experience:



Your openness to new experiences is low.

You're a pretty conservative person, and you favor what's socially acceptable.

You think that change for novelty's sake is a very bad idea.

While some may see this as boring, many see you as dependable and wise.




Your Life Has Some Meaning




Your life doesn't completely lack meaning. You definitely are on a path to big things.

However, you can't help but wonder if there isn't more to life. Things feel incomplete to you.



It's time to take stock of what's going on in your life. What could be improved?

And then get to work on making things better. Life is too short to feel bored or frustrated.




You are Totally Realistic




"Romance" means you're about to roll your eyes

Seriously, you can do without the sap or drama

Save it for someone who has nothing really going on in their relationship



For you, love is real - and easily integrated into your life

You don't need candles, flowers, or chocolates to know he's the one

Just some stimulating conversation... and maybe a great smile.




You Are An Understanding Girlfriend!




You care about your guy, so much that you tend to put him first

And while this makes your relationship smooth, sometimes you let big things slide

Still be your understanding self, but if something really bothers you - let your guy know

He'll still want you, even if you occasionally disagree
Blogthings: Quizzes and Tests and Memes, Oh My!

Haha,saja2 buat ni. boring gila aku jadi girlfriend terbiar hari ni. hahahaha

Wednesday, April 20, 2011

tension level 8- tengok kapel dalam facebook cintan-cintun dan gaduh2 tanpa rasa segan

  Macam hipokrit ja aku ni tau kat tajuk atas ni sedangkan aku pun ada boyfriend juga. Tapi perbezaannya adalah aku tak tunjukkan kepada semua orang betapa aku cintakan boyfriend aku dalam facebook. Aku kurang tunjukkan benda-benda mesra begini. Kalau begitu bagi aku lebih baik sms ja dia bilang "I love you" dari susun2  ayat macam begini kat dalam status facebook "hubby,I will do anything for you,I love you,I can't live without you". Tahukah anda telah menyebabkan aku muntah pink secara kronik???? Aku tahulah statement aku tu membuatkan kamu sangka aku macam dengki dengan kamu. Tapi buat apa aku mahu dengki pula? Aku kan dah ada boyfriend,aku tak kisah pun kami ni tak berjiwang. Aku dan dia bukan berapa minat benda-benda begini. Kalau mahu berjiwang dalam sms ja,sendiri-sendiri tahulah,tak payahlah bagitahu satu dunia( facebook)yang kamu cinta mati dengan boyfriend/girlfriend kamu.
  Tapi aku tak kisahlah kalau orang yang dah kahwin. Postlah berapa banyak post jiwang dengan husband/wife kamu,hentamlah. Jangan ja gaduh dalam facebook sama tunjukkan tak kepuasan hati terhadap pasangan masing-masing(aku akan tulis kat entry akan datang mengenai ketidakpuasan hati itu). Simpanlah perkara negatif dalam kain.
  Ya,gaduh. Kalau boleh janganlah gaduh dalam facebook ya kapel-kapel sekalian. Sebab aku pula yang menyampah tengok drama gaduh standard astro prima ni. Ada aku terbaca dalam facebook semalam yang si girlfriend ni nak mati(tension gaban kali) pastu boyfriend dia bilang kalau gitu dia nak matilah. WHAT THE FOOK??? ni yang aku anti,asal gaduh sikit pastu tension terus ugut mahu mati. Nak tempah tiket emas pergi neraka ke? Kalau mau gaduh tu,please dalam sms dan selesaikan probs secara berhemah. Janganlah berperangai macam kamu seorang ja yang ada masalah dalam dunia ni. Tak bagus woo. Aku sendiri pun kawal perasaan time bergaduh,tapi kalau aku temper gila,terbawa-bawa bad mood dengan dia semalam(konon) maka hari ni(konon) aku akan jadi marah dan terberi silent treatment(kalau dia tersilap sikit atau aku nda dapat jadi cool).  At least aku tak bagitahu aku nak mati kat dalam facebook gara-gara bergaduh dengan boyfriend,buat malu aku ja.
   Dah siap aku post entry ni,baru aku senang ati ckit. memang aku ni tak puas hati de...

Sunday, April 17, 2011

10 amalan terbalik

  1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian(malam pertama,kedua,ketiga,ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasullah di mana Rasullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan,terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan simpati yang belum dibahagikan yang berhak menurut Islam?
  2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus(kenduri kahwin) orang kerap salam berisi(hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan,maka malu nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau menziarahi orang mati,tidak segan pula salam tidak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin,tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk menambah pendapatan.
  3. Ketika menghadiri majlis tertentu kita berpakaian cantik,kemas dan segak tetapi apabila menghadap Allah baik di rumah mahupun masjid,pakaian lebih kurang sahaja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini satu perbuatan yang terbalik?
  4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan,kita rasa segan nak makan sampai tidak habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu sedangkn yang dituntut banyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
  5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin,tapi kalau di rumah,sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasullah untuk mengelakkan rasa riak.
  6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah tertinggi dalm setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
  7. Kalau nak mengerjakan haji,kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Makkah dan apabila balik dari Makkah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir,maka dibuat kenduri,bukan kerana nak bermusafir,maka dibuat kenduri. Bukankah ini amalan terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
  8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Al-Quran atau solat,tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen membaca Al-Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok guru Al-Quran nak bayar RM150 sebulan 20 kali belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca al-Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
  9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam,pagi petang,mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah(masjid) tak hujan,tak panas,tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini,rezeki Allah diminta tapi nak ke rumah-Nya segan dan malas.
  10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak bukan main lagi berhias. Tapi kalau duduk di rumah,selekeh dan tidak kemas. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya,bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia. 

