Thursday, August 25, 2011

Cuti adalah hadiah yang paling berharga setelah berada dalam alam pekerjaan.

   Masa aku sekolah dulu-dulu aku suka cuti tapi tak excited sangat sebab dah tahu bila hari cuti. Paling aku suka kalau cuti akhir tahun,cuti panjang selama sebulan tapi tak tahu nak buat apa. Mahu pergi kerja pun mana kena bagi jadi duduk rumah menepukan otak. 
  
    Sekarang aku rindu cuti di zaman persekolahan aku dahulu. T_T

   Bila dah masuk kerja ni,cuti sangat-sangatlah limited,tambahan lagi kalau dah kerja jadi kuli ni. Aku cuma cuti time perayaan,standardlah ikut cuti kat kalender malaysia. Pertama kali aku cuti panjang selama seminggu tapi bukan cuti umum ialah masa pergi Labuan hari itu. Itupun campur dengan cuti pesta kaamatan,jadi seminggulah. Bersyukur ni aku dapat cuti panjang akhirnya walaupun seminggu ja.

   Tapi kadang-kadang kalau cuti lama sikit memang akan mengundang ketidakselesaan kepada diri. Macam tak biasa padahal cuti itulah yang ditunggu-tunggu selama ini. Hari tu masa aku cuti seminggu di Labuan,aku dengki pula tengok orang pergi kerja. Terus aku ketawa sendiri sambil berkata dalam hati "what the hell?? I'm on vacation now," boleh pula aku dengki tengok orang pergi kerja padahal cuti ni lah aku mahu. Adakah aku mula bertukar menjadi workaholic?

   Ada beza antara cuti di hujung minggu(off days),cuti umum(public holiday) dan cuti rehat(vacation). Feeling cuti itu pun lain-lain mengikut suasana.

    Sekarang aku lebih menikmati cuti aku berbanding masa aku di sekolah dahulu. Memandangkan raya minggu depan jadi cuti aku pun seminggu dan akan kembali bekerja pada Isnin lagi satu. Hehe,good life. ;)

1 comment:

  1. mmg betul.. tp kalu cuti terlalmu lama bosan jg..sbb xde mende nk buat

    ReplyDelete