Tajuk ja gempak tapi sebenarnya biasa-biasa ja. Tadi pada jam 3 petang aku turun ke beach hotel untuk menghantar borang part time job di beach hotel di pantai tanjung aru. Aku sebenarnya nak pakai bus pergi sana sebab jauh dan penat berjalan kaki. Jarak rumah aku kampung tanjung aru lama ke pantai tanjung aru sejauh 2.8km. Hui,mau 3km! Tapi sekali tiada bus,mengalahlah aku lalu aku berjalan kaki perlahan-lahan ke sana. Dengki ni tengok orang drive kereta pergi ke pantai manakala aku pula kepenatan berjalan kaki.
Setelah aku sampai di pantai Tanjung aru,aku pakai jalan pantai sebab pavement walk to beach hotel sunyi-sepi. Aku lagi perempuan jadi aku taknak ambil risiko terlalu besar sebab aku berjalan sendiri pun sudah boyfriend aku risau berabis. Macam-macam aku nampak masa aku berjalan di jalan pantai tadi. Ada orang main bola sepak pantai,main layang-layang,try surfing konon,member dan family jalan-jalan,kapel dating bawah pokok sambil duduk kat atas tikar dan banyak lagi. Aku suka tengok orang main layang-layang tadi dan aku pun nak main layang-layang juga. Seumur hidup aku tak pernah main layang-layang sebab mak bapa aku tak suruh main di luar rumah,bercampur dengan budak-budak kat tempat tinggal aku.
Sampai sudah di beach hotel,aku pun pergi tanya pengawal di pondok pengawal mana nak hantar borang part time yang dah sebulan aku isi tapi belum hantar-hantar lagi. Lalu dia menunjukkan bangunan kecil yang tidak jauh dari pondok itu,orang-orang yang duduk di tempat itu memakai baju uniform berwarna biru. Aku pun buat muka innocent yang sememangnya innocent(eceh!) menghantar borang itu tersipu-sipu. Padahal nervous gila menghantar tu borang dan aku tak tahu kenapa. Lepas aku hantar borang itu di sana,aku kira nak pakai shortcut dari belakang hotel(kakak aku pernah tunjuk dulu) lepas tu masuk ke kampung tanjung aru baru,jadi jaraknya dekat sikitlah. Tapi masalahnya aku lupa di mana dan aku takut sesat jadi nda jadi guna shortcut tu,aku pun guna jalan besar tadi.
Aku singgah pergi ke pekan tanjung aru,makan di restoran kfc orang bisu dan pekak. Maksud aku pekerja-pekerjanya yang bisu dan pekak. Kepingin aku mahu makan,kalau aku tahan-tahan keinginan aku nanti jadi kepunan jadi aku ikutlah nafsu serakah aku membaham kfc. Makan pun sorang-sorang,macam forever alone je. Lepas habis makan,aku pun keluar dari kfc,balik rumah dan tulis blog. Lepas ni aku nak mengemas bilik kakak aku,dia bilang ada upah. Tersengih-sengih dalam hati tadi pagi bila dia minta tolong aku kemas bilik sambil berkata "ada upah untuk kau nanti." Ok.dah habis cerita. Aku nak buat spring cleaning dulu di bilik kakak aku. Babai everebadeh!

No comments:
Post a Comment