Saturday, April 16, 2011

Keenie's house of thought

The orphan who makes less than rm20 per day
  I know this is not a way of introducing myself as a new blogger but who says that you cannot be creative? So instead saying "hi" but do not have any reply,I better write something different than greeting. I know I have a poor grammar but forget it,as long as the readers(I wish) understand,my grammar will be better slowly. Hey,why am I saying this? It is because I came from Malaysia which Malay is my mother tongue language so I don't speak english as much as in MUET speaking examination.
  The orphan itself in title tells it all. Half orphan means that you still have one of them,but I'm totally ORPHAN. My parents died like 5 years ago,but actually my mother passed away first in the year 2006 when I was 16 years old(say 16 is sweet huh?). My father died when I was 18 years old. I tell you,being half orphan is okay because you still got someone to protect,help and also love you. As being orphan,it's like you falling down into the river(or whatever). You were drowning and have nothing to hold,drifted away gasping breathe,waiting for help.
  I'm the youngest of four siblings. My oldest sister is in her early 40's(married ),my brother in mid 30's(not yet married) and my sister in late 20's. I already turn to 21 years old. I'm too young than my brother and sisters. I always having problem being bullied by older siblings when I was a kid(hey,it's not just me okay except for single child in family). I'm not very spoiled by my family,I was taught to be tough. But if I could unzip this tough personality,I'm the fragile one and have a sensitive emotions. But everyone in the world can be so sensitive right?
  I'm working now but my salary under rm500. Although my paycheck is small but I feel grateful because I finally have a job. I forget how dissapointed I am not going to university(actually I does but not that bad). I feel happy having my own pocket money instead asking for money. It's been a year,sometimes I'm not happy with my job but knowing that at the end of the month,I get some money to spend,I feel good.
  Thats all,thank you for reading =)

p/s: the original content has been altered 70% by me to make sure I'm not over tell and make myself look boring(even this bukan aku blog does look boring).

Intro sebenar blog aku

  Sebenarnya blog aku ni nama asalnya "Keenie House Of Thought" dan sepatutnya berbahasa Inggeris. Oleh sebab aku rasa aku ni ada masalah tatabahasa bahasa inggeris dan buat malu aku ja kalau aku nda tahu sesetengah perkataan dalam bahasa inggeris jadi aku pun tukar blog ni 100%. Jauh menyimpanglah ni dari idea/konsep asal. Aku akan ceritakan kat entry selepas ni sebab agak panjang intro aku. Ok,tentu kamu tertanya-tanya kenapa aku nak tulis ni? Sebab masa aku tengok-tengok isi buku conteng aku,rupanya aku dah tulis entry pertama untuk blog sulung aku (hehe,aku ada blog baru lagi nanti). Jadi daripada membazirkan ink pen aku dan kertas buku conteng kesayangan aku(siap ada badge sekolah lagi) bagus aku tulis intro tue kat blog ini secara suka-suka. Aku tau mungkin akan ada orang kata aku ni mengada-ngada,benda ni pun mau bagitahu tapi suka hati akulah,inikan blog aku. Tak baca tak rugi pun sebab aku tak letak apa-apa iklan kat blog ni. Kalau bosan sila baca blog lain ok,jangan kutuk-kutuk aku. Pok silap sudah kau itu(kau cari pasal sudah tu).

