Wednesday, April 6, 2011

Dialog iblis(alaihi laknat) dengan Rasullah S.A.W -bahagian kedua-

Soalan Rasullah yang keenam
Jika umatku membaca al-quran kerana Allah,apalah rasa engkau?

Jawapan iblis
Jika mereka membaca al-quran kerana Allah,maka terbakarlah tubuh hamba,putu-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya.

Soalan Rasullah yang ketujuh
Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah,bagaimana rasa engkau?

Jawapan iblis
Binasalah diri hamba,gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya.

Soalan Rasullah yang kelapan
Jika umatku berpuasa kerana Allah,bagaimana hal engkau?

Jawapan iblis
Ya Rasullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan,maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi,bahkan sekalian malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hati hamnba ialah segala isi langit dan bumi; yakni malaikat,bulan,bintang,burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala pintu syurga dibuka seluas-luasnya,serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa,dengan perintah Allah datanglah sekalian malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin,syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak menganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tangah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa.

Soalan Rasullah yang kesembilan
Hai iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?

Jawapan iblis
Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar-besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit,jika kamu mengikut mereka,maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi,hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar,maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan telah berkahwin dengan anaknya Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz hadis tuan. Saidina Umar al-khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya,maka gementarlah segala sendi tuan hamba kerana sangat takut. "Jikalau adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar al-Faruq. Saidina Usman al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir,kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran . Dia penghulu orang yang sabar,penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya,banyak malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan "barang siapa yang membaca bismillahhirrahmannirahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah,nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid." Saidina Ali bin Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang,tetapi sangat bersopan dan alim orangnya. Jika iblis,syaitan dan jin memandang beliau,maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama yang memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepala kepada sebarang berhala. Digelar "Ali Karammullahu wajhu"-dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga "harimau Allah" dan tuan hamba sendiri berkata "akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya." Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan,lagila hamba ngeri kepadanya.

Soalan Rasullah yang kesepuluh
Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku?

Jawapan iblis
Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dan langit yang menghidupkan segala tumbuhan iatu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan larangan-Nya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat". Yang kedua umat tuan seperti tanah,iaitu orang yang sabar,syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh,tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya,hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak menuntut ilmu,tiada masa beramal ibadat,tidak hendak mengeluarkan zakatnya,miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya,maka dilupakan beramal,tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dalam istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak,dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut harta dunia,cakap besar sesama Islam,benci dan menghina kepada yang miskin,membelanjakan hartanya untuk ke jalan maksiat,tempat judi dan perempuan lacur

-akan bersambung-

No comments:

Post a Comment