Saturday, February 12, 2011

Kehidupan liar

 Tajuk di atas tidak mempunyai kaitan dengan entri yang aku tulis ni. Mungkin ada jugalah kaitan sikit-sikit tapi aku bukanlah kaki clubbing,kaki minum,kaki pukul,kaki ugut orang dan segala macam kaki lagi. Aku cuma perokok tidak tegar yang cuma melepaskan tension melalui asap ringan tapi sekarang aku tak merokok. Orang kata tak manis perempuan merokok tapi ramai perempuan sekarang ni merokok. Aku tak berani macam dorang ni merokok di hadapan khalayak ramai. Paling-paling pun di tandas atau di rumah ja masa abang aku tiada di rumah. Pengecut kan aku ni? Tapi 1 kotak rokok boleh habis oleh aku dalam 1 hari,hahaha macamlah ada spare set paru-paru kalau paru-paru yang digunakan sekarang ni rosak akibat tabiat merokok. Aiseh, hampir-hampir menyimpang aku ni.

  Kehidupan liar bermaksud dalam kamus hidup aku adalah bangun lewat di hujung minggu,makan sarapan masa hampir nak tengahari,berjalan-jalan habiskan duit,mandi hampir tengah malam,makan makanan ringan banyak-banyak dan nda kira masa serta gila online hampir 12 jam. Whoa,what a life! hahahaha. Mungkin bagi orang,ceh biar betul budak ni,klu benda ni memang aku selalu wat. Tapi ingin aku bagitahu bahawa dulu sebelum mak bapa aku meninggal,hidup kami ni teratur. Selalu bangun tepat jam 7 pagi pada waktu cuti,sarapan pada jam 7.30 pagi. Jam 8 pagi sudah start buat kerja-kerja di rumah. Jarang keluar rumah,kalau kawan-kawan bawa jalan time sekolah dulu jawapan paling cambest selalu kuar dari mulut aku "mama aku nda suruhlah". Kalau main sms(dengan member ok),adeh konfem kena tanya dengan siapa aku sms. Sekarang ni,mana tapuk-tapuk lagi bersms. Online sekejap ja,nda lama kalau tidak nanti lalai,sekarang ni komputer mesti di depan mata. Memang jauh amat perbezaan hidup aku berbanding dulu dan sekarang. Sekarang agak bebas tapi masih terikat lagi sebab ada kakak-kakak dan abang aku. Biasalah anak bongsu hehe.

  Walaupun sekarang nda berapa terikat macam dulu lagi,aku rindu dengan mak bapa aku. Memanglah rindu tambahan lagi dah yatim-piatu. Dengki aku ni bila tengok orang lain yang masih ada mak bapa atau salah seorang daripada mereka. At least,dorang ada tempat bermanja. Aku manja gak dengan kakak aku tapi aku mana boleh terus manja dengan kakak aku,kakak aku pun need a life juga huhuhu. Dulu,masa arwah mama aku masih hidup,aku selalu kena marah sebab degil betul. Kalau ada bapa aku,hari-hari dia pergi jalan. Kalau nda turun ke KK,mesti pergi tanjung aru. Time dia nda sihat ja baru dia nda keluar rumah. Aku cuba juga kembali kepada kehidupan dulu,cuba bangun awal,kurangkan aktiviti berjalan tapi aku susah dah nak bangun awal dan aku boring sangat kalau nda keluar rumah time cuti.

  Sebab itulah aku katakan bahawa aku sekarang mempunyai kehidupan liar. Bukan liar yang negatif,tapi hidup aku ni nda lagi teratur macam dahulu. jadi sekarang antara matlamat jangka panjang aku ialah mengatur kembali hidup aku agar menjadi lebih tersusun. Apabila aku berjaya mengurus hidup aku yang agak selekeh(akibat tabiat pemalas aku) dan tidak teratur,aku akan rasa senang hati sebab aku telah mencapai matlamat aku dan aku akan teruskan niat suci murni ini. hehe. ok.sampai sini sahaja. kekurangan idea sudah ni hehe. bye =)

p/s: ooo,baru aku perasan,dah beberapa hari dah aku tak update blog aku...

No comments:

Post a Comment