Friday, April 15, 2011

Pertandingan gambar paling cantik di facebook

  Sejak kebelakangan ni ada pertandingan hantar gambar sendiri dalam page photography. Ada solo contest,couple contest,wanna be beautiful dan macam-macam lagi. Siapa-siapa yang angan-angan nak jadi model tu atau memang dah jadi model tapi saja cari part time job sebab tiada offer photoshoot memang join contest begini. Aku ngakulah aku nak join juga pertandingan macam begini dulu (atau lebih tepat hari tu) tapi boyfriend aku nda bagi dan juga aku tengok peserta-peserta yang join pertandingan macam begini,mereka ada kawan-kawan support. Ada jugalah yang terdesak minta support dari orang yang dorang tak kenal(nanti aku buka stori di perenggan baru). Tapi aku rasa tak perlulah mau ikut benda-benda begini. Ok,kita bercerita kebaikan pasal contest ini dan keburukannya serta komen atas pagar aku.
   Kebaikan? Hmm,apa kebaikannya ah? Rasanya kalau nak cuba-cuba jadi model memang ada kebaikannyalah. Katalah if dah menang contest,pemenang dia akan dapat photoshoot. Bayangkan jika ada photographer lain tengok-tengok gambar peserta yang join contest ini. Konfem dorang akan kenen-kenen peserta itu untuk dijadikan model dia. Tapi kalau tiada dapat apa-apa tidak juga merugikan sebab ini just for fun. Tak tahulah if ada orang take this competition seriously. Okay,sebab aku tak jumpa banyak kebaikan bagus kita jump pergi keburukan. Jangan hentam aku dah ah orang yang join competition begini.Hahaha.
   Keburukan. Tiada juga cuma yang menyakitkan hati bila ada member minta support. Cara-caranya dorang copy paste link kat wall kita atau mana-mana wall,komen dan inbox pastu minta kita like picture ni. Annoying weyh dan sebenarnya cara itu bagi aku main kotor. Kau boleh suruh member-member like the page tapi vote like untuk ko? Whatever. Aku pun penah kena gitu,ada sorang minah kat dalam fb ni,muda 2 tahunlah dari aku. Dia ikut satu contest ni,sebenarnya kami kurang bercakap dalam fb. Dahlah kurang bercakap pastu tetiba ja minta aku like her picture dalam fan page photography tu.Dia paste kat wall aku link picture dia dalam fanpage tu. Aku ni nda juga sampai hati mau memalingkan muka dari dia,jadi aku like ja lah. Pertandingan begini juga secara tidak langsung mengundang unsur-unsur negatif seperti ada komen-komen jahatlah dan kutukan(aku ada baca member fb aku kutuk contest sebegini,18sg,pl lar dorang punya komen)
  Komen atas pagar aku? Macam ginilah aku cuma mampu cakap whatever. Takkan aku mau melarang pula kan? Biarkan ja lah. Kalau aku menyokong pun,aku bukan suka sangat kena suruh like the picture walaupun posing tak comel langsung. Aku like pun sebab kesian. Jadi whatever ja lah.Huhuhu

p/s: aku nak mengutuk lebih-lebih tapi takut kena bawa pergi court pula. belum ada undang-undang lagi melindungi hak sebagai blogger.

Wednesday, April 13, 2011

Bosannya!!! patutkah aku buat blog lagi satu?

  Aku menyedari bahawa kehidupan aku sekarang ni membosankan. Pergi kerja,duduk rumah. Tiada unsur adventure macam mendaki gunung kinabalu,memandu satu negeri sabah,pergi ke fun fair(asyik men game kat arked,sakit mata tengok skrin tekken). Kawan lagilah...kurang,boleh dibilang pakai jari (campur jari kaki dan jari tangan). Aku rasa yang aku ni sebenarnya ingin sangat jadi Dora the Explorer tapi tiada Swiper(musang pencuri itu). Aik? Macam mana pula termasuk rancangan katun prasekolah ni? Sori ler,aku menonton Dora the Explorer juga,rancangan Timmy Time si anak kambing biri-biri masuk tadika pun aku tengok. Weyh,don't judge me okay? Hahaha.
  Tiba-tiba aku dapat idea dalam kepala aku. Waaa,memahami betul otak aku ni akan emosi aku yang betul-betul bosan sekarang ni. Idea aku kata,aku kena buat blog lagi satu. What???? Nak tulis entry ni pun perlukan daya dan skill memerah otak yang tinggi,nak buat kerja gila tambah blog lagi? Tapi aku fikir mengikut logik akal,macam okay jua cadangan gila ni tapi nak cerita pasal apa? Sedangkan dalam blog ini,aku buat variety. Macam-macam aku cerita. Aku fikir lagi mungkin aku patut buat blog macam dalam movie Julie and Julia. Watak Julie memasak satu hidangan sehari mengikut buku resepi Julia. Google lah kalau have no idea apa aku yang cakap ni. Aku pun nda tau nak explain bagaimana.
  Bergeliga juga otak aku,nampaknya kena cari aktiviti yang aku harus cuba dan tulis pengalaman dalam blog aku lagi satu. Mungkin patut dinamakan blog baru aku "tiada kerja lain" hahahah. Tapi masih dalam proses perancanganlah,buat masa sekarang ni aku masih belum sedia nak buat aktiviti lain,yang mencabar kreativiti aku sebagai seorang manusia(chewah,drama yaw).dalam masa yang sama aku dapat mengisi masa lapang aku. good luck to me ;)

Tuesday, April 12, 2011

Sketsa : Pergi tandas

  Aku sedang duduk-duduk menikmati hidup di tempat kerja aku. Waktu itu sudah jam 2 petang. Telefon bimbit aku yang sunyi-sepi dari tadi pagi tiba-tiba berbunyi. Nada deringan,mp3 ringtone what the hell dari avril lavigne. Aku melihat nama di skrin telefon bimbit aku,Panda (bukan nama sebenar). Aku menjawab panggilan itu.
  
Aku: Hello,tiada orang di sini. Hehehe.

Panda: Haha,yalah tu.

Aku: Kenapa panda?

Panda: Aku baru balik dari rest bah ni. Kakak tu sama makcik cleaner belum balik lagi. Huhuhu

Aku : Hehe,dekat bah tu wawasan plaza sama tempat kerja ko. Hehehe.

Panda: Aku ni sebenarnya mahu pergi tandas tapi tandas kat luar opis aku. Ada bos aku sama klien dia bah. Pintu opis aku tu susah mau buka,mahu ada security number. Kakak tu sama makcik cleaner tu tahu number security dia,aku tak tahu bah.

Aku: What?? Buduh juga dorang nda bagi kau security password. Patut ko dari 1st day kat sana kena bagi bah.

