Semuanya bermula kerana ingin memakan sepotong cheesecake buatan air tangan sendiri.
Nak makan cheesecake buatan sendiri kena ada oven. Tapi sebelum tu kena ada resepi untuk buat cheesecake. Masalahnya aku tahu macam mana nak buat cheesecake cuma oven di rumah ni sudah hampir pencen walaupun belum tiba masanya. Api kat bahagian bawah sejuk je macam kutub utara tapi api kat bahagian panas membara. Jadi jika baking kek dalam oven separa pencen tu,kek tu akan masak di bahagian atas tapi kat bawah tidak masak.
Tiba-tiba blender pula interframe fikiran aku yang masa tu asyik memikirkan bilalah-aku-nak-beli-oven-baru. Blender kat rumah nak berhenti dari perkhidmatan gara-gara asyik sakit ja. Tapi sekarang masih mampu berkhidmat kepada aku untuk mengisar bawang dan lada kering yang telah direbus.Cuma kadang-kadang ada electric spark dekat suis dia. Penutup dia pun tak macam penutup,nasib masih boleh cover lagi. Janganlah blender ni rosak dulu buat masa terdekat ni. Aku malas nak tumbuk bawang merah,bawang putih pakai lesung.
Apabila oven dan blender menari-nari dalam kepala aku sambil membuat ballroom dancing,mesin basuh menjadi party crasher. Ahhhh,tension aku memikirkan mesin basuh yang semakin semput di rumah. Nasib manual,kalau auto? Tak ada jawapan. Mesin basuh aku tu nda pandai berenti berpusing kecuali ditutupkan suisnya dan ini menyusahkan kalau nak kasik kering pakaian pakai pengering kan? Nasib abang aku ni ada tangan bertukang,dia modify mesin basuh tu jadi masa keringkan pakaian aku tak perlu dengar bunyi mesin bahagian basah berbunyi padahal tak ada kain dalam tu. Caranya di wash program,kalau pusing antara gentle,normal dan strong maka mesin tu akan berfungsi. Kalau nak kasik stop,halakan je tombol mesin tu ke gentle,normal dan strong maka,mesin basahan tu pun akan berhenti berbunyi. Diharap siapa ada mesin basuh manual faham akan benda yang aku cakap ni.
Maka keinginan aku untuk makan cheesecake buatan tangan tertangguh sehinggalah oven baru take over tugas oven lama.Blender baru dan mesin basuh baru akan join selepas veteran masuk ICU dan tidak dapat diselamatkan lagi.
p/s: sebenarnya kakak aku yang buat tu cheesecake,bukan aku.
No comments:
Post a Comment