Thursday, May 12, 2011

drama korea kegemaran aku-49 days

   Aku ni kalau ikutkan sebenarnya jarang melayan cerita-cerita korea ni. Bukannya apa cuma bosan dengan plot yang sama terutama sekali part cinta. Mesti modal cerita cinta dorang ni dua lelaki suka satu perempuan atau dua perempuan suka dengan satu lelaki. Tapi sekarang ni aku tengok balik cerita korea ni,memang bestlah ceritanya ni,tajuknya 49 Days.
 
  Cerita 49 Days ni pasal apa?(memandangkan sendiri tanya,maka sendiri menjawab) Ceritanya pasal seorang perempuan yang eksiden,rohnya terkeluar dari badan tapi dia nda mati,cuma koma ja. Oleh itu dia terpaksa mencari air mata sejati dari 3 orang( yang ikhlas menangisi dia. Tak termasuk mak bapanya sebab air mata dari keluarga memang ikhlas.  Hahaha,aku dapat kasik explain sampai sini sahaja. Malas nak explain lebih-lebih.

  Aku kalau bab-bab cerita fantasy ni memang aku layan jadi mungkin sebab secara tak sengajalah aku terlayan cerita ni. Cerita ini dimainkan di OneHd astro channel 393 tapi boleh juga download drama dia secara free.(aku tak download sebab aku dah tengok kat tv,nak tengok pun dari online ja). Lantaklah plotnya sama sekalipun,yang penting aku suka. Tapi ni bukanlah maknanya aku jadi kipas-susah-mati(die hard fan) cerita korea ni.

   Kat bawah ni aku sertakan gambar para pelakon 49 days dan trailer drama korea ni. Cute yang jadi ji hyeon dan Song I-gyeong tue hehehe.







2 comments:

  1. suka jugak :)

    siap download lagi..hehehe

    ReplyDelete
  2. hehe,bestkan ceritanya,episodnya yang last tue menyedihkan,habis tisu sekotak :p

    ReplyDelete