Panda : Itulah tu. Pintu kat opis aku ne lain bah,kalau mahu masuk kena ada orang dari dalam buka. Ngam-ngam bos aku sama klien dia tempat dorang tengah berbincang dekat dengan button untuk buka pintu itu. Nda kanlah klien bos aku yang duduk dekat dengan button tu bukakan pintu untuk aku? Lagipun aku segan bah dengan bos aku ni. Tapi aku betul-betul nda tahan.

Aku: Buat muka tak malulah,jangan tahan,nanti kau sakit,nda aku mau melawat kau.

Panda: Tapi ada bos aku,aku masih nda biasa.

Aku : aku nda mau melawat ko di hospital membawa bakul buah-buahan

Panda: Tak payahlah kau bawa buah-buahan,kau bawa kfc ja untuk aku hihihi.

Aku :  Pandailah kau sana,hahaha. Ui,mana ko ne?

Panda : di opis aku,dekat dapur sebelah surau. Eh,tempat untuk sembahyang ni.

Aku: Bah,apa lagi? Kau ambil cawan,kencing kat sana,dalam cawan.

Panda: Tampar ko sana buduh!! wakakakaka!!!

Aku: Hehe,betul la bah. Kan ko nda tahan sudah. Kikiki.

Panda: Buduh,aku tampiling ko sana....hahahaha!

Aku :Ko guna 3T. Tarik,tunjuk,tembak. Tapi kalau perempuan konfem target nda berapa tepat macam lelaki.

Panda: Lucah kau ni gila!! Hahahahaha

Aku: Hehehe,yang betullah. Kan ko nda tahan sudah? Dari aku melawat ko di hospital bagus lagi ko kencing di cawan.

Panda: GILA!!!! hahahahaha,buduh kau ne...hahahahaha

Maka perbualan kami berterusan selama 2 minit. Terpaksa censored sebahagian perbualan kami.Akhirnya diakhiri dengan dia pergi tandas jua akhirnya. Aku pula menyambung menikmati hidup di tempat kerja.

Sebahagian perbualan ini diubah bagi tujuan hiburan semata-mata. Karakter sebenar diubah sedikit.

Panduan untuk menjadi teman wanita yang baik

  1. Senyum ketika berjumpa teman lelaki anda. Jangan buat muka masam,nanti dia sangka anda taknak jumpa dia.
  2. Waktu kena marah oleh teman lelaki anda,diam-diam sahaja (lebih-lebih lagi kalau salah sendiri) dan jangan menangis depan dia. Nampak cengeng.
  3. Minta nasihat dengan kawan mengenai perhubungan anda dan teman lelaki anda? Dilarang sama sekali! Anda hanya dibenarkan meluahkan isi hati kepada kawan anda tapi tidak boleh lebih-lebih sampai semuanya jadi salah teman lelaki anda.
  4. Hormati hobi dia. Katalah hobi dia suka main game,jangan merungut dia tidak ter'sms' anda. Gunakan waktu itu untuk anda membuat perkara lain. Dalam erti kata lain,tunggulah dia cari anda.
  5. Jangan mengongkong teman lelaki anda keterlaluan. Nanti dia cari lain,baru tahu. Lepas tu,timbul lagi masalah baru dan konflik emosi yang tak berkesudahan.
  6. Jangan terlalu "control cun" depan teman lelaki anda sampai anda kelihatan plastik ketika bersamanya. Not sexy okay? Jadilah diri anda sendiri.
  7. Walaupun gilakan aktiviti cuci dompet atau nama saintifiknya membeli belah,bawalah kawan-kawan anda. Tak perlu bawa teman lelaki anda kecuali anda mahu dengar dia membebel mengenai pakaian yang anda beli.
  8. Merajuk adalah boleh asalkan jangan melampau. Stress teman lelaki anda memujuk nanti.
  9. Cemburu sikit-sikit,jangan cemburu melampau. Lepas kahwin baru boleh cemburu berabis.
  10. Sentiasa memberi sokongan positif kepada teman lelaki anda dalam apa jua yang dia laku

