My darkest secret ever is eating a pen. Hahaha...macam bohong tapi betul. Bak kata aku apabila mendengar kakak cleaner cerita pasal kehadiran pocong di hotel tabung haji,sembulan KK,"no,no,no...dustaaa," Sebenarnya aku tak makan pen,aku tulis pakai pen. Masa aku kat zaman persekolahan dulu,aku rajin mengarang tapi aku tengok macam tak logik je cerita aku lalu aku tidak menghantarnya kemana-mana syarikat akhbar yang menayangkan cerpen-cerpen dihantar oleh penulis bebas atau orang awam. Lepas tu aku jumpa passion aku writing poem ataupun puisi dalam bahasa inggeris. Best tulis poem ni,lagi-lagi mencari perkataan yang sama rhythm. Kalau aku pandai lagi main alat-alat muzik macam gitar atau piano,dah lama aku compose lagu,mungkin jadi macam taylor swift,ke$ha dan jessie j. Tapi aku tengok industri hiburan malaysia ni nampak suram terutama sekali industri nyanyian. Agaknya belum tentu mereka akan terima penulis lirik naik pangkat jadi penyanyi. Oh,ya aku langsung tak pandai menyanyi tapi aku tau hum rhythm yang sesuai dengan poem aku. Hum dalam bahasa melayu senandung. senandung maksudnya-sila tengok kamus dewan bahasa dan pustaka jilid ke-8 kerana aku tidak mempunyai kamus disebelah aku sekarang.
Back to the makan pen story. Aku suka menulis,aku suka share my thoughts dalam sebuah kertas atau dalam sebuah buku tulis. Bagi aku menulis adalah sebuah therapy kesihatan bagi orang yang suka memendam perasaan. Lepas tulis,perap luahan hati yang dah tertulis selama 2,3 tahun dan ketawakanlah masa lalu. Ataupun paling singkat dalam masa beberapa bulan. Masa aku jumpa diari aku masa sekolah menengah,aku ketawa dan malu-malu sendiri membaca. Ada juga buat aku geram. Macam-macam feelinglah. Bak kata orang puteh "you are the author of your own story". Sekarang aku masih menulis diari cuma tak rajin macam dulu-dulu sebab hormon remaja perempuan dah stabil jadi wanita. Sekarang aku banyak menulis poem bagi menyampaikan ekspresi aku. Ada terus-terang,ada pula berlapik. Part berlapik tu aku memang sengaja,biar aku saja yang tau. Hehehe.
Masa aku beli pen di sebuah kedai dekat rumah aku,aku beli mau dekat 10 batang pen. Cashier tu hairan kenapa aku beli pen banyak-banyak. Dia tanya pen cepat rosak ke?(mungkin dengan niat untuk menyindir atau ingin tahu,kita harus bersangka baik) Aku cakaplah dengan muka innocent,aku kata aku beli pen banyak-banyak pasal orang pesan. Dia pun berkata "oh". Jawapan aku paling suka dengar pada masa itu. Aku takut sudah jika aku mempunyai penyakit hoarding kerana membeli barang terlalu banyak masa tu tapi selepas aku membeli pen secara pukal,aku taknak beli pen lagi. Bersyukur aku kalau tak,masuk rancangan hoarders di channel 731(andai ada rancangan sebegitu di malaysia). Lepas tu aku pun menulis dengan gembira. Tulis cerpen dan poem,kebanyakannya adalah poem membuatkan hatiku senang dapat menyuarakan luahan hati yang sering diluahkan separuh hati kalau bercakap dengan kawan rapat atau kakak sendiri. Entah kenapa aku buat begitu,macam lebih kurang selesa bercakap pasal masalah aku depan orang. Kalau menulis,macam-macam emosi keluar. Time marah,kreatif betul aku menyimpan perkataan-perkataan kasar di setiap ayat.
Kenapa aku kegatalan nak berblogging juga kalau sudah suka menulis di kertas? Sebab aku suka baca blog orang dan memudahkan aku menjadi follower blog-blog mereka. Selain itu,aku juga ingin share thoughts aku di dunia internet yang menjadi playground aku sejak tahun 2007. Aku pernah tulis blog di myspace dulu tapi satu dan dua entry sahaja. Aku pernah juga tulis blog di xanga tapi asyik lupa password menyebabkan aku taknak tulis blog kat situ. Sekarang ni aku pakai blogspot dan inilah satu-satunya blog yang aku rajin update setiap bulan selain facebook(fb update 24-7 sampai muntah). Aku juga post poem aku tak kira dalam bm atau bi dalam blog aku ni.
Malam ni continue aktiviti makan pen. heee xp

No comments:
Post a Comment