Thursday, September 8, 2011

murung.

   Entahlah aku ni kenapa rasa sangat stress hari ni. Bila aku rasa begini,masa aku mencari kawan aku yang paling rapat,pandai pula dia tiada,sibuk. But cannot blame her walaupun hati aku ni asyik cakap "kau marahlah dia,masa kau tengah susah hati,mana dia?," lagipun kawan aku tu ada life,tak macam aku,asyik tension ja memanjang.
 
  Sekarang ni aku rasa malas dan asyik mahu tidur sahaja walaupun tidak mengantuk.

    Dah berapa minggu aku down ya? I think I already lost track of time. Even tarikh hari ni pun aku boleh terlupa. Tumpuan aku ketika melakukan sesuatu pandai hilang-hilang macam line DG yang pandai datang bulan,sms asyik pending saja memanjang. Ok,aku mula mengarut.  Tapi betul,kadang-kadang benda yang senang pun aku boleh lupa nak buat macam mana.

    Rasa macam nak merokok kembali pun ada(tapi tak ada duit) dan nak terjun bangunan juga (tapi takut mati).

    Apakah perasaan aku sekarang ni? Secara jujur perasaan aku bercampur-baur tapi aku akan cuba senaraikan.

  1. Marah
  2. Sunyi
  3. Benci
  4. Putus Asa
  5. Mahu ketawa
  6. Loser
 Tak pasti kenapa aku mempunyai perasaan sebegitu sebenarnya. Perasaan-perasaan yang aku senaraikan ni akan datang secara tiba-tiba. Lepas tu aku akan sakit kepala sekejap dan rasa nak muntah-muntah. Sekarang sakit kepala tu dah tidak berapa lagi menyerang aku cuma aku rasa nak muntah sahaja.Sometimes I do vomit too tapi aku pretend aku pesakit bulimia instead of stress sampai muntah-muntah. Aku rasa lebih baik berpura-pura sebegitu.

  Done with this. Aku harap aku akan pulih dari keadaan murung sebegini. Mungkin aku sekarang tengah berusaha menyesuaikan diri dan this is what they called "dealing with lives." Dulu masa di sekolah menengah lagi teruk,sampai tiga biji panadol aku telan untuk hilangkan sakit kepala dan asyik mahu menangis sahaja walaupun tiada benda mahu disedihkan. Marah tu ada juga tapi aku jenis menahan marah jadi aku luahkan melalui air mata. Lemah sangat aku masa tu sampai berfikir hendak menikam diri dengan pisau potong sayur di rumah. Aku tak nak mati juga time tu,aku cuma mahu melarikan diri. Aku cuba mengelar tangan tapi aku tidak melakukannya kerana aku tidak mahu melihat parut. Walaupun dalam fikiran aku,pain is the way getting through the stress namun ada sahaja menghalang aku dari mencederakan diri sendiri. Satu-satunya cara aku boleh cederakan diri tanpa tinggalkan parut,cuma lebam adalah sparring taekwondo. Tak kisah dibelasah dan membelasah orang,I just wanna let go of my pain.

   Too much secret already spilled. Aku harap orang tak anggap aku sebagai individu yang suka merosakkan diri sendiri. Aku sayang diri aku tapi aku tak tahan dengan hidup aku yang agak kurang berjaya dari rakan-rakan sebaya aku.

No comments:

Post a Comment