Sunday, April 10, 2011

kerja-kerja rumah dan aku yang malas tahap gaban

  Beginilah paling simple aku nak ceritakan pasal aku dan membuat kerja-kerja rumah, MALAS (nampak tu aku caps lock perkataan "malas"). Aku ni sebenarnya manja bah dengan kakak-kakak aku especially kakak aku yang number 3 (aku dari 4 orang adik-beradik dan aku adalah anak bongsu ;D). Kalau dalam bab-bab buat kerja rumah macam memasak,mengemas,mencuci kain dan sama waktu dengannya memang aku berharap habis dengan dorang buatkan. Sampai kakak aku yang tua tu komplen sudah dengan tabiat aku yang memang dah ke tahap dangerous level paras kuning (klu paras merah memang bahaya perabis dah tue). Hehehe,biasalah anak bongsu,mau kena kasik manja ;). Aku memang boleh buat kerja-kerja di rumah sebab arwah mama aku kasik biasa aku menolong-nolong membuat kerja-kerja di rumah tapi aku lebih suka kalau kakak aku yang buat. Lencana sekolah aku dulu pun kakak aku yang number 3 tue tolong jahitkan,aku mana tahu menjahit (sebenarnya tahu lepas kena ajar oleh arwah mama aku masa darjah 6 tapi aku lupa cara matikan jahitan macam mana dan jahitan aku langsung nda kemas and I gerenti,70% jahitan aku akan terkoyak semula hahaha)
    Kakak aku yang tua kalau balik kk (dia tinggal kat sandakan) mesti akan suruh aku memasak(atau tolong dia masak sambil belajar),kalau dia datang seoranglah ke sini. Tapi kalau dia datang sekeluarga,maka aku terpaksa meringankan tulang membantunya di dapur kerana pertama,abang ipar aku conquer tv. Kedua,aku mesti bagi contoh yang aku ni masih boleh buat kerja-kerja di dapur kat anak-anak buah aku. Hahaha,begitulah ceritanya. Tapi kalau tiada kakak aku yang tua,maka semua kerja aku tolak sama kakak aku sampai balik-balik kena bising dan juga sampailah dia fed-up mahu bising kat aku. Janganlah pula sangka aku ni tak tahu mengemas,memasak. Aku malas ja bah dan kurang konfiden mahu buat kerja-kerja susah macam memasak (walaupun kakak aku puji aku pandai masak).
   Aku pernah terfikir juga yang aku nda boleh selama-lamanya malas. Kalau kahwin,takkan mau bawa kakak aku tinggal sama-sama pula? Dia pun ada life dia sendiri. Katalah kalau husband mahu makan di rumah,yang sedap-sedap,takkan aku nak cakap "beli ja di kedai" .Mana boleh macam tu kan? Walau bagaimana pun,aku nda juga mengambil inisiatif untuk menjadi lebih rajin,cuma rajin sikit-sikitlah. Lagipun bab memasak di rumah memang kakak aku yang handle,dia tak juga suruh aku masak kecuali masak nasi dan tolong dia di dapur. Kecuali kalau dia super busy,aku memang akan masak tapi atas arahan dia,kalau dia kata "masak sardin" maka aku masak sardin,kalau dia cakap "apa-apa ja lah" maka aku akan masak  ikut suka hati aku.
    Lipat kain? my biggest weakness,walaupun lipatan aku biasa ja tapi aku nda suka lipat kain kecuali terpaksa. Jadi sekarang aku berusaha untuk menggantung baju-baju aku (baju jalan) supaya baju aku nampak tidak berkedut. baju basahan kalau berkedut pun ok ja sebab pakai kat rumah. ::reminder to myself;kena rajin lipat baju::
  Aku nda tahu apa lagi aku mahu cakap. Mungkin kemalasan aku yang terbesar adalah memasak ataupun jahit baju koyak atau lipat kain. Aku rasa lipat kainlah kelemahan aku yang terbesar. Aku kena perbaiki skill lipat kain aku. Oklah,tata ;)

Saturday, April 9, 2011

Mesti berani

   Siapa yang tidak pernah keliru dalam membuat pilihan perjalanan hidup masing-masing? Semua orang pernah begitu,masa kecil nak jadi cikgu tapi bila sudah dewasa jadi supemodel pula. Menyimpang dari apa yang mereka mahu semasa kecil atas beberapa sebab tertentu. Aku tak mahulah senaraikan sebab sesiapa yang baca blog aku ni,mereka yang lebih tahu kenapa sesetengah impian mereka tidak tercapai atau terpesong dari matlamat sebenar mereka.
   Tapi aku bukanlah mahu ceritakan pasal impian aku masa budak-budak dulu sebab aku dah pernah ceritakan dalam blog yang lalu. Aku cuma nak meluahkan perasaan aku terhadap kekeliruan pilihan hidup aku ni. Aku sedar yang aku ni semakin tua tapi aku masih belum membuat keputusan apa yang aku mahu di masa hadapan. Entahlah sama ada aku ni nda suka fikir pasal masa depan atau aku ni memang tiada masa depan. Semua orang ada hak untuk menentukan perjalanan hidup mereka. Aku pula? Penakut untuk menentukan apa yang aku mahu demi kebaikan aku. Masa semakin suntuk tapi aku masih belum mempunyai keberanian untuk maju ke hadapan.
   Walau bagaimanapun,aku perlahan-lahan untuk memberanikan diri. Yalah sampai bila aku nak takut kan? Aku nak yang terbaik untuk masa depan aku. Mahu ada rumah sendiri dan kereta sendiri. Mahu ada keluarga yang bahagia. Aku nda mahu bila aku sudah tua,dah pencen aku masih merungut. Bukanlah aku merungut aku tiada duit,itu buat apa? Rezeki Allah yang bagi,redha ja lah. Maksud aku merungut macam melihat orang lain lagi maju dari aku sedangkan aku masih di peringkat bawah,semua yang aku lakukan cukup-cukup makan. Itu yang aku tidak mahu. Aku kalau boleh ingin membuat sesuatu yang mampu membanggakan aku,barulah cool~~.
   Sudah siap membebel,mari makan aiskrim. hehe,bye.

