Sunday, February 13, 2011

ui,di sini ada hantu...huu~~

  Hehehe,sebenarnya aku nak bagitahu aku dah menonton filem Di Sini Ada Hantu tadi petang bersama dengan kakak aku kat Growball Cinemax,Centre Point,Kota Kinabalu (aku dapat rasakan ayat aku di sini skema yaw). Best ceritanya juga (aku nda pandai komen filem hehe) walaupun ada part yang membosankan tapi hey semua cerita pun ada part yang membosankan kan? Bahagian yang menghiburkan ialah bahagian dimana pemandu dan pembantunya (mereka bekerja untuk syarikat delivery) bercerita mengenai hantu-hantu yang mereka dengar dari kawan-kawan atau saudara-mara mereka. Memang menakutkan ceritanya tapi ada juga lawak. Terdapat 3 cerita hantu dalam filem ni. Aku sebenarnya nak isi masa lapang aktiviti berjalan kami petang tadi. Takkan asyik nak makan waktu jalan-jalan,nda lama gedebab. Maka aku pun memberi cadangan bernas mengajak kakak aku pergi menonton Di Sini Ada Hantu. Tambahan lagi ada kawan aku dalam facebook update statusnya hari tue kata movie ni best maka aku pun tertarik nak tahu apa yang best dalam cerita ni.

   Ok,aku letak trailer Di Sini Ada Hantu kat entry ini. Terpulanglah nak menonton di pawagam atau tunggu kuar kat tv pada waktu perayaan. Tapi aku berani gerenti,best critanya ni,rugi tak tengok...hehe ;)

No comments:

Post a Comment