Tuesday, December 27, 2011

Cermin

  Perempuan dan lelaki sama saja bila depan cermin. Habis dibelek-belek muka,periksa rambut dan praktis senyuman paling comel di muka bumi ni. Selalunya perempuan akan mengambil masa yang agak lama berbanding lelaki dan obsesi mereka terhadap cermin tidak akan berakhir selepas bersiap-siap. Bagi mereka yang terlalu suka menjaga penampilan,cermin saiz compact akan dibawa bersana-sama untuk mengagumi ciptaan tuhan. Kadangkala,cermin kereta dan cermin kedai juga dijadikan mangsa untuk memeriksa refleksi diri sama ada masih kelihatan va va voom pada pandangan mereka atau dah macam rupa nenek kebayan baru habis berkebun.

   Seperti berbunyi kutukan pula perenggan pertama tadi tapi sebenarnya itu adalah true story. Ya,aku pun antara gadis-gadis yang rajin periksa diri di mana2 tempat yang ada pantulan,termasuk meja yang dibalut dengan pembungkus plastik. Ya,aku pernah buat begitu masa sekolah. Ini semua ajaran sesat sorang classmate aku yang juga amat menyukai cermin sehingga mampu menjadikan pembalut plastik untuk meja belajar dijadikan cermin untuk memeriksa kekemasan diri.

  
   Ok,cukup. Aku sebenarnya nak cerita pasal hal lain mengenai cermin.  Obsesi diri tu biarlah blogger lain yang buat. Aku kalau kutuk-kutuk ganas memang tak pandai sangat.

   Tahukah anda cermin boleh menjadi alat yang menakutkan ketika berada di dalam bilik gelap atau lampu malap? Ya,untuk orang lemah semangat macam aku,cermin memang buat aku meremang bulu roma ketika berseorangan dalam bilik gelap/lampu malap walaupun hanya pergi mengambil barang. Aku mula terbayang ada sesuatu di belakang dan aku bakal melihatnya melalui cermin. Alah macam dalam cerita seram kita selalu tengok. Tengok kat cermin ada wajah menakutkan,sekali berpaling tak ada pula. Nah,gitu perasaan aku masa tu. Saspen tahap 140%.

  
   Sebab itu aku suka mengelak tengok cermin ketika berada dalam gelap. Lagipun mak aku dulu selalu pesan "jangan tengok cermin dalam gelap." Lagipun apa yang kita nampak kalau dalam gelap? Unless kita mahu ditakutkan dengan bayang-bayang sendiri(bercakap seperti bukan seorang penakut).

  Moralnya : kalau nak tengok cermin,sila pasang lampu.

No comments:

Post a Comment