Thursday, April 7, 2011

e-mail,e-mail hohoho

  E-mail penting dalam melaksanakan urusan-urusan dalam internet,seperti contoh untuk buat facebook kena ada e-mail,buat blog(hehehe,macam aku sekarang ne) kena ada e-mail,twitter,myspace,friendste,bebo dan sewaktu dengannya juga kena ada e-mail. E-mail juga digunakan untuk menghantar assignment kepada lecturer. Walaupun e-mail ni orang tak peduli dah disebabkan ada fb,lagi senang nak connect lar dikatakan tapi kalau nak buat fb kena ada e-mail kan? Jadi e-mail masih lagi memainkan peranan penting. Facebook dah ada e-mail sendiri tapi aku tak tahu macam mana nak guna huhuhu. Ok,pedulikan part itu,aku nak jump terus ke main point aku.
  Aku sekarang ne ada 3 e-mail. Hotmail,yahoo dan gmail. Dulu aku masa mula-mula kenal internet,aku guna e-mail hotmail. Kenapa aku guna hotmail? sebab homepage aku dulu msn,tue pasal aku guna hotmail. Kalau homepage aku yahoo ke atau google memang aku akan guna mana-mana available time tue. Lepas aku buat hotmail terus aku buat friendster,sebab masa aku sekolah dulu,friendster tue kegilaan sebelum facebook menjadi gergasi social network(ok,aku rasa ayat aku disini skema). Sekarang ne aku tak pakai lagi hotmail,aku nak delete e-mail aku tue tapi boleh delete ke? Takpa nanti aku kaji dan siasat hehehe.
   Yahoo mail dibuat masa aku form 6 bawah. Masa tu ym atau nama skemanya yahoo messenger famous. Kawan aku sorang tue(nama tidak didedahkan) menggalakkan aku membuat ym supaya lebih senang chat dari guna msn. Dialah juga menggalakkan aku tukar number aku dari Maxis pi Digi tapi okaylah tue,ramai orang aku kenal pakai Digi. Yahoo nilah yang menyebabkan aku kurang melawat hotmail aku. Start akaun fb pakai yahoo mail(sekarang ne tukar pergi gmail). Walaupun aku nda berapa sudah melawat hotmail tapi kadang-kala aku tengok juga sebab akaun twitter,youtube dan formspring aku kat situ. Faham-fahamlah kan fb ne,tak check mail seminggu boleh penuh sampai seribu mail dalam inbox.
   Aku dah delete akaun twitter aku,youtube aku rasa tiada sudah dan formspring berhabuk dah. Jadi macam hotmail aku tue sunyi dari kedatangan sebarang e-mail. Yahoo pula sejak aku pindahkan fb pergi gmail,memang sunyi berabis. Ym pun digunakan untuk berchat dengan member(terutama sekali boyfriend aku tapi kami jarang chat sudah guna ym) tapi tak lama lagi aku nak delete lar. Mungkin buat satu e-mail baru untuk urusan rasmi dan bukan untuk social network. Hehehe,aku mana ada ramai kawan mau chat guna ym kecuali boyfriend aku ja. Kawan aku galakkan aku pakai skype tapi aku malas nak install-install ne(hambik ko aku buat kata ganda perkataan install tue).
  Sekarang ni aku pakai gmail untuk facebook dan blogspot sahaja. Buat masa inilah. Mungkin nak buat twitter lagi kembali semata-mata nak follow twitter paris hilton. Hahaha,ndalah,cukuplah ni. Malas aku nak jaga maintenance social network ni. Nanti aku sibuk melayan internet sampai terlupa mesej boyfriend aku "dah makan ke belum?" (contohlah) tentu dia akan merasa kurang kasih sayang hahahaha....kelakar pula aku tulis benda-benda cheesy begini.
   Ok,tadi aku tanya kakak aku kalau dapat delete e-mail,dia kata boleh jadi niat suci murni aku akan diteruskan juga. Bye,mau makan malam dulu,jam dah setengah jam lagi 10 malam (pepandai lar mengagak ye) kekeke ;D

Wednesday, April 6, 2011

Kawan lama aku masa zaman sekolah

  Best facebook ni tau,kecil dunia ni rasanya bila dapat menghubungi semula kawan-kawan lama terutama sekali yang telah lama tidak berjumpa. Itu yang membuatkan aku bersemangat untuk bertanya khabar mereka yang lazimnya sedang sambung belajar atau dapat kerja bagus. Huhuhu...
  Semalam as I go through homepage facebook aku,aku ternampak satu nama yang agak familiar. It does ring the bell,sekalinya aku tengok profile itu (maaf nama kawan aku disembunyikan atas sebab tertentu) memang betullah kawan aku itu. Kami lama dah tak jumpa sejak dia kembali ke Indonesia(dia tinggal kat sini lama dah,pastu dia pindah pergi Indonesia). Aku pernah berjanji dengan diri sendiri akan kumpul duit banyak-banyak pastu melawat dia disana tapi masih lagi belum termakbul hajat aku. 
  Dia sangat baik dengan aku. Selalu menolong aku ketika dalam kesusahan. Macam contoh masa aku tingkatan dua,aku terlupa membawa baju PJ padahal ada latihan merentas desa petang tu,dia pinjamkan aku bajunya. Itu merupakan sedikit daripada pertolongannya. Sebenarnya banyak lagi,dia pernah tolong aku study especially subject maths..bla3. Memang banyak sangatlah pertolongan dia.
  Jujurnyalah bila kami bercerita di fb,aku nda biasa dia berbahasa indonesia dengan aku (dia ada campur2 dengan bahasa malaysia). Tapi aku tak kesah,janji aku dapat bicara dengan teman lama aku (macam ada bunyi bahasa indonesia ckit2 kan?)
   Aku harap satu hari nanti aku dapat berjumpa berdepan dengan dia. Semoga kami panjang umur dan murah rezeki. =)

Dialog iblis(alaihi laknat) dengan Rasullah S.A.W -bahagian ketiga-

Soalan Rasullah yang kesebelas
Siapa yang serupa dengan engkau?

