Thursday, November 3, 2011

hari pertama bekerja

  Hari ni hari pertama aku bekerja di Shang-ri la Tanjung aru hotel di bahagian housekeeping(florist). Hahaha,ketawakanlah aku kerana berurusan dengan bunga-bungaan tap sebenarnya aku amat enjoy dengan kerja ni. Kerja tadi sibuk sampai tak sedar masa balik jam 5 petang.

  Eh,macam mana aku dapat kerja ni? Bacalah Pengembaraan ke beach hotel menghantar borang kerja sambilan.  Hari Isnin pada 31hb Oktober 2011,jam 6 petang aku kena interview. Interview aku macam biasalah,kena tanya-tanya. Lepas tu gubah bunga untuk room. Aku bilang dalam hati "aisehmen,macam mana ni? seumur hidup aku,haram aku menggubah bunga,last time gubah time ada mama,itupun dia yang terpaksa gubah sebab anaknya tiada daya kreativiti yang cukup tinggi. kesian," tapi aku paksa diri aku,lagipun aku ingin mencuba sesuatu yang baru,bila dah mahir,itulah masanya aku kena mencari kerja baru. Walaupun hodoh,tapi aku telah diterima masuk kerja,sebab dorang cakap skill boleh belajar.

  Kerja lama aku menjaga kedai di wisma perkeso tanjung aru? Aku dah berhenti dah pada hari Isnin tu,hehehe. Sebab aku berhenti adalah pasal aku dah kerja kat sana setahun lebih dan memang berniat nak mencari pengalaman baru dan gaji besar sikit. Tapi sebenarnya sebelum aku dapat part time housekeeping ni,aku berfikir juga macam mana nak cari kerja sebab tiada cerita selepas sebulan aku hantar borang ni. Tiba-tiba ja masa aku layan blues di tengah hari yang mulia itu,kena call suruh datang interview lepas kerja. Berbunga-bunga hati aku masa tu. Hehe,padahal baru lepas gaduh dengan boyfriend.

   Aku tahu aku lambat pick up tapi aku janji aku akan master gubahan bunga ni dalam masa seminggu. Sekarang aku tengah menghafal nombor-nombor bilik untuk hantar bunga. Oh,susahnya namun aku yakin aku boleh buat. Tanamkan sikap positif. Hahaha. Tadi berabis aku memasukkan daun kelapa dalam vase,daun kelapa tu untuk simpan bunga,cantik ni. Maksud aku kalau bos aku buat,kalau aku buat,aduh,aku yang sesak menengok.

  Kakak aku cakap nasib aku amat baik. Lepas berhenti kerja,terus dapat kerja baru. Bersyukurlah aku tak payah susah-susah dalam sebulan ni aku jalan-jalan cari kerja sama buat resume. Huhuhu. Walau bagaimanapun aku tak plan nak stay lama sangat dalam bidang kerja perhotelan ni. Selepas aku mahir dalam bidang kerja ni,aku akan pindah tempat lainlah,mengumpul pengalaman baru. Mentang-mentanglah aku malas nak sambung belajar sudah.

  Sebenarnya aku memang ada plan nak sambung belajar tapi aku nak tangguhkan dulu,aku nak kahwin baru study. Ya,aturan hidup aku terbalik. Sepatutnya belajar dulu baru kahwin tapi ni kahwin dulu baru belajar. Well,aku kerja kumpul duit kahwin dan belajar. Ok,yang part kahwin tu,aku dan boyfriend aku sama-sama kumpul duit. Part belajar,aku kumpul sendiri. Mungkin ambil course yang senang-senang sahaja. Bekerja sambil belajarlah,nanti tak ada duit aku untuk membayar yuran belajar.

   Life's getting better because we know we can achieve the good life. :)

No comments:

Post a Comment