Monday, April 25, 2011

Aku ingin menjadi teman setiamu (part 1)

  Dari pandangan mata turun ke hati,lahirlah sebuah perasaan cinta. Rasa cintaku padamu adalah sebuah rahsia yang hanya diketahui olehku.  Walaupun pada suatu hari nanti jika aku dapat meluahkan perasaan aku ini kepadamu dan kamu tidak menerima luahan hati ini,biarkanlah aku mencintai kamu senyap-senyap.
   Nazihah menutup buku diarinya. Dia menulis perenggan tersebut khas untuk seseorang yang istimewa di dalam hatinya. Seseorang yang dia suka sejak hari pertama dia melihatnya. Dia menyimpan buku diarinya dalam sebuah peti kecil yang diletakkan di bawah katilnya. Diarinyalah penyimpan setia rahsia-rahsianya. Kemudian dia bangun dari katil dan berjalan menuju ke arah suis lampu dan memadamnya,lalu pergi berjalan balik ke katilnya dan berbaring sehingga matanya terlelap.
                                         **********************************************
   "Jiha,pinjamkan aku buku maths kau,aku belum siap lagi 2 soalan terakhir ni,nanti mampus aku oleh cikgu Wong," Aryana mematikan lamunan awal pagi Nazihah. Aryana merupakan kawan baik Nazihah sejak dari tadika,tambahan lagi mereka jiran sebelah rumah jadi persahabatan mereka akrab seperti adik beradik.  Nazihah bertanya "kau nak tiru ke atau minta tolong aku tunjukkan jalan kerja?," Aryana tersengih-sengih sambil berkata "nak tiru,boleh tak?" Nazihah menggelengkan kepalanya "no way,sini aku tunjukkan kau how it is done," Aryana sengaja menyepetkan matanya "taknaklah,lambat lagi kau tunjukkan jalan kerja,nak siap cepat-cepat," Nazihah berkata "itulah semalam aku tanya kau dah siap maths kau sibuk main playstation dengan Adi,sekarang ni baru terhegeh-hegeh," Aryana memberikan alasan "ala,aku fikir aku dapatlah siapkan maths lepas main playstation tapi rupanya inspirasi pun tak ada," Nazihah ketawa kecil,Aryana menyambung lagi "lagipun si Adi tu kesian aku tengok tiada kawan main game,aku pun temankanlah," kali ni dengan wajah tersengih-sengih. Nazihah senyum sahaja lalu berkata "Ada saja alasan kau ni,aku tahu kau jeles tengok adik aku si Adi main game tembak-tembak," Aryana ketawa. 
    Tiba-tiba satu suara mengejutkan mereka dari belakang,Nazihah terkejut lepas dia menyerahkan buku latihan maths kepada Aryana. Aryana pun turut terkejut dan mereka sama-sama mengalihkan pandangan ke belakang. Rupanya Fadhil,pengawas sekolah yang merupakan rakan kelas mereka. Dia suka mengusik Aryana dari mereka tingkatan satu sehinggalah ke tingkatan empat. Kebetulan pula mereka berada di kelas yang sama dari empat tahun yang lalu sedangkan Nazihah tidak berada di kelas yang sama dengan Aryana waktu tingkatan dua dan tiga.
       "Oh,kau nak meniru ya? Bagitahu cikgu," Fadhil mengusik Aryana
       "Eleh,dengkilah tu orang nak meniru,blekk," Aryana menjelir lidah dan membuat mimik muka menyampah. Fadhil ketawa dan menjawab "buat apa nak dengki dengan orang yang malas,baik aku dengki dengan kucing," Aryana membalas "jadilah kucing kalau dengki dengan kucing," sambil menjeling. Aryana malas bercakap dengan Fadhil,ada sahaja mereka gaduhkan. "aik cik kak? tak baik menjeling,nanti juling," Fadhil tersengih-sengih. Aryana geram lalu mengejek "Cik Fadhil-la,pergilah bertugas ya,jangan nak kacau-kacau orang di pagi yang mulia ni," Fadhil membalas kembali "yalah encik aryan," kemudian Aryana mencubit lengan Fadhil. Fadhil menjerit kesakitan "ni semutkah atau ketam ni?," Aryana menjawab selamba "dua-dua,nak rasa yang kala jengking lagi?," Fadhil menolak "hey,tak payah,tak payah,ganas betul awak ni," Nazihah melihat telatah mereka dan tersenyum,dia dapat rasakan yang Aryana dan Fadhil saling menyukai tetapi mereka tidak mengaku akan perasaan mereka,masing-masing ego untuk meluahkan perasaan.
    Nazihah berkata kepada Aryana setelah Fadhil berlalu pergi "jomlah kita bersiap,nak pergi perhimpunan ni," Aryana mengeluh "nilah sebab aku tak suka pergi sekolah hari Isnin,mesti ada perhimpunan,boringlah dengar Madam Clara berucap," Nazihah memujuk "sabarlah,nanti ada satu tahun lagi persekolahan,lepas tu tiada sudah perhimpunan," Aryana ketawa,dia suka mendengar lawak Nazihah walaupun ada sesetengah orang tidak faham akan lawak Nazihah itu.
   Ketika mereka berjalan menuju ke dewan sekolah,Nazihah ternampak seorang pelajar lelaki berjalan melepasi mereka bersama teman-temannya. Hatinya berdebar-debar ketika dia nampak akan pelajar lelaki itu,secara tidak sengaja dia tersebut nama pelajar lelaki tersebut dengan perlahan tapi mampu didengari oleh Aryana.
      "Taufik,"
Aryana memandang Nazihah lalu memandang Taufik yang sudah berjalan jauh di hadapan. Nazihah terkejut dengan kelakuannya sebentar tadi sera-merta beristighfar. Dia tak sangka dia tersebut nama Taufik,lelaki yang berjaya menawan hatinya di kala dia mengatakan tidak kepada perasaan cinta sewaktu masa persekolahan. Aryana bertanya "Taufik tu boleh tahankan?," sambil dia tersenyum. Nazihah menjawab "ya,tapi dia sudah mempunyai teman wanita," Aryana berkata dengan suara yang perlahan dan berharap tiada siapa yang mendengarnya "Fatin? tolonglah Jiha,aku dengar dia tu playgirl," Nazihah memukul bahu Aryana tapi perlahan "tak baik kau kata dia begitu,dosa tau kalau tak betul," Nazihah sebenarnya tahu akan perangai Fatin,teman wanita Taufik kerana dia pernah ternampak Fatin berjalan dengan lelaki lain,tetapi Nazihah cuba bersangka baik dengan menganggap lelaki yang berjalan bersama dengan Fatin merupakan sepupu walaupun mereka berjalan berpegangan tangan.
    "yang benar sih," Aryana mengajuk bahasa indonesia yang dipelajarinya dari menonton sinetron setiap petang.
    "yana~~~," Nazihah memberi isyarat agar Aryana jangan bercakap lagi,bimbang kalau-kalau didengari oleh Fatin atau gengnya.

-akan bersambung-
      

No comments:

Post a Comment