Jawapan iblis
Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam.

Soalan Rasullah yang keduabelas
Siapa yang mencahayakan muka engkau?

Jawapan iblis
Orang yang berdosa,bersumpah bohong ,saksi palsu dan pemungkir janji.

Soalan Rasullah yang ketigabelas
Apakah rahsia engkau kepada umatku?

Jawapan iblis
Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan,maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari.

Soalan Rasullah yang keempatbelas
Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau?

Jawapan iblis
Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan,maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya,dan bercampurlah benih hamba dengan benih isteriny. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaaan maksiat,malas pada kebaikan,durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah,hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan,tiadalah rasa kenyang

Soalan Rasullah yang kelimabelas
Dengan jalan apa yang boleh menolak tipu daya engkau?

Jawapan iblis
Jika dia berbuat dosa,maka dia kembali bertaubat kepada Allah,menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang,maka padamlah marahnya.

Soalan Rasullah yang keenambelas
Siapakah orang yang paling kau suka?

Jawapan iblis
Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur bulu atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah hamba mengecilkan diri,bersarang,bergantung,berbuai seperti pijat pada bulu itu.

Soalan Rasullah yang ketujuhbelas
Hai iblis! Siapakah saudara engkau?

Jawapan iblis
Orang yang tidur meniarap,orang yang matanya celik di waktu subuh tapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikianlah jua pada waktu zohor,asar,maghrib dan isyak,hamba beratkan hatinya untuk solat.

Soalan Rasullah yang kelapanbelas
Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?

Jawapan iblis
Orang yang banyak menyebut nama Allah,bersedekah dengan tidak diketahui orang,banyak bertaubat,banyak tadarus al-quran dan solat tengah malam.

Soalan Rasullan yang kesembilanbelas
Hai iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?

Jawapan iblis
Orang yang duduk dalam masjid serta beriktikaf didalamnya.

Soalan Rasullah yang keduapuluh
Apa lagi yang memecahkan mata engkau?

Jawapan iblis
Orang yang taat kepada kedua ibu bapanya,mendengar kata mereka,membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup,kerana tuan telah bersabda, "syurga dibawah tapak kaki ibu'.

-tamat-

Dialog iblis(alaihi laknat) dengan Rasullah S.A.W -bahagian kedua-

Soalan Rasullah yang keenam
Jika umatku membaca al-quran kerana Allah,apalah rasa engkau?

Jawapan iblis
Jika mereka membaca al-quran kerana Allah,maka terbakarlah tubuh hamba,putu-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya.

Soalan Rasullah yang ketujuh
Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah,bagaimana rasa engkau?

Jawapan iblis
Binasalah diri hamba,gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya.

Soalan Rasullah yang kelapan
Jika umatku berpuasa kerana Allah,bagaimana hal engkau?

Jawapan iblis
Ya Rasullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan,maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi,bahkan sekalian malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hati hamnba ialah segala isi langit dan bumi; yakni malaikat,bulan,bintang,burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala pintu syurga dibuka seluas-luasnya,serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa,dengan perintah Allah datanglah sekalian malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin,syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak menganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tangah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa.

Soalan Rasullah yang kesembilan
Hai iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?

Jawapan iblis
Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar-besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit,jika kamu mengikut mereka,maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi,hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar,maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan telah berkahwin dengan anaknya Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz hadis tuan. Saidina Umar al-khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya,maka gementarlah segala sendi tuan hamba kerana sangat takut. "Jikalau adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar al-Faruq. Saidina Usman al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir,kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran . Dia penghulu orang yang sabar,penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya,banyak malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan "barang siapa yang membaca bismillahhirrahmannirahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah,nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid." Saidina Ali bin Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang,tetapi sangat bersopan dan alim orangnya. Jika iblis,syaitan dan jin memandang beliau,maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama yang memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepala kepada sebarang berhala. Digelar "Ali Karammullahu wajhu"-dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga "harimau Allah" dan tuan hamba sendiri berkata "akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya." Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan,lagila hamba ngeri kepadanya.

Soalan Rasullah yang kesepuluh
Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku?

Jawapan iblis
Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dan langit yang menghidupkan segala tumbuhan iatu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan larangan-Nya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat". Yang kedua umat tuan seperti tanah,iaitu orang yang sabar,syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh,tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya,hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak menuntut ilmu,tiada masa beramal ibadat,tidak hendak mengeluarkan zakatnya,miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya,maka dilupakan beramal,tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dalam istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak,dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut harta dunia,cakap besar sesama Islam,benci dan menghina kepada yang miskin,membelanjakan hartanya untuk ke jalan maksiat,tempat judi dan perempuan lacur

-akan bersambung-

Tuesday, April 5, 2011

Dialog iblis(alahi laknat) dengan Rasullah S.A.W -bahagian pertama-

Allah S.W.T telah memerintahkan seorang malaikat berjumpa iblis supaya dia berjumpa dengan Rasullah S.A.W untuk memberitahu segala rahsianya; sama ada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah meninggikan darjat Nabi Muhammad S.A.W dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Soalan Rasullah yang pertama
"Hai iblis! Siapa yang sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?

