Sunday, May 1, 2011

Brain fatigue?????

   Adakah istilah yang menjadi tajuk kat atas ni sebenarnya wujud? Kalau metal fatigue aku tahulah pasal aku selalu menonton air crash investigation di national geographic channel. Apa tue metal fatigue? Menurut auntie wikipedia yang baru aku minta tolong uncle google carikan,metal fatigue is the progressive and localized structural damage that occurs when a material is subjected to cyclic loadings. Maksudnya dalam bahasa malaysia,jika diterjemahkan dalam bahasa pasar,besi hauslah. Bila besi haus,makin menipis maka besi tersebut akan putus,macam getahlah,makin diregang maka cepat putus. OK,so what is  about brain fatigue? Istilah yang baru aku wujudkan sendiri?  Sini aku explain simptom-simptom brain fatigue

  1. Asyik mengantuk sahaja
  2. cepat rasa penat
  3. malas mahu berfikir
  4. cepat bosan namun tidak tahu apa nak buat
Macam simptom-simptom depression sahaja ni. Hahaha,akulah ni yang sekarang menghadapi so call brain fatigue ni. Aku semalam patutnya buat entry pasal spongebob,kepala aku ada macam-macam idea tapi masalahnya otak aku cakap "tak payahlah tulis apa-apa hari ni" dan diikuti dengan rasa malas tahap 1.8(aku tak tahu kenapa aku suka bagi skala kebelakangan ni). Tapi sekarang aku cuba melawan rasa malas aku walaupun aku rasa mengantuk(tapi tak mahu tidur punya ngantuk).
  Kita jumpa di entry baru lepas ni. Oh,ya selamat hari pekerja kepada sesiapa yang stopping by blog aku yang hina ni(ceh,temberang). Hari ini adalah hari pertama aku menyambut hari pekerja sebagai seorang pekerja,hehehe.

No comments:

Post a Comment