Thursday, September 29, 2011

Falling in love by Siti Nurhaliza...well

   Aku baru sedar yang aku tak pernah post lagu-lagu dari Malaysia. Bukan aku tak suka music scene di Malaysia tapi aku lebih suka dengar music dari barat. Korea tu tak berapa sangat kecuali Super Junior(siap pernah kaler kuku dengan warna biru gitu).

  Jadi ceritanya disini,aku baca kosmo online setiap pagi dan aku selalu buka bahagian local dan dunia sahaja. Sekali aku ternampak kat hiburan(aku tak berapa jenguk bahagian hiburan dalam kosmo) pertaruhan siti selama 16 tahun. Blur kambenglah aku,apa yang siti nurhaliza pertaruhkan? Sebagai manusia yang suka ambil tahu akan hal manusia lain,aku clicklah berita dia. Rupa-rupanya dia terbitkan lagu dalam Bahasa Inggeris. Aku tak hairan pun. Biasa je.

  Lalu aku menjenguk youtube dan taip "Siti Nurhaliza" then kuar kat bawah "Siti Nurhaliza falling in love". Aku dengarlah lagu ni,masa aku dengar lagu ni,aku baca ada banyak komen negatif. Cakap sebutan Bahasa Inggeris Siti tak baguslah,bunyi lagu macam irama melayulah,begitulah,beginilah. Aku dengar ok je pun,tak berdarah telinga aku. Ada juga penyokong siti yang suka dengar siti nyanyi lagu inggeris dan ada juga tidak. Komen atas pagar pun ada juga. Tak kata sedap,tak juga kata tak sedap.

   Apalah komen aku pasal lagu Siti Nurhaliza yang terbaru ni?

   Mula aku dengar lagu ni ada macam irama melayu di intro,lirik dia biasa sahaja macam lirik lagu-lagu melayu dia,sebutan dia bagus dan lancar dalam Bahasa Inggeris. Overall from scale 1-10,aku bagi 5.8 sajalah. Biasa-biasa macam lagu-lagu dia berbahasa melayu sebelum ni. FYI,aku bukanlah peminat Siti Nurhaliza jadi skala aku tentulah berbeza dari peminat-peminat Siti Nurhaliza.

   Bagi aku,percubaan dia merakamkan lagu Bahasa Inggeris agak berjaya setelah lama menyanyi lagu dalam bahasa Melayu. Tapi yang aku tak boleh blah bila orang komen dalam youtube,ni mesti peminat tegar dia ni "...Siti cuba mengharumkan nama Malaysia dan bawa ke persada dunia,klu berjaya lepas ni lebih ramai lagi anak muda malaysia boleh mengharumkan nama malaysia. Sekalipun dia Gagal berduet dgn mana2 Artis Antarabangsa, sekurang2nya dia mencuba daripada hanya bercakap sahaja.. Siti memang layak jadi Artis No 1 Malaysia... Siti The best of the best...".-hafsham86-
Takkanlah nak malaysia terkenal dengan dunia nyanyian pula? Banyak benda belia-belia Malaysia boleh buat bagi mengharumkan nama negara.

   So dato Siti,wish you all the best from not your fan. Bukan anda sahaja artis yang boleh bawa malaysia ke mata dunia,ramai lagi yang masih muda dan berbakat waiting to be discover. Nak tahu,check saja video dalam youtube. Internet make the world small.

p/s: sesiapa saja yang dalam puak peminat siti,jangan mengada-ngada nak hentam aku.

This is the song.Enjoy!

No comments:

Post a Comment