Jawapan iblis
Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini. Ya,Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekalian manusia,binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya,kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan,maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir,murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekalian umat Islam dari jalan yang benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba.

Soalan Rasullah yang kedua
Hai iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah?

Jawapan iblis
Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya,sesetengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang,leka dengan makan minum,berbuat durhaka,hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas,perak dan permata,rumahnya,tanahnya,ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situlah hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal,fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar,datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka,terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu,peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat,hamba akan galang mereka supaya menangguhkannya.  Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya,datanglah rasa riak,takbur,megah,sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya,mereka akan gemar berdusta,mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat.

Soalan Rasullah yang ketiga
Hai iblis! Mengapakah engkau bersusah-payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambah laknat yang besar serta siksa yang paling besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau?Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberikan kekuatan anggota badan engkau?

Jawapan iblis
Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan yang maha besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua sekelian malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah S.W.T hendak menjadikan seorang khalifah di dunia ini,maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta seorang lelaki(Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian malaikat memberi hormat kepada lelaki itu,kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri(Siti Hawa) yang memerintah sekalian bidadari. Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah khuldi,lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah(di padang Arafah),hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia,hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir saja ke dunia ini,maka hamba tidak dibenarkan Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik,maka malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba menjalankan tugas hasutan.

Soalan Rasullah yang keempat
Hai iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?

Jawapan iblis
Pertama sekali hamba palingkan iktikad imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan,perkataan,kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga,hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba.

Soalan Rasullah yang kelima
Hai iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah,bagaimana hal engkau?

Jawapan iblis
Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia,pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang,was-was,terlupa bilangan rakaatnya,bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya,sentiasa hendak cepat habis solat hilangkan khusyuknya-matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan,telinganya sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak sujud lama-lama,penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang,itu semua membawa kepada kurang pahala. Jika para iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu,maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman.

akan bersambung...

Sunday, April 3, 2011

dah 21 tahun aku hidup ni...

  Waaa,tinggal beberapa jam lagi jam 12 malam,4 april and then happy birthday to me,21st bday. Tapi tiada sambutan besar-besaran cuma muhasabah diri saja tahun ni sebab aku dah tua(hey,it is never too late to celebrate your birthday okay?). Walau bagaimanapun pemberian hadiah adalah amat dialu-alukan dan juga wishes happy birthday bagi membuktikan aku bukan keseorangan. Hahaha,patheatic me. Aku menjangkakan akan ramai orang wish aku happy birthday di facebook aku. Sekarang aku baru sedar yang aku cuma mempunyai kawan-kawan facebook. Kawan-kawan dalam real life,semuanya sibuk dan aku tidak mencari kawan baru. Hmm,nanti jalah cari kawan baru tue,bukan susah juga,ringankan mulut aje jangan pendiam sangat macam ada emas dalam mulut. Mehehe,merepek sudah aku ni.
  Sekarang sudah genap setahun perhubungan aku dengan boyfriend aku. Aku makin rapat dengan kakak aku dan juga aku rasa aku perlukan krim anti-kedut sebab aku nampak tua dari usia sebenar (seriously,okay). Aku rasa walaupun aku solo-solo dan kurang kawan rapat,aku okay ja. Yalah,mesti rasa kesunyian juga tapi apa boleh buat? Orang kalau kita senang,baru dicari. Kalau susah? Merangkak perlahan-lahan pun tidak dipedulikan. Ntah-ntah kena tendang jauh-jauh. Aku juga pandai sudah atur bajet aku (bangga dengan diri sendiri). Hehehe,demi masa depan bah ni juga. Hmm,banyak lagi benda nak accomplish but gotta do it one steps at a time.
  Memandangkan aku dah 21 tahun,aku harus think positive dalam kehidupan dan bagi sedikit ruang untuk berfikiran negatif. Jangan terlalu ikut kata hati sebaliknya fikir betul-betul akan tindakan sendiri. Tidak boleh selalu mengiyakan,bagi sedikit ruang untuk memberontak(jangan pula melampau memberontak tu). Hahaha,mungkin aku boleh jadi self-help guru dengan nasihat aku berikan kepada diri-sendiri ataupun jadi upline bisnes MLM(multi level marketing). Wooo!!!! Palis2(simpang malaikat 44) aku join bisnes itu. Huhuhu.
  Oklah,enough blabbering. Aku nak akhiri blog ni dengan wish "happy 21st birthday to me". =D

Saturday, April 2, 2011

Kebenaran yang menyakitkan : french fries



Say no more,watch this video by yourself. Terus rasa lain ni bila tahu kebenarannya dan berfikir adakah masih benda ni dalam perut???? Mcdonald,please don't sue me,I just found out this video few days ago under the name mcdonald foods:the truth. Tapi aku masih lagi sayangkan Big Mac cuma aku tak nak french fries dia saja. Huhu...